ASSALAMUALAIKUM WBT
Hari ini sudah masuk hari ke 11 kita puasa. Alhamdulillah, masih diberikan nikmat untuk terus menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. Ameen ya Allah.. Tadi nam di gemparkan dengan kematian sepupu kepada rakan sekerja nam yang baru meninggal dunia (semoga Allah merahmati dan menempatkannya di kalangan yang beriman. ameen ya Allah). Nikmat untuk menikmati ramadhan telah ditarik darinya sedangkan nasib kita entah bagaimana. Mungkin ramadhan kali ini merupakan ramadhan terakhir untuk kita semua. Wallahuallam.. Semoga Allah menerima amal ibadat kita sebelum dan selepas ramadhan ini serta merahmati kita selalu..
...........................................................................................
CINTA RAMADHAN
Ramadhan sudah hampir sampai dipertengahannya, ramai sedang sibuk dengan persiapan raya hingga lupa sebentar tentang ramadhan yang bakal pergi. Shopping complex sudah penuh dengan umat islam yang sedang berpusu-pusu menyediakan kelengkapan raya. Promosi sana sini, hingga yang berbelanja melebihi selalu. Persiapan raya disiapkan saban hari namun tiada peningkatan pada iman dan amal. Seolah-seolah bergembira dengan ramadhan yang akan melabuhkan tirai.. (T_T)
Fasa ramadhan dijalani dengan tiada peningkatan dan perubahan yang mampu di lakukan. Kita lebih mencintai syawal berbanding ramadhan yang penuh barakah.
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Jadi nikmat Allah mana lagi yang perlu kita dustakan?? Jangan biarkan ramadhan ini pergi tanpa kita mengaut kebaikan dan rahmat darinya.. (T__T)
p/s: Rasa sedih kerna fasa pertama ramadhan telah pergi dan hanya berbaki dua fasa lagi, sekarang ramadhan semakin jauh dan bakal pergi. Semoga dua fasa lagi dapat di manfaatkan dengan sebaiknya. Ameen ya Allah.
p/s 2: 12 ramadhan merupakan hari lahir nam. Nam selamat dilahirkan semasa umat islam lain sedang sibuk ingin membuka puasa.. :D
p/s 3: esok insyaAllah nam sambung menulis lagi, sekarang nak balik untuk memasak juadah berbuka untuk keluarga. Nak khidmat pada keluarga tercinta sebelum Allah SWT izinkan nam khidmat pada suami tercinta.. eceh.. sempat lagi nam oiii... :)
1 comment:
Assalammualaikum Nam, sy ingatkan nam dari keluarga yang buat usaha agama, rupa2nya tidak. Tp jutaan syukur pdNya yang pilih nam untuk mengenali usaha ini. carilah seorang dae untuk menjadi peneman idup nam, mudah-mudahan kehidupan beragama sprt yg ditunjukkan oleh Rasulullah dapat dihidupkan dalam rmh tangga nam nnt. itulah keberuntungan yang besar. rasailah kemanisan iman yang tiada hentinya.....
Post a Comment