Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, August 1

DIAZAB KERANA BERBUKA SEBELUM WAKTU

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah Allah SWT masih memberikan keizinan kepada hamba untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan pada hari kedua ini. Ramadhan kali ini terasa bezanya dengan ramadhan tahun sebelumnya. Entah mengapa hamba rasakan begitu. Mungkin akibat perubahan sikap yang mendadak pada diri hamba. Hamba juga selalu mengingatkan diri bahawa ini mungkin peluang ramadhan terakhir hamba. astagfirullah. 


Sebenarnya hamba ingin berkongsi sebuah kisah bertajuk 


"DIAZAB KERANA BERBUKA SEBELUM WAKTU"



Daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:


"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata: "Dakilah" Aku berkata:" Aku tidak boleh melakukannya". Mereka berkata: Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya"


Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya: " Suara apakah itu?". Mereka menjawab: " Itu adalah jeritan para penghuni neraka".


Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan mengalir darah. Aku bertanya: "Siapakah mereka itu". Mereka menjawab: "Mereka adalah orang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya." (Riwayat Al-Baihaqi)


Jika orang yang berbuka lebih awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa?. Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan lagi, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.


p/s 1: pesanan penaja kepada semua jangan buka puasa sebelum waktunya ya. insyaAllah.. Harap kita dapat tanamkan sifat sabar dalam diri pada waktu bulan ramadhan begini. insyaAllah.


p/s 2: buka puasa pada hari pertama puasa agak kelam kabut memandangkan si "daie" kecik menangis dan ajak berjalan-jalan kat luar. Hamba yang di tauliahkan oleh ibu hamba untuk menjadi tukang masak agak sibuk semalam kerna ingin melayan si "daie" kecil  dan adik-adiknya. Tetapi alhamdulillah juadah dapat disiapkan menjelang waktu berbuka. Syukur kerna Allah SWT mudahkan kerja hamba. Terima kasih Allah! Love Allah! (n_n)







No comments: