Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, January 24

Kerna Allah Sudah Memanggil

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hampir 3 minggu tidak ke majlis taklim asbab ada program talaqqi dan kesihatan yang kurang baik sepanjang minggu. Kesihatan sikit terganggu baru-baru ini, mak juga kurang sihat asbab letih mengemas rumah. Alhamdulillah, baru beberapa hari mak kembali sihat, lega melihat mak sihat dan tersenyum. Terima kasih Ya Allah.

3 minggu yang penuh kenangan manis di dalam diri, namun ada terselit kecewa di dalam hati. Anak kecil yang selalu kelihatan di rumah taklim sudah di panggil menghadap Illahi. Rasa kecewa kerna tidak sempat berjumpa sebelum dia pulang bertemu Yang Esa. Namun saya redha kerna syurga adalah jaminan buatnya memandangkan dia baru berusia 3 tahun lebih.

Nama yang cukup manis dan cukup berpengaruh di zaman Rasulullah. Aisyah nama di berikan kepada srikandi kecil itu. Srikandi yang penuh semangat dan setiap perbuatannya ada pengajaran buat semua. Setiap mata yang memandang akan tersenyum dan senang dengan kehadirannya. Semua sangat sayangkan dan suka bergaul dengannya.

Airmata ingin mengalir saat mendengar cerita dari umminya tercinta tentang dirinya. Sebelum di panggil menghadap Illahi sempat bertanya perihal kubur kepada ummi tercinta sambil berkata " Aisyah nak pegi kubur, kubur ada taman-taman syurga". MasyaAllah. Inilah anak yang di didik dengan iman dan amal. Tidak gentar dengan kematian.

Tiba-tiba rasa rindu mencengkam jiwa, si anak kecil tadi yang belum mengenal keburukan dunia telah pergi buat selama-lamanya. Dia sedang berbahagia di syurga sana. InsyaAllah. 


"Ya Allah, kuatkan hati-hati kami, hati ibubapanya, hati saudara-saudara yang mengasihinya, dan semoga kami redha akan pemergiaan nya ke sana. Ya Allah, semoga kami dapat bersua semula di syurga sana dan dapat berkumpul semula di hari bahagia, di hari kemenangan buat hamba-hambaMu semua. Ya Allah, jadikan pemergiaannya ini asbab hidayat tersebar seluruh alam kerna sesungguhnya hanya Engkau mengetahui kebaikan dan kemuliaan yang ada dalam dirinya. Tempatkan dia bersama kekasih-kekasihMu di sana"

p/s: syukur kerna Allah telah kenalkan saya dengan usaha iman dan amal ini, belajar sabar, redha dan ikhlas dalam setiap perkara. Rasa kagum dengan sikap si abah dan ummi Aisyah kerna masih tersenyum walaupun di hati sangat berduka. Si abah akan khuruj berjalan kaki bulan februari nanti walaupun kesedihan terhadap pemergian si anak kecil masih mencengkam diri. Begitu cekal hati mereka.. Ya Allah, kuatkan hati mereka ya Allah.. (T_T)

No comments: