Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label buat ibuku. Show all posts
Showing posts with label buat ibuku. Show all posts

Wednesday, January 14

Mengetahui tetapi tidak Memahami

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sudah lama rasanya meninggalkan zaman blog yang dulunya tempat meluahkan perasaan dan penulisan. Hampir 8 bulan memencilkan diri dan mencari apa yang nam inginkan, namun sehingga hari penulisan ini dicoretkan, nam masih belum mengetahui apa yang nam inginkan. Berkisar tentang kehidupan yang tidak kekal abadi dan akhirat yang abadi mana mungkin nam dapat mencari jawapan persoalan-persoalan yang menunjah akal fikiran saban hari. Akhirnya nam melupakan hasrat nam untuk meneruskan kehidupan dengan persoalan sebaliknya memulakan semula dengan cara yang nam senangi. InsyaAllah.

............................................................................................

Astagfirullah. Istighfar panjang nam hari ini. Sepanjang minggu lepas banyak kisah yang menjadi pengajaran dalam kehidupan nam. Setelah beberapa lama memikirkan bagaimana hendak meluahkan perasaan ini, akhirnya hari ini nam dapat luahkan semuanya. InsyaAllah. 

Sepanjang minggu lepas, dengan pengajaran-pengajaran yang baru. Nam barulah tersedar mengenai istilah "MENGENALI TIDAK SEMESTINYA MEMAHAMI". Allah SWT hendak tarbiah nam dengan sesuatu yang nam dapat lihat dengan mata dan dapat nam fikirkan kebaikan dan keburukannya.

Berkisar dengan kehidupan yang nam jalani saban hari. Pertama kali nam saksikan sendiri di hadapan mata nam. Sesungguhnya nam tidak membenci mereka sebaliknya nam kasihkan mereka kerna mereka ada niat untuk melakukan sunnah Nabi SAW tetapi tidak berilmu untuk mengamalkannya. Bukan nam hendak berbangga nam berilmu sebaliknya nam lebih tidak berilmu dari mereka kerna itu Allah SWT membiarkan nam menyaksikan peristiwa-peristiwa ini dihadapan mata nam.

Purdah, Niqab, Khimar, Cadar adalah istilah-istilah yang digunakan terhadap pakaian itu. Pakaian Para Sahabiah dahulu, mereka memakai pakaian yang mencerminkan sifat malu pada diri, tetapi kini dunia sudah berubah. Pakaian ini seolah-olah dihidupkan kembali dengan cara berbeza. Diexploitasi dengan istilah yang sukar nam terangkan. Mana mungkin mereka mengatakan mereka mengikut sunnah sedangkan mereka sedang melakukan sebaliknya. Mungkin pemahaman nam dan mereka mengenai perkara ini berbeza kerna itu persefahaman tidak dapat kami temui. Mungkin juga nam nampak dari kaca mata nam bahawa apa yang dipertontonkan adalah salah tetapi sebaliknya bagi mereka. Entahla. Dunia ini sungguh keliru. Tetapi sayangku, sahabat, teman, kawan wanitaku semua, tahukah kamu sebenarnya fitnah yang besar telah berlaku pada masa kini. Pada mulanya kita ingin menghidupkan sunnah tetapi terjadi sebaliknya kemudian hari. Hingga akhirnya kita sendiri menjadi fitnah dalam pelaksanaan sunnah. 


Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah yang ketat dan menimbulkan pelbagai perhiasaan diri. 

Mana mungkin juga purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah tetapi kaki tidak berstoking

Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama tudung yang pendek hingga menampakkan perhiasaan didada

Mana mungkin sayangku!

Sayangku sahabat, teman, kawan, purdah/khimar/niqab/cadar sepatutnya dipakai bersama jubah atau pakaian yang longgar dan labuh, kaki hendaklah berstoking dan tudung mestilah menutup perhiasaan didada dan sayangku lenganmu juga harus kamu tutup.  

Dan begitulah permahamanku mengenai amalan sunnah berpakaian ini. Mungkin nam silap, maka sesiapa sila tolong betulkan nam kerna nam masih jahil tentang hal ini. 

Kerna itulah nam katakan "MENGETAHUI TETAPI TIDAK MEMAHAMI", kita tahu mengenai sunnah pemakaian ini tetapi kita tidak memahami bagaimana hendak mempraktiknya, akhirnya kita membuat pemahaman sendiri dan menjadi fitnah kepada amalan sunnah itu sendiri. 

Begitulah orang kata, kita mengetahui atau mengenali seseorang tetapi tidak semestinya kita cukup memahami mereka. Begitu juga dengan amalan sunnah pemakaian ini, bertanyalah dengan sesiapa yang pakar atau ahli dalam bidang ini atau rujuklah dimana-mana supaya kita tidak membuat penafsiran dan pemahaman dengan cara sendiri. Ikutlah apa yang Para sahabiah atau wanita dulu telah tonjolkan tentang pemakaian sunnah ini. Semoga kita lebih memahami dan jangan hanya mengetahui. 


p/s: pengajaran mengenai post amatlah jelas mengenai kejadian-kejadian yang sering menimpa umat saban hari. Allah SWT sahajalah pemegang hati-hati kita, semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan hidayat kepada kita supaya kita terus berada dalam jalan yang diredhai olehNya. Ameen Ya Allah. InsyaAllah.
















Monday, July 23

Ramadhan Di Nanti

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 4 kita umat islam berpuasa. Dan mungkin belum terlambat untuk nam mengucapkan :

"SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENINGKATKAN IMAN DAN AMAL DI BULAN YANG MULIA" (n_n)


AZAM

Bulan ramadhan selalunya di kaitkan dengan bulan Al-Quran kerna pada bulan ini ramai umat islam yang berlumba nak khatam Al-Quran. Maka nam pun berazam nak khatam Al-Quran lagi dan lagi. Sebenarnya nam sedang fight dengan seseorang untuk berlumba siapa khatam dulu dan siapa yang khatam paling banyak. Tapi nam dah terlambat sikit, nam baru juzuk 6 dan beliau sudah juzuk 10.. huhu.. Jauhnya lagi nam nak kejar.. (T__T). 

Ada lagi azam lain yang nam ingin kotakan, kena habiskan istikhfar 17000 kali dan ulang bacaan yassin 41 kali setiap hari. InsyaAllah.. Semoga Allah mudahkan semuanya.. Ameen ya Allah.. (= =')

KHIDMAT IBU TERCINTA

Ramadhan kali ini berbeza dengan ramadhan tahun lepas, ramadhan kali ini kesihatan ibu sedikit terganggu. Jadi kurang meriahnya memandangkan mak tidak dapat memasak juadah berbuka untuk kami. Sangat berbeza rasanya makanan yang nam masak dan makanan yang di masak oleh ibu tercinta. Namun apakah daya, Allah telah cabut sedikit nikmat sehat yang Allah pernah berikan pada ibu dahulu. (T__T)

Kesehatan merupakan nikmat yang istimewa dan salah satu dari nikmat terbesar setelah nikmat Iman dan Islam. Nikmat itu kelak akan diminta di pertanggungjawabkan di depan mahkamah Allah Azza wa jalla. 

Rasulullah SAW bersabda, "Mohonlah kepada Allah kesehatan (keselamatan). Sesungguhnya karunia yang lebih baik sesudah keimanan adalah kesehatan (keselamatan). (Riwayat Ibnu majah).

Beliau menambahkan: "Jika salah seorang keturunan Adam hanya memiliki keislaman dan kesehatan, maka hal itu sudah cukup bagi dirinya.”


Jadi amatlah perit apabila nikmat sehat itu, Allah tarik sedikit demi sedikit. Tetapi sebenarnya Allah ingin menguji kami sebagai anak-anak kepada ibu nam, adalah kami mampu memberikan khidmat pada ibu nam yang kesehatannya tidak stabil, yang memerlukan ibu berulang ke hospital setiap hari rabu. InsyaAllah, sampai hari ini, tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan izin dari Allah SWT. 

Kepada reader yang baca mohon doakan kesehatan ibu nam ye.. semoga Allah limpahkan kalian semua dengan rahmat dan kasih sayang.. ameen ya Allah.. :D

Saturday, May 19

Sentuhan Pengikat Kasih Sayang

ASSALAMUALAIKUM WBT




Orang kata hanya insan yang pernah merasa bercinta tahu manisnya cinta. Kerna manisnya cinta itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Insan yang bercinta akan saling kasih-mengasih antara mereka. Indahnya cinta dan sebarkan cinta. Indahnya cinta yang terpahat di dalam jiwa, kerna tiada perdustaan di dalamnya. Si dia di hormati dan di serahkan jiwa. Sedia berkhidmat tidak mengira masa. (wah.. nam bermadah tentang cinta pula)

"Sentuhan itu pengikat kasih sayang yang sedia ada"......



Sentuhan ibubapa itu memberikan semangat kepada jiwa si anak yang kecewa, hebatnya sentuhan mereka bisa meredakan keraguaan dan ketakutan yang menyelubungi jiwa si permata mereka.


Namun bila si anak sudah dewasa semakin kurang sentuhan yang ada. Sentuhan yang mengalirkan kasih sayang sesama mereka. Mereka bukan inginkan harta dan wang kita yang ada. Sekadar sedikit perhatian dan sentuhan mesra.


Si ibubapa yang di mamah usia bukan inginkan wang dan harta yang banyak, mereka hanya inginkan kita berkhidmat di masa usia tua mereka. Pesanan ini seperti bermain-main di telinga nam. Untuk berkhidmat kepada ibu yang sudah meningkat menjangkau 58 tahun.


Ilmu yang nam belajar baru-baru ini, nam dapat dari seorang pakcik dan seorang sahabat yang di muliakan Allah. Pesanan ini memberikan semangat untuk terus berbakti kepada si ibu yang di cinta. 

Pengalaman dan pengetahuan ini menyedarkan diri dan membangunkan nam dari lena yang panjang. Walaupun jiwa dan perasaan menyatakan nam sudah berkhidmat padanya namun sebenarnya nam masih  tidak melaksanakannya dengan sempurna.


Sekadar ingatan dan pesanan buat diri dan semua yang membaca. Hargailah insan yang bernama ibu dan bapa kerna mereka insan yang amat menyayangi anda. Mereka menyayangi anda seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Hargailah mereka selagi mereka berada di depan mata. Berkhidmatlah kepada mereka selagi kita mampu kerna mereka sangat berjasa kepada kita. 


Luangkan sedikit masa untuk bertanyakan kabar dan menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka, kerna layanan begitu sangat bermakna di usia mereka. Meraka ingin bermanja dengan insan yang pernah mereka layan seperti raja. 


p/s: sangat terkesan dengan isu kekeluargaan yang kurang dititikberatkan ketika ini, tiada sentuhan lagi yang mengikat kasih sayang yang ada. Kasih sayang tidak dapat mengalir dan memenuhi jiwa yang merana, akhirnya kesunyiaan menemani jiwa. 







Tuesday, January 31

Ibu.. Adakah ibu sudah meredhai aku?

ASSALAMUALAIKUM WBT


Tiga minggu yang mencabar, berkejar ke sana-sini seperti biasa. Rasa seperti "superwoman" yang ingin selamatkan dunia. Masa pula seperti cepat sangat berlalu, baru rasanya semalam berhujung minggu di rumah, tapi hari ini sudah masuk hari rabu.. Astagfirullah, akhirnya saya kalah melawan waktu..

Keadaan kesihatan ibu tiga minggu ini sangat membimbangkan, berulang ke klinik seperti biasa. Rasa sangat pedih di hati melihat ibu sakit begini. Jika mampu mahu saja saya pindahkan semua kesakitan yang ibu alami kepada saya. (--).. Namun apakan daya kerna Allah sebenarnya ingin menguji tahap keimanan kepadaNya dan sifat tanggungjawab kami kepada ibu yang tercinta.

Kesihatan ibu yang kurang stabil menyebabkan semua pekerjaan dan urusan rumah tidak berjalan seperti biasa. Tetapi walaupun Allah berikan ujian kesakitan kepada ibu, masih ada perkara yang perlu kami bersyukur iaitu Allah berikan saya tempat kerja yang berdekatan dengan rumah. Maka senang nak berulang-alik untuk melihat ibu. Kakak dan saya juga bergilir-gilir menemani ibu di rumah. 

Semasa ibu sakit ini, bermacam perkara bermain dalam minda. Persoalan ini bermain tatkala melihat ibu tidur kerna menahan kesakitan yang menimpa. 

Ibu.. Adakah aku telah berlaku adil padamu?
Ibu.. Adakah aku telah menjalankan tanggungjawabku terhadapmu?
Ibu.. Adakah aku anak yang baik di matamu?

Ibu.. aku ingin mentaati mu..
Aku ingin menjadi anak kebanggaan mu..
Aku ingin tunaikan hakmu terhadapku..


Ibu.. Adakah ibu meredhai aku, andainya aku pergi menemui Yang Maha Esa sekarang?




 p/s: mohon doa kalian yang membaca entry ini supaya mendoakan kesihatan yang baik kepada ibu saya.. semoga Allah melimpahkan kalian semua dengan rahmat dan kesenangan di dunia dan akhirat.. ameen ya Allah.. (--')



 

Tuesday, November 1

Takdir Allah Tidak Terduga

ASSALAMUALAIKUM WBT

Takdir Allah itu tidak terduga. Benar!!. Allah Hebat!! Siapa sangka andai kita terpaksa berkawen dengan musuh ketat kita? Dan siapa sangka kita akan menjadi musuh kepada sahabat karib kita? Dan siapa sangka kita akan terpisah jauh walaupun ukhwah baru tercipta?? Tiada yang mustahil di dunia ini dengan adanya kuasa Allah. 


ALLAH ADA KUASA, MAKHLUK TIADA KUASA!


Seperti itu juga kami tidak menjangka hampir 21 tahun kami tinggal di rumah usang itu, pelbagai peristiwa pernah di alami sepanjang tinggal di situ. Namun kini, kami perlu membuat perghijrahan dalam hidup kami. Kami perlu meninggalkan rumah itu. Rumah yang penuh kenangan dan cinta tercipta di sana. Pernah dulu kami berangan untuk terus tinggal di situ dan menghabiskan sisa-sisa usia di situ. Namun nampaknya kami bakal menghadapi suasana baru yang lebih mencabar dan mungkin akan lebih bahagia. InsyaAllah..


Walaupun 11 tahun ayah pergi meninggalkan kami, semua dirumah itu masih sama, almarinya, perhiasan di dinding, kelengkapan rumah dan mungkin ada penambahan baru di dalam rumah itu. Namun ia masih tetap sama seperti peninggalan ayah dulu. Kenangan ayah kuat di sana kerna itu adik-beradik tidak sanggup untuk meninggalkan rumah itu. Namun apakah daya, dalam tidak rela kami terpaksa.


Kali ini mungkin penghijrahan yang jauh akan kami lakukan. Tapi masa akan tentukan semuanya, kami merancang dan Allah akan menentukan sama ada kami akan berhijrah atau tidak. 


Dan andai kami terpaksa pindah dari situ, kenangan bersama ayah akan mengikut kami bersama dan akan kami semadikan kenangan ayah di dalam lubuk hati kami. insyaAllah..


