Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, August 22

Universiti Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Sudah 22 tahun hamba hidup kat dunia ini. Pelbagai perkara dan pengalaman yang di ceduk di sana sini. Ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan hati namun semuanya datang dari Illahi. Tiada yang di takdirkan sia-sia oleh Allah SWT. Begitulah peraturan kehidupan yang telah Allah SWT tetapkan buat kita hamba-hambaNya. 


Terkenangkan saat mulakan langkah sebagai anak yatim suatu ketika dulu, langkah agak sukar lantaran tiada penguat semangat di belakang namun langkah harus diteruskan kerna masih ada ibu di sisi sebagai pemberi sokongan supaya jangan terus jatuh menghempap di lantai. Mungkin perjalanan pada awalnya agak hambar lantaran semangat dan sumber kekuatan telah terkubur bersama jasad ketua keluarga namun Allah SWT meniupkan sesuatu ke dalam hati dan menghadiahkan kekuatan di saat diri dan keluarga hilang tempat bergantung seketika. Allah SWT lah tempat mengadu dan meminta pertolongan.


Sesungguhnya menjadi yatim itu sukar namun atas kekuatan yang Allah SWT hadiahkan maka kami dapat hadapinya dengan mudah. Alhamdulillah. Terkenang kembali saat menghantar ayah ke perkuburan dan semasa itu juga deraian air mata tidak berhenti mengalir di pipi, seisi keluarga seperti patah sayapnya dan adik kecil yang masih belum mengerti apa-apa hanya menanti ayah pulang untuk terus tinggal bersama-sama. Namun semuanya telah di terima oleh hati dengan redha dan pasrah kerna sesungguhnya Allah SWT merancangkan yang terbaik buat hamba-hambaNya.


Kini sudah 11 tahun pemimpin keluarga hamba pergi dan pelbagai pekerjaan pernah hamba lakukan sepanjang 11 tahun ini. Hamba penah mengambil upah menjaga kedai makanan, mengambil upah membuat kueh raya di bulan ramadhan dan hamba penah meniaga air di bazaar ramadhan. Sangat menarik kehidupan hamba kerna pelbagai pengalaman yang hamba dapat ambil. Allah SWT memberikan hamba pengetahuan dan merasai kehidupan yang serba mencabar ini dengan semangat yang kuat di hati. 


Hamba terkenang di saat hamba terpaksa bersusah payah di bulan ramadhan untuk meniaga air lantaran ingin mencari duit lebih untuk menyambut aidilfitri. Semasa itu hanya kami peniaga yang termuda, dan ramai yang menghulurkan bantuan terhadap kami. Seronok ketika itu walaupun pada hakikatnya saat itu sangat sukar di lalui. Terasa berkejar-kejar dengan masa pada saat itu kerna terpaksa bergegas pulang ke rumah apabila habis waktu sekolah dan menyiapkan barangan untuk meniaga menjelang pukul 3 petang. Sesudah habis meniaga bergegas untuk balik ke rumah dan bersiap untuk terus ke masjid bagi solat tarawikh. Malam di habiskan dengan berehat dan mengecas tenaga bagi menghadapi hari seterusnya. 


Kini 2011, tiada lagi bazaar ramadhan untuk hamba mencari rezeki, tiada lagi warung untuk hamba meniaga, tiada lagi tempat untuk hamba mengambil upah membuat kueh raya. Kini hamba hanya bekerja makan gaji di syarikat swasta dan menghabiskan sisa-sisa masa seharian di sini. Kenangan-kenangan silam terus bermain dalam kotak hati dan fikiran dan di tayangkan supaya hamba terus sedar bahawa hamba hanyalah manusia biasa yang tidak punya apa-apa di dunia, dan hamba harus bekerja untuk memperolehi rezeki dari Allah SWT dan terus taat dan sabar menghadapi masa muka yang hamba kurang pasti bagaimana ceritanya. Mungkin suatu saat hamba harus mengulanginya semula dan mencorakkannya supaya menjadi lebih baik dari dahulu. Sesungguhnya hanya Allah SWT mengetahui tentang masa depan hamba. Dan hamba perlukan semangat dan kekuatan dari Allah SWT untuk meneruskan langkah supaya hamba tidak terjatuh dan patah semangat.




p/s: tibe-tibe rasa kenangan semalam banyak mengajar hamba sesuatu dan hamba menjadi hamba sekarang lantaran pengajaran kehidupan yang Allah SWT berikan pada hamba. Terima kasih kepada Allah SWT kerna menghadiahkan pengalaman yang baik buat hamba. LOVE ALLAH! (n_n)





4 comments:

Unknown said...

semoga ramadhan kali ini merupakan yg terbaik dari anda..

nam said...

anak pendang sekeluarga:

insyaAllah. sedang mencuba habiskan ramadhan yang tersisa sebaiknya..

semoga Allah mudahkan.. ameen..

Ahlia Hafriz said...

subhanALLAh..nam.....ambe tak prnh tahu pun nam prnh rasa smua ni......(tak cukup kenal lagi ni)..adehhhh....

apa2 pun..smua nya tarbiyah wat nam....mmh sronok utk dikenang.krn jika kita sedar ianya dr ALLAH..pasti terpujuk la hati kita..kan2.....setgh org bila susah, baru mahu cari Tuhan..atau bila susah...menayalahi dan menyesali taqdir..waiyya dzubillah..T__T,,,

nam said...

lina: banyak lagi yg lina x tau. nanti nam story. insyaAllah. its ok laa cyg. tarbiyah untuk diri apa yg Allah takdirkan tu. Mungkin sukar lalui tapi bnyk pengajarannya. nam suka. syukur kepada Allah kerna terpilih. Alhamdulillah.