Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, January 14

Pengembaraan Sementara

Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia Kekasih Tercinta Rasulullah SAW dan Salam buat Ahli Keluarga dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW.


Pejam celik... pejam celik..  akhirnya sudah sampai tahun 2015. Semakin cepat masa berlalu semakin meningkat usia diri. Frasa baru kehidupan bakal bermula, tahun ini insyaAllah lebih baik dari tahun sebelumnya. Setiap tahun ada sahaja perubahan baru yang nam cuba tonjolkan, insyaAllah dan Allah SWT sentiasa mudahkan usaha nam yang kecil itu. Terima Kasih Ya Allah!

Banjir menimpa saudara-saudaraku di pantai timur, sedihnya mengenangkan nasib mereka, namun Allah SWT berkehendak dengan kesabaran dan sifat redha mereka, maka Allah SWT telah uji dengan ujian yang berat ini. Sepatutnya nam berada di Kelantan pada masa kejadian tetapi Allah SWT menetapkan bahawa nam bukan sebahagian mereka yang diuji dengan musibah banjir ini. Alangkah indahnya jika andai nam dapat berkongsi sedikit kesedihan dan kesabaran mereka dalam menghadapi musibah ini. Tetapi tidak mengapa Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik buatku. Semoga Allah SWT melimpahkan kesabaran dan menganjarkan mereka dengan pahala dan syurga abadi nanti.

Sebulan di bumi kelantan, pelbagai perkara baru nam terokai. Lemas rasanya kerna sudah bertahun hidup tidak meninggalkan keluarga tetapi kali ini nam seorang dalam pengembaraan mencari ilmu. Perit pada mulanya, namun manis akhirnya. Nam banyak berfikir dalam pengembaraan kali ini, tiada apa yang nam risaukan lagi, semuanya dalam lindungan Allah SWT, walaupun nam mengetahui dari dulu lagi semuanya dalam perlindungan Allah SWT.

Berkisar kehidupan baru di Kelantan, pada mulanya nam berhajat ingin lama disana, tetapi perancangan Allah SWT berbeza, nam hanya di sana sebulan. Alhamdulillah. Walaupun belum cukup lama di sana, tetapi pengalamannya amat besar buat nam. InsyaAllah akan nam kenang hingga ke akhirnya. InsyaAllah jika Allah SWT izinkan nam ingin kembali kesana dan meneruskan pengajian yang nam telah tinggalkan. 

Dengan suasana pelajaran yang baru buat nam, kerna sebelum ini nam belajar tidak seperti itu. Bergaul lelaki dan perempuan tetapi di sini nam hanya jumpa kaum wanita, alangkah kaku seketika. Tetapi itu lebih baik kerna tidak bimbang dengan permasalahan aurat walaupun aurat sesama wanita perlu di jaga. 

Seawal pagi sudah dikejutkan oleh sahabat atau sepatutnya adik. Berqiamulai dan bersahur, di sini kami bisa memilih ingin bangun atau tidak kerna tidak wajib tetapi alhamdulillah Allah SWT temukan nam dengan teman-teman baru yang sangat suka berpuasa dan berqiamulai. Terima kasih ya Allah. Sebulan disana itulah rutin nam saban pagi. Selebihnya talaqi kitab tauhid, fekah, tasawuf, akhlak, hadis yang dipanggil dengan kitab subuh, kitab zohor, kitab asar, kitab mahgrib dan melancarkan bacaan mengaji atau solat selepas isyak.

Sekadar itu pengembaraan nam di bumi kelantan, walaupun pengalaman insan lain lebih hebat dari nam tetapi nam bersyukur akhirnya Allah SWT telah pilih nam kesana kerna 5 tahun memendam rasa ingin ke sana tetapi baru sekarang Allah SWT pilih nam. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

p/s: Alhamdulillah. Semoga Allah SWT memanggil nam kembali kesana kerna rindu rasanya ingin kesana dan terus menadah kitab. InsyaAllah.














No comments: