Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Showing posts with label masturat. Show all posts
Showing posts with label masturat. Show all posts

Wednesday, January 14

Mengetahui tetapi tidak Memahami

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sudah lama rasanya meninggalkan zaman blog yang dulunya tempat meluahkan perasaan dan penulisan. Hampir 8 bulan memencilkan diri dan mencari apa yang nam inginkan, namun sehingga hari penulisan ini dicoretkan, nam masih belum mengetahui apa yang nam inginkan. Berkisar tentang kehidupan yang tidak kekal abadi dan akhirat yang abadi mana mungkin nam dapat mencari jawapan persoalan-persoalan yang menunjah akal fikiran saban hari. Akhirnya nam melupakan hasrat nam untuk meneruskan kehidupan dengan persoalan sebaliknya memulakan semula dengan cara yang nam senangi. InsyaAllah.

............................................................................................

Astagfirullah. Istighfar panjang nam hari ini. Sepanjang minggu lepas banyak kisah yang menjadi pengajaran dalam kehidupan nam. Setelah beberapa lama memikirkan bagaimana hendak meluahkan perasaan ini, akhirnya hari ini nam dapat luahkan semuanya. InsyaAllah. 

Sepanjang minggu lepas, dengan pengajaran-pengajaran yang baru. Nam barulah tersedar mengenai istilah "MENGENALI TIDAK SEMESTINYA MEMAHAMI". Allah SWT hendak tarbiah nam dengan sesuatu yang nam dapat lihat dengan mata dan dapat nam fikirkan kebaikan dan keburukannya.

Berkisar dengan kehidupan yang nam jalani saban hari. Pertama kali nam saksikan sendiri di hadapan mata nam. Sesungguhnya nam tidak membenci mereka sebaliknya nam kasihkan mereka kerna mereka ada niat untuk melakukan sunnah Nabi SAW tetapi tidak berilmu untuk mengamalkannya. Bukan nam hendak berbangga nam berilmu sebaliknya nam lebih tidak berilmu dari mereka kerna itu Allah SWT membiarkan nam menyaksikan peristiwa-peristiwa ini dihadapan mata nam.

Purdah, Niqab, Khimar, Cadar adalah istilah-istilah yang digunakan terhadap pakaian itu. Pakaian Para Sahabiah dahulu, mereka memakai pakaian yang mencerminkan sifat malu pada diri, tetapi kini dunia sudah berubah. Pakaian ini seolah-olah dihidupkan kembali dengan cara berbeza. Diexploitasi dengan istilah yang sukar nam terangkan. Mana mungkin mereka mengatakan mereka mengikut sunnah sedangkan mereka sedang melakukan sebaliknya. Mungkin pemahaman nam dan mereka mengenai perkara ini berbeza kerna itu persefahaman tidak dapat kami temui. Mungkin juga nam nampak dari kaca mata nam bahawa apa yang dipertontonkan adalah salah tetapi sebaliknya bagi mereka. Entahla. Dunia ini sungguh keliru. Tetapi sayangku, sahabat, teman, kawan wanitaku semua, tahukah kamu sebenarnya fitnah yang besar telah berlaku pada masa kini. Pada mulanya kita ingin menghidupkan sunnah tetapi terjadi sebaliknya kemudian hari. Hingga akhirnya kita sendiri menjadi fitnah dalam pelaksanaan sunnah. 


Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah yang ketat dan menimbulkan pelbagai perhiasaan diri. 

Mana mungkin juga purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama jubah tetapi kaki tidak berstoking

Mana mungkin purdah/khimar/niqab/cadar dipakaikan bersama tudung yang pendek hingga menampakkan perhiasaan didada

Mana mungkin sayangku!

Sayangku sahabat, teman, kawan, purdah/khimar/niqab/cadar sepatutnya dipakai bersama jubah atau pakaian yang longgar dan labuh, kaki hendaklah berstoking dan tudung mestilah menutup perhiasaan didada dan sayangku lenganmu juga harus kamu tutup.  

Dan begitulah permahamanku mengenai amalan sunnah berpakaian ini. Mungkin nam silap, maka sesiapa sila tolong betulkan nam kerna nam masih jahil tentang hal ini. 

Kerna itulah nam katakan "MENGETAHUI TETAPI TIDAK MEMAHAMI", kita tahu mengenai sunnah pemakaian ini tetapi kita tidak memahami bagaimana hendak mempraktiknya, akhirnya kita membuat pemahaman sendiri dan menjadi fitnah kepada amalan sunnah itu sendiri. 

Begitulah orang kata, kita mengetahui atau mengenali seseorang tetapi tidak semestinya kita cukup memahami mereka. Begitu juga dengan amalan sunnah pemakaian ini, bertanyalah dengan sesiapa yang pakar atau ahli dalam bidang ini atau rujuklah dimana-mana supaya kita tidak membuat penafsiran dan pemahaman dengan cara sendiri. Ikutlah apa yang Para sahabiah atau wanita dulu telah tonjolkan tentang pemakaian sunnah ini. Semoga kita lebih memahami dan jangan hanya mengetahui. 


p/s: pengajaran mengenai post amatlah jelas mengenai kejadian-kejadian yang sering menimpa umat saban hari. Allah SWT sahajalah pemegang hati-hati kita, semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan hidayat kepada kita supaya kita terus berada dalam jalan yang diredhai olehNya. Ameen Ya Allah. InsyaAllah.
















Friday, August 3

Bisikan Masturat II

ASSALAMUALAIKUM WBT

Masturat bukanlah serikandi yang dijadikan untuk di angkat dan dipuji hingga terasa diri melambung tinggi. Namun sebenarnya diri hanya ibarat sekeping kertas kosong yang perlu dilukiskan oleh seorang pelukis yang berilmu dan berdedikasi. Bukan sebarang lukis boleh di lukis di atas kertas ini sebaliknya hanya lukisan yang membawa identiti dan peribadi yang murni. Bukan memilih tetapi sekadar berharap pelukis yang hadir berjiwa solehin. Tetapi Allah SWT lebih mengetahui rahsia berkenaan ini.



Ada juga beberapa insan yang cuba untuk merapatkan diri. Tapi maaf di dahulukan lantaran tiada ikatan yang sah yang membolehkan kita berbicara sesama sendiri. 

Baru-baru ini nam terperangkap apabila persoalan-persoalan diajukan untuk mengetahui tahap kebolehan diri.  Tetapi nam tidak boleh melatah dan perlu menjawap soalan dengan berlapang diri supaya jawapan yang di berikan memuaskan hati. Maafkan andai jawapan yang diberikan tidak dapat menyenangkan hati. Lantaran kelemahan diri dan kurangnya kepahaman nam pada usaha iman dan amal ini. 

Ikuti perbualan nam dengan seorang insan yang di muliakan Allah SWT di suatu hari di laman sosial yahoo messenger (nam copy sebijik dari ym):

* N= nam
* H= Hamba Allah SWT

H : Masturat selalu dikaitkan dengan wanita-wanita yang tidak gemarkan fesyen aka tidak pandai berfesyen. Bagaimana masturat dapat membidas kenyataan ini?

N : Masturat sememangnya "old fesyen aka tidak pandai berfesyen" :D.. Tiada apa yang perlu nam bidas tentang hal ini.. :)

H: Maknanya kalian ini insan-insan yang suka duduk di bawah tempurung dan tidak suka mengikut perkembangan semasa? (ikon: senyum sinis)

N: Maaf nam ingin bertanya. Apa pentingnya fesyen ini pada hidup kita? Boleh saudari terangkan?

H: hurmmm...untuk nampak cantik.. wanitakan di jadikan cantik oleh Allah SWT. Jadi kenapa perlu disimpan kecantikkan itu di sebalik purdah dan jubah yang labuh? (ikon: tidak puas hati)

N: kerna kami cantik, kami menyimpan diri kami. :D. Jika barang yang cantik diperlihatkan di khalayak ramai. Semua mata akan tertumpu padanya. Betul tak? Jadi bagaimana dengan tuntutan Allah SWT untuk menyuruh kita menjaga pandangan dan menjaga kehormatan diri?

H: Tapi kerna kita cantiklah kita perlu berbangga dan mempamerkan diri. Itulah namanya bersyukur.. (ikon: muka menang)

N: Astagfirullah.. Sesungguhnya kita telah terperdaya dengan syaitan laknatullah. :'(.. Jika itu caranya kita bersyukur dengan kurniaan kecantikkan dan keelokkan susuk tubuh maka tiada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk meminta kita untuk melabuhkan tudung dan menutup aurat. 

H: ok.. Saya terima berkaitan aurat itu. Tetapi kenapa mesti berpakaian hitam? Di negara kita yang panas ini, rasa tidak sesuai berpakaian begitu.. huh!

N: Saudari bezakan ye. Andai nam berpakaian hitam dan sahabat nam berpakaian merah. Mana satu yang menarik perhatian saudari? :D

H: Mestilah warna merah. Kan lebih menyerlah berbanding hitam yang gelap dan tidak berseri. 

N: Itulah jawapan untuk soalan saudari. :D

H:  Apa jawapannya? (ikon tanda tanya)

N: Kena tidak mahu menarik perhatian ataupun menyerlah. Kadang-kadang orang tak perasaan pun andai kami lalu di situ... heheh.. :D

H: Tapi sebenarnya kalian lebih menarik perhatian dari kami yang seksi. (ikon: senyum sinis)

N: kerna itu kami di galakkan berada di rumah dan mengehadkan aktiviti hanya dirumah. Jika kuar dirumah kami di galakan keluar bersama suami dan adik beradik. :D.. Maaflah saudari, kerja nam sedikit tergugat kerna chat ini. InsyaAllah lain masa kita bersoal jawap lagi.. Semoga Allah bagi kepahaman pada nam dan juga saudari serta seluruh umat islam lain.. ameen ya Allah.. InsyaAllah..

H: ok. 
..............................................................................................................

Sering dipersoalkan berkaitan pakaian dan cara penampilan diri. Namun sudah biasa dengan situasi ini. Baru-baru mula melangkah dulu, agak sukar untuk menjawap semua persoalan ini kerna tidak memahami dan mengetahui. Mungkin kerna dulu nam tidak istiqamah dan sekarang nam telah diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan tanpa rasa ragu. :D 

moral of the story: buatlah sesuatu perkara kerna Allah SWT dan semoga Allah SWT berikan kekuatan untuk istiqamah dalam sesuatu amalan. InsyaAllah

p/s: selitkan nama nam dalam doakan kalian. Nam berazam untuk kuar masturat tahun depan.. InsyaAllah.. Semoga Allah pilih nam yang lemah ini.. :'(