Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, January 31

Ibu.. Adakah ibu sudah meredhai aku?

ASSALAMUALAIKUM WBT


Tiga minggu yang mencabar, berkejar ke sana-sini seperti biasa. Rasa seperti "superwoman" yang ingin selamatkan dunia. Masa pula seperti cepat sangat berlalu, baru rasanya semalam berhujung minggu di rumah, tapi hari ini sudah masuk hari rabu.. Astagfirullah, akhirnya saya kalah melawan waktu..

Keadaan kesihatan ibu tiga minggu ini sangat membimbangkan, berulang ke klinik seperti biasa. Rasa sangat pedih di hati melihat ibu sakit begini. Jika mampu mahu saja saya pindahkan semua kesakitan yang ibu alami kepada saya. (--).. Namun apakan daya kerna Allah sebenarnya ingin menguji tahap keimanan kepadaNya dan sifat tanggungjawab kami kepada ibu yang tercinta.

Kesihatan ibu yang kurang stabil menyebabkan semua pekerjaan dan urusan rumah tidak berjalan seperti biasa. Tetapi walaupun Allah berikan ujian kesakitan kepada ibu, masih ada perkara yang perlu kami bersyukur iaitu Allah berikan saya tempat kerja yang berdekatan dengan rumah. Maka senang nak berulang-alik untuk melihat ibu. Kakak dan saya juga bergilir-gilir menemani ibu di rumah. 

Semasa ibu sakit ini, bermacam perkara bermain dalam minda. Persoalan ini bermain tatkala melihat ibu tidur kerna menahan kesakitan yang menimpa. 

Ibu.. Adakah aku telah berlaku adil padamu?
Ibu.. Adakah aku telah menjalankan tanggungjawabku terhadapmu?
Ibu.. Adakah aku anak yang baik di matamu?

Ibu.. aku ingin mentaati mu..
Aku ingin menjadi anak kebanggaan mu..
Aku ingin tunaikan hakmu terhadapku..


Ibu.. Adakah ibu meredhai aku, andainya aku pergi menemui Yang Maha Esa sekarang?




 p/s: mohon doa kalian yang membaca entry ini supaya mendoakan kesihatan yang baik kepada ibu saya.. semoga Allah melimpahkan kalian semua dengan rahmat dan kesenangan di dunia dan akhirat.. ameen ya Allah.. (--')



 

9 comments:

Unknown said...

keredhaan Allah swt itu terletak pd keredhaan ibu kita.

usahakan supaya kita semua tidak menyakiti hati mereka.

LeiyaUmairah said...

ibu...

umu6point said...

Assalamualaikum salwa :)

Waktu baby akak kena selsema 3hari lepas dan melihat keletihan di matanya, terus akak berdoa agar sakitnya berpindah pada akak. X sanggup akak mendengar rengekannya.

Sebenarnya, dari kecil kita.. banyak pengorbanan yang di lakukan oleh ibu bapa kita. InsyaAllah, bila dah besar ni, kita kena korban sungguh2 untuk jaga fizikal dan perasaan mereka.

Moga ibu salwa cepat sembuh :)

Egg Head said...

banyaknya buat salah pada mak....


selalu buat mak nangis..
selalu buat mak marah...
mak suru balik pun tak nak balik....

rindu pada mak....

semoga ibu awak cepat sembuh okai...

penchacaiz said...

moga makcik cepat sembuh...

untung makcik dpt anak yg baik nih.


"ibuuuuu...."(lirik last "oh ibu" by exist)

Norsha said...

Ya Allah, berilah kesihatan yg baik kepada ibu pemilik blog ini....ameen

mhafiz_ydin said...

Banyak solat dan doa untuk ibu.. InsyaAllah.. Dia yang bagi sakit, Dia juga yang bagi sihat.

nam said...

tuan fuad akmal: benar.. insyaAllah sama-sama usahakan.. ameen ya Allah.. (",)


leiya: adik.. ok kah?? jaga diri k.. luv u my dear.. (",)


kak umu: waalaikumussalam wbt kak..

sakit hati nam tgk mak sakit, Allah je tahu perasaan ni.. Tapi alhamdulillah mak dah makin sehat sekarang.. lega nam tgk..

Allah kasi sakit, Allah yang kasi sembuh! (",)

doakan nam jadi anak yg baik utk mak nam yer..

ameen ya Allah..

nam said...

tuan jabbar aka egg head:

kalau rindu kene cepat2 balik jumpa mak..
mak ngah tunggu tu..
doakan utk mak dari jauh k..

ameen ya Allah.. jazakallah khairan adik.. (",)


tuan farid faisal:

ameen ya Allah.. jazakallah doakan mak nam.. (",)..

untung nam ada kawan2 macam kalian.. (",)


kak norsha:

ameen ya Allah.. (",)


tuan hafiz:

insyaAllah..
mohon doa dari tuan juga.. (",)

benar! Allah kasi sakit, Allah kasi sehat.. Allahuakbar!