Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, January 14

Mengetahui tetapi tidak Memahami

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sudah lama rasanya meninggalkan zaman blog yang dulunya tempat meluahkan perasaan dan penulisan. Hampir 8 bulan memencilkan diri dan mencari apa yang nam inginkan, namun sehingga hari penulisan ini dicoretkan, nam masih belum mengetahui apa yang nam inginkan. Berkisar tentang kehidupan yang tidak kekal abadi dan akhirat yang abadi mana mungkin nam dapat mencari jawapan persoalan-persoalan yang menunjah akal fikiran saban hari. Akhirnya nam melupakan hasrat nam untuk meneruskan kehidupan dengan persoalan sebaliknya memulakan semula dengan cara yang nam senangi. InsyaAllah.

............................................................................................

Astagfirullah. Istighfar panjang nam hari ini. Sepanjang minggu lepas banyak kisah yang menjadi pengajaran dalam kehidupan nam. Setelah beberapa lama memikirkan bagaimana hendak meluahkan perasaan ini, akhirnya hari ini nam dapat luahkan semuanya. InsyaAllah. 

Sepanjang minggu lepas, dengan pengajaran-pengajaran yang baru. Nam barulah tersedar mengenai istilah "MENGENALI TIDAK SEMESTINYA MEMAHAMI". Allah SWT hendak tarbiah nam dengan sesuatu yang nam dapat lihat dengan mata dan dapat nam fikirkan kebaikan dan keburukannya.

Berkisar dengan kehidupan yang nam jalani saban hari. Pertama kali nam saksikan sendiri di hadapan mata nam. Sesungguhnya nam tidak membenci mereka sebaliknya nam kasihkan mereka kerna mereka ada niat untuk melakukan sunnah Nabi SAW tetapi tidak berilmu untuk mengamalkannya. Bukan nam hendak berbangga nam berilmu sebaliknya nam lebih tidak berilmu dari mereka kerna itu Allah SWT membiarkan nam menyaksikan peristiwa-peristiwa ini dihadapan mata nam.

Purdah, Niqab, Khimar, Cadar adalah istilah-istilah yang digunakan terhadap pakaian itu. Pakaian Para Sahabiah dahulu, mereka memakai pakaian yang mencerminkan sifat malu pada diri, tetapi kini dunia sudah berubah. Pakaian ini seolah-olah dihidupkan kembali dengan cara berbeza. Diexploitasi dengan istilah yang sukar nam terangkan. Mana mungkin mereka mengatakan mereka mengikut sunnah sedangkan mereka sedang melakukan sebaliknya. Mungkin pemahaman nam dan mereka mengenai perkara ini berbeza kerna itu persefahaman tidak dapat kami temui. Mungkin juga nam nampak dari kaca mata nam bahawa apa yang dipertontonkan adalah salah tetapi sebaliknya bagi mereka. Entahla. Dunia ini sungguh keliru. Tetapi sayangku, sahabat, teman, kawan wanitaku semua, tahukah kamu sebenarnya fitnah yang besar telah berlaku pada masa kini. Pada mulanya kita ingin menghidupkan sunnah tetapi terjadi sebaliknya kemudian hari. Hingga akhirnya kita sendiri menjadi fitnah dalam pelaksanaan sunnah. 


Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah yang ketat dan menimbulkan pelbagai perhiasaan diri. 

Mana mungkin juga purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah tetapi kaki tidak berstoking

Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama tudung yang pendek hingga menampakkan perhiasaan didada

Mana mungkin sayangku!

Sayangku sahabat, teman, kawan, purdah/khimar/niqab/cadar sepatutnya dipakai bersama jubah atau pakaian yang longgar dan labuh, kaki hendaklah berstoking dan tudung mestilah menutup perhiasaan didada dan sayangku lenganmu juga harus kamu tutup.  

Dan begitulah permahamanku mengenai amalan sunnah berpakaian ini. Mungkin nam silap, maka sesiapa sila tolong betulkan nam kerna nam masih jahil tentang hal ini. 

Kerna itulah nam katakan "MENGETAHUI TETAPI TIDAK MEMAHAMI", kita tahu mengenai sunnah pemakaian ini tetapi kita tidak memahami bagaimana hendak mempraktiknya, akhirnya kita membuat pemahaman sendiri dan menjadi fitnah kepada amalan sunnah itu sendiri. 

Begitulah orang kata, kita mengetahui atau mengenali seseorang tetapi tidak semestinya kita cukup memahami mereka. Begitu juga dengan amalan sunnah pemakaian ini, bertanyalah dengan sesiapa yang pakar atau ahli dalam bidang ini atau rujuklah dimana-mana supaya kita tidak membuat penafsiran dan pemahaman dengan cara sendiri. Ikutlah apa yang Para sahabiah atau wanita dulu telah tonjolkan tentang pemakaian sunnah ini. Semoga kita lebih memahami dan jangan hanya mengetahui. 


p/s: pengajaran mengenai post amatlah jelas mengenai kejadian-kejadian yang sering menimpa umat saban hari. Allah SWT sahajalah pemegang hati-hati kita, semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan hidayat kepada kita supaya kita terus berada dalam jalan yang diredhai olehNya. Ameen Ya Allah. InsyaAllah.
















No comments: