Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label ayah dan ibu. Show all posts
Showing posts with label ayah dan ibu. Show all posts

Monday, July 23

Ramadhan Di Nanti

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 4 kita umat islam berpuasa. Dan mungkin belum terlambat untuk nam mengucapkan :

"SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENINGKATKAN IMAN DAN AMAL DI BULAN YANG MULIA" (n_n)


AZAM

Bulan ramadhan selalunya di kaitkan dengan bulan Al-Quran kerna pada bulan ini ramai umat islam yang berlumba nak khatam Al-Quran. Maka nam pun berazam nak khatam Al-Quran lagi dan lagi. Sebenarnya nam sedang fight dengan seseorang untuk berlumba siapa khatam dulu dan siapa yang khatam paling banyak. Tapi nam dah terlambat sikit, nam baru juzuk 6 dan beliau sudah juzuk 10.. huhu.. Jauhnya lagi nam nak kejar.. (T__T). 

Ada lagi azam lain yang nam ingin kotakan, kena habiskan istikhfar 17000 kali dan ulang bacaan yassin 41 kali setiap hari. InsyaAllah.. Semoga Allah mudahkan semuanya.. Ameen ya Allah.. (= =')

KHIDMAT IBU TERCINTA

Ramadhan kali ini berbeza dengan ramadhan tahun lepas, ramadhan kali ini kesihatan ibu sedikit terganggu. Jadi kurang meriahnya memandangkan mak tidak dapat memasak juadah berbuka untuk kami. Sangat berbeza rasanya makanan yang nam masak dan makanan yang di masak oleh ibu tercinta. Namun apakah daya, Allah telah cabut sedikit nikmat sehat yang Allah pernah berikan pada ibu dahulu. (T__T)

Kesehatan merupakan nikmat yang istimewa dan salah satu dari nikmat terbesar setelah nikmat Iman dan Islam. Nikmat itu kelak akan diminta di pertanggungjawabkan di depan mahkamah Allah Azza wa jalla. 

Rasulullah SAW bersabda, "Mohonlah kepada Allah kesehatan (keselamatan). Sesungguhnya karunia yang lebih baik sesudah keimanan adalah kesehatan (keselamatan). (Riwayat Ibnu majah).

Beliau menambahkan: "Jika salah seorang keturunan Adam hanya memiliki keislaman dan kesehatan, maka hal itu sudah cukup bagi dirinya.”


Jadi amatlah perit apabila nikmat sehat itu, Allah tarik sedikit demi sedikit. Tetapi sebenarnya Allah ingin menguji kami sebagai anak-anak kepada ibu nam, adalah kami mampu memberikan khidmat pada ibu nam yang kesehatannya tidak stabil, yang memerlukan ibu berulang ke hospital setiap hari rabu. InsyaAllah, sampai hari ini, tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan izin dari Allah SWT. 

Kepada reader yang baca mohon doakan kesehatan ibu nam ye.. semoga Allah limpahkan kalian semua dengan rahmat dan kasih sayang.. ameen ya Allah.. :D

Thursday, May 10

Dalam Dakapan Kenangan Semalam

ASSALAMUALAIKUM WBT


Dalam Dakapan kenangan Semalam, 10 Mei 2000 adalah tarikh yang terpahat dalam ingatan. Walaupun sudah lama ia berlalu, ingatan cukup kuat terhadap peristiwa bersejarah itu masih dalam ingatan. Apabila sampai pada tarikh ini, peristiwa ini terus berputar dalam kotak fikiran. Semua kenangan yang telah tersimpan kemas, di buka satu persatu. Ia seperti menjadi kewajiban pada setiap kali menjelang tarikh ini.


Kenangan hanya berjaya di simpan hingga usia menjangkau 11 tahun, selepas itu tiada kenangan indah lain bersama kekasih hati. Namun kenangan itu menjadikan kami sekeluarga lebih berani. Walaupun ujian ini datang menimpa, tetapi di sebaliknya terukir pengalaman yang sukar dilupa, seandainya Allah tidak mengambil apa yang kami cintai, mungkin kami masih tidak menjadi seperti hari ini.


Tidak sempat hendak menyatakan dan melakukan sesuatu yang menjadi idaman jiwa. Memohon maaf dan memeluknya seketika. Jika nam sedar ia akan pergi secepat ini pasti nam akan lakukan ia terlebih dahulu. Meluahkan rasa bahagia dan berbangga punya pemimpin sepertinya. 


Ayah... Lin bangga punya ayah yang garang dan tegas seperti ayah........

Tarikh kelahiran pemimpin nam ini tidak sepenting tarikh ia meninggalkan kami pergi. Apabila tarikh ini semakin hampir, airmata akan menemani kami. Mengingati kenangan dan kebahagian bersama si dia yang di cinta. Airmata mengalir bukan kerna tidak redha dan pasrah atas takdir Illahi tetapi kerna kenangan semalam yang menghimpit hati. 

Memohon Allah menemukan kami kembali suatu saat nanti. Untuk menyambung cinta dan kasih yang tidak berpenghujung. Jasad mungkin terkubur namun kasih yang pernah tercipta akan terus bermain dalam otak fikiran dan berkekalan dalam hati dan perasaan.. 


Seperti kata sahabat nam yang juga kehilangan ayah.

" Ayah kita tidak berada di dunia, Allah ambil dahulu. Kat akhirat nanti dapat balik.. InsyaAllah"


 Benar katanya di dunia kita terpisah namun di akhirat bakal berjumpa kembali. InsyaAllah.

Airmata mengalir saat entry ini ditulis namun dapat ditahan. Semoga perpisahan ini menjadi asbab kekuatan dan kelebihan yang ada sekarang. Semoga ujian yang menimpa menjadikan kami lebih dewasa dari 12 tahun dahulu.


Monday, May 7

Gadisku Serikandi Terbilang

ASSALAMUALAIKUM WBT


"AKU TELAH REDHA DENGAN ALLAH SEBAGAI TUHANKU DAN DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMAKU DAN DENGAN MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASULKU"


Biar gambar memulakan bicara.. eceh.. :D


"gadisku serikandi terbilang" adalah hadiah dari 
sahabat nam yang pergi bersama-sama ke pesta buku.


Sedikit pencerahan mengenai buku "GADISKU SERIKANDI TERBILANG"... 
(belum baca habis lagi tapi kesimpulan yang dapat di buat buku ini sesuai untuk bacaan kaum lelaki dan wanita)

"Aku ingin ceritakan kepada kami tentang sebaik-baik barang yang berharga yang patut disimpan, iaitu wanita yang baik apabila dilihat oleh suaminya menyenangkan hati. Apabila diperintahkan oleh suaminya ditaati. Apabila suaminya tidak ada di rumah, dia memelihara maruahnya...." 
( Riwayat Abu Daud)

Kejadian wanita dari tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar, oleh itu dalam memimpin dan mendidik wanita, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik wanita dengan cara lemah-lembut dan dengan penuh kasih sayang serta belaian iman.

Firman Allah SWT, maksudnya : "... bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Sekiranya kamu mendapat ada sifat dan perangai yang kamu tidak suka, mungkin disebaliknya mempunyai kebaikan (hikmah) yang banyak" (Suran An-Nisa: 19) 

Tersentuh apabila membaca sepotong hadis..

Nabi Saw bersabda maksudnya: " Isteri adalah belahan hati suami" 
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud)


Buku "Bibir Tersenyum Hati Menangis" 

Mengapa manusia lebih suka menipu diri sendiri dan bersikap munafiq??

