Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, January 25

Berbuah Cinta

 ASSALAMUALAIKUM WBT

Di renung lappy yang berada di depan mata. Entah mengapa hati rasa tidak setenang biasa. Semua pekerjaan dilakukan namun terasa ada sesuatu yang tidak kena. Kaki ingin melangkah keluar dari rumah sebentar tetapi Allah takdirkan hujan membasahi bumi. Dibatalkan niat untuk keluar mengambil angin. Lantas bantal busuk yang menjadi peneman setia di peluk erat. Sambil badan rebah ke tilam. Mata ligat melihat kipas syiling di atas kepala. Merenung seolah-olah tidak pernah melihat ia berputar sebelum ini.

Kepala ligat memikirkan sesuatu yang tidak pasti, tiada jawapan pada soalan-soalan yang datang. Bagaimana? Mengapa? Kenapa? Benarkah? Banyaknya soalan yang terlontar dari minda namun tiada satu pun yang mampu terungkai. Mata cuba-cuba untuk lelap namun perasaan tidak membenarkan mata untuk berehat. Dalam terpaksa mata terpaksa berjaga menemani perasaan yang sedang bergelora.

Hati terus di hujani dengan persoalan. Itu, ini dan itu lagi. Apakah semua ini? Benarkah apa yang aku dengar ini? Benarkah ada perkara begini? Adakah aku patut pilih jalan ini? Jalan yang sebahagian orang lalui. Hanya insan yang menjadi pilihan Allah.

Aku terkesima dengan semua yang berlaku, ia seperti tidak pernah di jangka oleh akal fikiran ku. Aku tidak penah berharap ini akan datang dalam hidupku. Kerna aku seorang yang hanya melalui jalan yang berada di depan mata dan tidak akan mencari jalan lain selain jalan itu. 

Adakah aku patut meninggalkan perkara yang aku cintai itu? Kerna ia bukan dalam genggamanku lagi kerna Allah masih belum memilih diriku lagi. Adakah betul pilihanku ini? Pilihan untuk membiarkan ia pergi? Pergi di bawa angin lalu. Pergi meninggalkan semua kenangan yang ada. 


Argggghh.. Fikiran makin bercelaru, mata mengalir butir-butir mutiara yang aku sukar tahan lagi. Aku segera bangun dan mengambil wudhu untuk menahan kesedihan di hati. Di hamparkan sejadah untuk bertemu dan mengadu pada Kekasih hati. Dalam sujud ku. ku bermohon bantulah menyelesaikan kemelut di hati dan kebimbangan yang meraja. Zikir Nabi yunus dan zikir Laa haula wala bergetar di bibir sambil mata terus mengalirkan manik-manik jernih. 




p/s: ini sekadar sebuah cerita yang di reka kerna tension bekerja.. heheh.. (",).. bila tension memang banyak yang muncul dalam minda hingga mampu menjadi sebuah cerita.. (",)

2 comments:

fuad ansari said...

ok la tu.. tension2 dapat jugak mengarang sebuah cerita yg baik dan menginsafkan..

boleh la tension selalu.. (",)

Hidayatullah said...

kawin la cpt kak.. suami msti x bg kje.. ha3..dok umah jaga anak.. woohooo