Perghijrahan ini mungkin akan berlaku di kampung ibu dan ayah. Kampung yang dulu kami sangat teruja apabila dapat pulang ke sana. Kampung yang menimpa sejarah yang bermakna buat ayah dan ibu. Tempat pertama ayah dan ibu mula mengenal dunia. Tapi setelah hampir 22 tahun mengenal dunia, kami akan pulang ke desa ibu ayah tercinta. Mungkin ini yang di nanti oleh ibu, penantian untuk tinggal di desa yang penuh kenangan pahit dan manis buatnya. 





Andai berada di tempat baru nanti, mungkin kami perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran baru. Aroma dan pemandangan baru yang tidak boleh kami lihat di bandar. Kesibukan yang luar biasa di bandar dan keamanan yang nikmat di kampung. Banyak bezanya semua itu. 


Andai tibanya saat itu nanti, semoga saya, ibu, adik dan kakak dapat hadapi semua itu dan menjalani kehidupan yang baik di sana nanti.. ameen ya Allah..



Monday, September 19

Sejuta Cinta Buat Bonda

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ini merupakan entry ke 100 saya. Heheh.. tak sangka dah masuk entry ke 100. Syukur Alhamdulillah Allah masih izinkan saya meneruskan penulisan di sini. Terima kasih Allah... LOVE ALLAH!!!!... Sebelum ini pun saya ada menulis di blog yang lain, tetapi blog yang dulu telah di tutup atas sebab-sebab tertentu... Saya mulakan semula perkongsiaan saya di ruang ini pula.. Semoga blog kali ini terus kekal jika tiada apa-apa yang menghalang.. insyaAllah... (n_n)


..............................................................................


Ibu itulah insan yang saya sayang. Saat Allah memanggil ayah pergi, Allah masih memberikan ibu untuk menjadi peneman kami di dunia. Terima kasih ya Allah kerna memberikan saya ibu yang baik dan sangat menyayangi kami.. (n_n)...


Hayatilah bait-bait kata ini. Semoga Allah memberikan kita kesedaran tentang pengorbanan ibu dan perit serta kesusahan ibu dalam membesarkan kita anak-anaknya.. Semoga dengan kesusahan yang di alaminya menjadi asbab rahmat dan kasih sayang Allah kepada nya.. ameen...



Ibumu telah mengandungkan di dalam perutnya selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun.
Dia bersusah-susah ketika melahirkanmu yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya.
Dia telah menyusuimu dari susunya.
Dia telah hilang rasa ngantuknya kerna menjagamu.
Dia mencuci kotoranmu dengan tangan kanannya.
Dia utamakan dirimu atas dirinya serta atas makanannya.
Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu.
Dia memberikanmu semua kebaikan.
Apabila kamu sakit atau mengeluh.
Nampak darinya kesusahan yang luar biasa dan panjang sekali kesedihannya.
Dia keluarkan wang untuk membayar doktor yang mengubatimu.
Seandainya di pilih antara hidupmu dan kematiannya, maka dia kan meminta supaya kamu hidup.

Betapa banyak kebaikan ibu,
Sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik,
Dia selalu mendoakanmu dengan taufiq,
Baik secara sembunyi mahupun terang-terangan.
Tatkala ibumu memerlukanmu pada saat dia sudah tua,
Engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga di sisimu,
Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar,
Engkau puas dalam keadaan dia haus,
Dan engkau mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anak-anakmu daripada ibumu,
Dan engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia buat,
Dan rasanya berat atasmu memeliharanya,
Padahal adalah urusan yang mudah,
Dan engkau kira ibumu ada di sisimu umurnya panjang,
padahal umurnya pendek,
Engkau tinggalkan padahal dia tidak punya penolong selainmu..

(IMAM AZ-ZAHABI - AL-KABAIR)


...........................................................................


Ibu.. Aku sayang kamu..........

Ibu.. Aku ingin mentaatimu.............

Ibu.. Aku tidak mahu menjadi derhaka padamu...



IBU, ADAKAH IBU TELAH MEREDHAI AKU?





YA ALLAH, berikanlah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan pahala yang besar atas sayang yang ibu limpahkan padaku, peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.


YA ALLAH, bila maghfirah-Mu telah ibu kecapi sebelumku, izinkanlah ibu memberi syafaat untukku. Tetapi jika maghfirah-Mu kukecapi lebih dahulu, maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk ibuku, sehingga kami semua berkumpul bersama di tempat yang dinaungi kemuliaan-mu, keampunan-Mu serta rahmat-Mu..


p/s: tiada kata-kata yang dapat saya fikirkan dan mampu di luahkan saat ini. Hati berbunga lantaran Allah memberikan ibu sebagai penyokong hidup saya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan memberikan yang terbaik buat ibu saya. Ameen.... 






Friday, August 26

Hiba Hatiku

ASSALAMUALAIKUM WBT


Ibu.
Hari ini menyinar bahagia,
Namun mengapa tangisan ada di matamu wahai ibu?
Mengapa Ibu menangis menceritakan kisah lalu hidupku?
Sesungguhnya tidak ku tahu apa di lubuk hatimu wahai kekasihku.


Ibu.
Jangan bimbang akan diriku,
Mungkin aku kelihatan lemah di matamu,
Namun ada kekuatan yang di hadiah Allah buat diriku,


Ibu,
Ku mohon jangan tangisi masa silamku,
Mungkin dulu aku kerap mengalirkan airmata mengenang kekasih hatimu,
Namun sekarang aku telah terima semuanya dengan hati yang tenang wahai sayangku.


Ibu,
Anakmu kini telah dewasa,
Tetapi anakmu ini masih kerap menangis bila hatinya terusik mengenang kenangan semalam,
Kenangan yang penuh cinta dan kasih sayang dari buah hati mu tercinta.


Ibu,
Tangisan mu menjadikan hiba terasa di hatiku,
Jangan begitu wahai ibu,
Ku tidak bisa melihat dirimu begitu.


Ibu,
Ku harap satu darimu,
Ku mohon jangan tangiskan masa silam ku,
kerna masa silamku adalah tanda kasih sayang ku buat dirimu.


Ibu,
tiada apa yang dapatku berikan untuk meredakan tangisanmu,
hanya ucapan bahawa aku telah terima semua masa silam hidupku,
semua itu adalah rancangan Allah yang terbaik buatku wahai ibu.


Ibu,
ku bahagia kerna Allah menghadiahkan ibu menjadi mahkota hidup ku,
kerna dirimu tabah dan sabar melayani kami,
walaupun tiada tonggak semangat di belakangmu.


Ibu,
Ku hanya mampu menghadiahkan doa untuk dirimu,
Supaya Allah SWT memberkati dan memberikan rahmat seumur hidupmu,
Ibu ketahuilah aku sangat bangga punya ibu dan penyokong yang kuat sepertimu,
Aku sayang kamu wahai kekasih dan buah hatiku.




p/s: hati tiba-tiba menjadi hiba melihat tangisan ibu secara tiba-tiba lantaran menceritakan masa silam ku bersama ayahku. Mungkin aku kerap menangis dahulu kerna tidak menerima kenyataan itu. Tetapi sekarang aku lebih tabah berbanding dahulu. Kerna ada Allah sebagai tempat mengadu, Kerna ada Allah yang sering menemaniku, dan Kerna ada Allah sentiasa menjadi pemberi semangat dalam hidupku.Terima kasih Allah! LOVE ALLAH! :>





Friday, July 1

Oh Ibu!


Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu Ya Allah

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekalian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu
ianya Engkau tuntuti

Ya Allah
Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka

Ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut
walaupun perkataan "ah" kepada mereka.

Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah
Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah

Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan Ya Allah

Ya Tuhanku Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurgaku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.