Tepuk dada tanya iman

"Dunia ini tempat persinggahan bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua pertama; orang yang menjual dirinya (kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya. kedua; manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya" (Ali bin Abi Talib)


Sedikit gambar-gambar yang sempat nam ambil semasa di pesta buku. Banyak sangat orang, sesak sangat. Berpimpin tangan dengan adik lelaki sebab ramai sangat pemerhati yang melihat kami dengan pandangan pelik


kat booth ini ramai sangat pengunjung.. rasa nak pitam bersesak-sesak

di sini ramai sekali pelajar yang singgah, komik memang menjadi kegilaan ramai.

p/s I : Sekian sedikit sahaja kupasan yang menarik tentang buku ini.  Terima kasih "my dear friend" sebab hadiahkan buku ini kat nam. Serius tidak sangka dapat buku "free". Nam sekadar belek-belek buku ini. Rupanya ada sahabat yang memerhati dan belikan untuk nam.. Love u my friend!

p/s II: Semoga Allah mengabulkan doa nam... I Want To Be A Great Wife And Mom To My Husband And Children. 

Wednesday, March 7

Dia Permata Yang Dicari

ASSALAMUALAIKUM WBT


Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia Rasulullah SAW dan Para Sahabat yang Di Muliakan Allah SWT.. Hari berganti hari dan usia makin meningkat hari demi hari. Semoga nam menjadi dewasa dari semalam.. Ameen ya Allah..


Minggu ini minggu yang suram, ibu tiada bersama di rumah kerna ibu tinggal bersama kakak di Johor. Di rumah hanya tinggal nam, kakak dan adik lelaki. Rasa sunyi pula bila ibu tiada di sisi. Balik dari kerja tiada sesiapa yang menanti seperti selalunya, tiada sesiapa juga yang bertanyakan kabar nam setiap hari seperti ibu lakukan setiap hari.


Hari Isnin lepas bersamaan 5/3/2012, genaplah umur adik lelaki nam 16 tahun. MasyaAllah, cepatnya masa berlalu. Terasa masih baru mendukung dia sewaktu kecil dahulu. Masa seperti sekejap sahaja berlalu, terkenang sewaktu ayah meninggalkan kami dahulu sewaktu adik berusia 4 tahun. Sekarang adik telah menjadi remaja dan menjadi kebanggaan ibu tercinta.


Adik menjadi seperti yang pernah ayah hajatkan. Adik lengkap berserban dan berjubah melangkah ke masjid sebagai mentee bilal. Adik telah di hantar ke sekolah agama seawal umur 4 tahun. Alhamdulillah, dulu ayah penah berhajat ingin menjadikan adik seorang yang baik agamanya. 



Inilah adik lelaki nam satu-satunya, kebanggaan ayah dan ibu, insyaAllah.. Dialah bakal menjadi wali nam andai nam menikah nanti.. (",)

Teringat kata-kata adik kepada mak:

" Mak, adik nak tempahkan tempat khas buat mak di syurga sana, dan andai sesiapa dari kita yang pergi, dapatlah adik bacakan tahlil dan mandikan jenazah mereka"

Terus menitik airmata seorang ibu apabila anak bongsu kesayangannya berkata begitu. Hati ibu mana yang tidak tersentuh saat anak yang dilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang menyatakan keinginan begitu kepada si ibu.

Semoga Allah memilih adik lelaki nam ini dalam usaha iman dan amal serta mengekalkan dia di dalam jalan hidayah.. ameen ya Allah.. 

p/s: tiba-tiba rasa nak bercerita tentang adik lelaki nam ini sebab nam tinggal dengan dia ja kat rumah bila balik keje.. 

Wednesday, November 9

Ayah dan Ibu

ASSALAMUALAIKUM WBT


AYAH..
Walaupun perkenalan hanya seketika...
Belum sempat bergaul manja..
Seperti sahabat ku lakukan kepada ayah mereka...
Kini dirimu telah bertemu Yang Esa....

AYAH...
Walaupun ayah sudah tiada...
Tetapi semangat ayah masih ada bersama....
Mengalir dalam darah yang ada..
Sambil ku mengenggam sejuta amanat...

AYAH...
Di saat ayah pergi...
Ibu menjadi ayah dan ibu dalam hidup kami...
Banyak pengorbanan yang di lakukan olehnya...
Untuk melihat semua anaknya berjaya seperti amanatmu padanya...
  
AYAH...
Mungkin kadang-kadang kami terlupa dirimu seketika...
Itu terjadi lantaran ayah tiada di depan mata...
Tetapi doa tetapku kirim buat mu disana...
Semoga Allah merahmati kehidupanmu disana...


IBU......
Hanya kata maaf yang mampu ku ucapkan padamu...
Kata maaf ini seolah-olah tiada kesudahannya...
Entah bagaimana untuk membendungkan perasaan di jiwa......
Kerna tidak berjaya membahagiakan dirimu seketika.........
  
IBU.....
Penyesalanku tiada penghujungnya.....
Bila dirimu hanya terbaring hiba......
Atas nasib yang menimpamu........
Ku mohon ibu maafkan aku......

IBU.....
Walaupun ibu hanya tersenyum gembira melihat kami.....
Namun ku tahu ada sesuatu membelenggu hatimu.......
Cuba nyatakan padaku wahai ibu....
Agarku mengerti akan perasaanmu........

IBU.....
Kata maafku tidak mampu mengubat hatimu...
Ku hanya mampu bermohon Allah ubati hatimu...
Kerna dalam gembira itu pasti ada duka dalam hatimu...
Tetapi ku masih tidak mengerti apakah ia......
  
IBU...
Bantulah aku untuk aku mengerti akan hatimu........
Maafkan anakmu dan redhai hidupku......
Kerna redha mu penting dalam hidupku.......
Untuk menyelamatkan aku di mahsyar kelak.....

Tuesday, September 20

Saat Lafaz Sakinah

ASSALAMUALAIKUM WBT



Yakinlah pada janji ALLAH ,kita telah ada pasangan masing-masing sabarlah menanti, ikutilah panduan islam dalam mencari pasangan, hindarilah segala macam zina, zina mata, zina hati, dimana zina hati itu bahaya, lebihkanlah jauhi diri dari mendekati, larilah sejauh mana, bisulah seribu kata, kalau ALLAH kata kun fayakun, jadilah! maka jadilah, dengan izinNYA, jadi jagalah rasa hati yang singgah itu, pendamlah ia, dan sederhanakan, kerna janji ALLAH itu PASTI

Saat mendengar lagu "saat lafaz sakinah", sayu di hati kerna si ayah yang sepatutnya menjadi wali buat diri ini telah pergi menghadap Illahi, andai sampai masanya nanti si abang akan melaksanakan tanggungjawab ini bagi pihak ayah. Walaupun si abang yang menjadi wali tetapi tangisan ibu yang paling jelas seperti yang berlaku 3 tahun lalu di saat  kakak di ijab kabul, ibu tiba-tiba menangis kerna mengganggap dirinya telah kehilangan si anak yang di cinta dan di jaga sejak kecil. Namun sebenarnya ibu tidak pernah kehilangan anak sebaliknya punya seorang lagi anak yang baru. Itulah indahnya perkahwinan kerna menjadikan ibubapa bertambah anaknya dan si anak akan punya ibubapa yang baru.. 

Teringat pesanan ibu buat kakak " nanti dah kawen, ibu mertua tu kita kena hormat macam ibu kita, jangan anggap dia orang luar, jangan lebihkan mak dan jangan pula lebihkan dia, kena berlaku adil.. ingat tu, derhaka pada ibu mertua seumpama derhaka pada ibu sendiri..." Pesanan ibu buat kakak adalah pesanan buat diri yang belum mengalami situasi itu. Andai saatnya tiba, semoga Allah permudahkan segalanya. ameen...

Jom sama-sama dengarkan lagu dari kumpulan FAR EAST- SAAT LAFAZ SAKINAH. Lagu ni mengenai pesanan si wali kepada bakal menantunya.. Sangat syahdu........... seriussss.................(T___T)


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

(Pesanan si ayah)
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

(Jawapan si menantu)
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku


Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



.........................................................................................

Aku ingin mencari cinta sejati yang boleh membawa aku ke jalan Illahi. Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah. Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie. Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid. Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya

Namun adakah layak buat diriku yang serba kekurangan dan masih terkejar-kejar dengan kenangan silam yang meluluhkan perasan hatiku... Bantulah aku YA ALLAH, untuk membetulkan diriku sebelum saat itu tiba... 

"Jika si isteri hanya beranggapan akan berubah hanya apabila memiliki lelaki yang soleh untuk menjadi suaminya, maka alangkah ruginya si isteri kerna masa yang banyak akan di luangkan untuk mengajar si isteri, sedangkan sepatutnya masa si suami harus  di habiskan di jalan Allah.." 
Pikirlah wahai diri.......... Muhasabah diri............ Semoga Allah permudahkan......... (T__T)
........................................................................
p/s: tersedih sekejap bila dengar lagu ini... 

p/s 2: kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga yang bakal di bina, semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berkekalan di jannah... semoga Allah menghadiahi dengan anak-anak yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah agama... ameen...

Monday, August 22

Universiti Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Sudah 22 tahun hamba hidup kat dunia ini. Pelbagai perkara dan pengalaman yang di ceduk di sana sini. Ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan hati namun semuanya datang dari Illahi. Tiada yang di takdirkan sia-sia oleh Allah SWT. Begitulah peraturan kehidupan yang telah Allah SWT tetapkan buat kita hamba-hambaNya. 


Terkenangkan saat mulakan langkah sebagai anak yatim suatu ketika dulu, langkah agak sukar lantaran tiada penguat semangat di belakang namun langkah harus diteruskan kerna masih ada ibu di sisi sebagai pemberi sokongan supaya jangan terus jatuh menghempap di lantai. Mungkin perjalanan pada awalnya agak hambar lantaran semangat dan sumber kekuatan telah terkubur bersama jasad ketua keluarga namun Allah SWT meniupkan sesuatu ke dalam hati dan menghadiahkan kekuatan di saat diri dan keluarga hilang tempat bergantung seketika. Allah SWT lah tempat mengadu dan meminta pertolongan.


Sesungguhnya menjadi yatim itu sukar namun atas kekuatan yang Allah SWT hadiahkan maka kami dapat hadapinya dengan mudah. Alhamdulillah. Terkenang kembali saat menghantar ayah ke perkuburan dan semasa itu juga deraian air mata tidak berhenti mengalir di pipi, seisi keluarga seperti patah sayapnya dan adik kecil yang masih belum mengerti apa-apa hanya menanti ayah pulang untuk terus tinggal bersama-sama. Namun semuanya telah di terima oleh hati dengan redha dan pasrah kerna sesungguhnya Allah SWT merancangkan yang terbaik buat hamba-hambaNya.


Kini sudah 11 tahun pemimpin keluarga hamba pergi dan pelbagai pekerjaan pernah hamba lakukan sepanjang 11 tahun ini. Hamba penah mengambil upah menjaga kedai makanan, mengambil upah membuat kueh raya di bulan ramadhan dan hamba penah meniaga air di bazaar ramadhan. Sangat menarik kehidupan hamba kerna pelbagai pengalaman yang hamba dapat ambil. Allah SWT memberikan hamba pengetahuan dan merasai kehidupan yang serba mencabar ini dengan semangat yang kuat di hati. 


Hamba terkenang di saat hamba terpaksa bersusah payah di bulan ramadhan untuk meniaga air lantaran ingin mencari duit lebih untuk menyambut aidilfitri. Semasa itu hanya kami peniaga yang termuda, dan ramai yang menghulurkan bantuan terhadap kami. Seronok ketika itu walaupun pada hakikatnya saat itu sangat sukar di lalui. Terasa berkejar-kejar dengan masa pada saat itu kerna terpaksa bergegas pulang ke rumah apabila habis waktu sekolah dan menyiapkan barangan untuk meniaga menjelang pukul 3 petang. Sesudah habis meniaga bergegas untuk balik ke rumah dan bersiap untuk terus ke masjid bagi solat tarawikh. Malam di habiskan dengan berehat dan mengecas tenaga bagi menghadapi hari seterusnya. 


Kini 2011, tiada lagi bazaar ramadhan untuk hamba mencari rezeki, tiada lagi warung untuk hamba meniaga, tiada lagi tempat untuk hamba mengambil upah membuat kueh raya. Kini hamba hanya bekerja makan gaji di syarikat swasta dan menghabiskan sisa-sisa masa seharian di sini. Kenangan-kenangan silam terus bermain dalam kotak hati dan fikiran dan di tayangkan supaya hamba terus sedar bahawa hamba hanyalah manusia biasa yang tidak punya apa-apa di dunia, dan hamba harus bekerja untuk memperolehi rezeki dari Allah SWT dan terus taat dan sabar menghadapi masa muka yang hamba kurang pasti bagaimana ceritanya. Mungkin suatu saat hamba harus mengulanginya semula dan mencorakkannya supaya menjadi lebih baik dari dahulu. Sesungguhnya hanya Allah SWT mengetahui tentang masa depan hamba. Dan hamba perlukan semangat dan kekuatan dari Allah SWT untuk meneruskan langkah supaya hamba tidak terjatuh dan patah semangat.




p/s: tibe-tibe rasa kenangan semalam banyak mengajar hamba sesuatu dan hamba menjadi hamba sekarang lantaran pengajaran kehidupan yang Allah SWT berikan pada hamba. Terima kasih kepada Allah SWT kerna menghadiahkan pengalaman yang baik buat hamba. LOVE ALLAH! (n_n)





Monday, July 11

Mahkota Buat Ayah Ibu

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ayah dan ibu
Hanya melalui tulisan ini dapat menyatakan apa yang terbuku di hati,
Harap ayah dan ibu berpuas hati atas jawapan anakmu ini,
maafkan andai ia menguriskan hati,
anakmu ini sedang berusaha untuk berbakti.

Ayah dan ibu
Maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan harta yang banyak buat mu,
maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan rumah selesa buat mu,
maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan makanan yang sedap untuk santapanmu,
maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan keperluan yang mencukupi menjelang hari tua mu.

Ayah dan ibu
maafkan anakmu kerna membuatmu menitiskan airmata kernaku,
maafkan anakmu atas ketelanjuran percakapanku,
maafkan anakmu atas perbuatan yang keterlaluanku,
maafkan anakmu ini atas semua silap salahnya wahai ayah ibu...

Ayah dan ibu
Walaupun ayah telah pergi awal dahulu,
masih terasa kesal di hati ini kerna tidak dapat membalas mu,
tapi aku redha kerna ia takdir Allah buatmu,
kerna sesungguhnya Dia lebih menyayangi mu.

Ayah dan ibu
Pasti akan ku usahakan untuk dapatkan mahkota itu buatmu,
Semoga Allah mudahkan usaha anakmu,
kerna tiada apa yang dapatku capaikan buatmu,
selain menjadikan mu istimewa di hadapan Pencipta ku.

Ayah dan ibu
Mungkin perjalanan itu jauh,
namun akan ku gagahkan untuk mu,
kerna aku lakukan buat meraih redha mu,
semoga dengan redha mu, Allah juga meredhai ku.


Hazrat Mu'az Al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

p/s: semoga Allah mudahkan usaha hamba untuk menyediakan mahkota ini buat ayah ibu yang telah membesarkan dan memberikan pendidikan yang baik kepada hamba. insyaAllah. 
semoga usaha hamba ini di terima oleh Allah SWT.