ASSALAMUALAIKUM WBT
Semakin hari semakin menjadi kes tak berperikemanusiaan ni.. Ada bayi kena kelar, kena pam dalam tandas, kena baling, kena bungkus dalam plastik.. Astagfirullah.. Rasa seperti kembali kepada zaman jahiliyyah. Zaman tanpa agama.. Isk3..
Umat semakin jauh dari agama.. Kerna itu yang haram jadi halal, yang buruk jadi baik, yang hodoh jadi cantik. Manusia terperdaya dengan tipu daya nafsu dan syaitan. Seronok menjadi hamba dunia, akhirat yang makin dekat semakin terlupa. Astagfirullah.. Semoga Allah ampunkan kita...
Mungkin sebab-sebab macam ni buat saya malas dan tak suka tengok berita. Isu politik, kekejaman manusia sana sini. (Aduhh.. Pening kepala je kalau saya pikir)...
Ok berbalik pada isu buang bayi dan kezaliman serta pembunuhan kejam yang dilakukan segelintir pihak yang ingin menutup keaiban mereka. Rasa sedih sangat tengok bayi tu di perlakukan macam tu. Mereka bukan salah apa-apa pun. Masih belum mengenal dosa pahala. Kita yang kenal dosa pahala ini yang tidak terpikir akan azab Allah atas perbuatan mungkar dan engkar kita. Kita zalimi diri sendiri dan pada masa yang sama menzalimi orang lain.. isk3.. astagfirullah.. semoga Allah terima taubat kita.. ameen ya Allah..
JAUHI ZINA.... Itulah ingatan Allah banyak kali kepada kita hambaNya. Dan telah diperjelaskan banyak kali di dalam Al-Quran dan Hadis supaya ia menjadi ingatan buat kita.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Surah Al-Israk: 32)
"Perempuan dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang daripada mereka 100 rotan dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya kerana ini akan mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan sekumpulan daripada orang yang beriman" (Surah An-Nur: 2)
Firman Allah bermaksud:
" Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas"
(Surah Al-Mukminun: 5-7)
Sabda Rasulullah SAW:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka"
( Hadis Riwayat Baihaqi)
Sabda Rasulullah SAW:
" Umatku akan sentiada baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Marah, sakit hati, geram, terkilan, simpati, sedih dan semua ada dalam hati ini apabila melihat berita sana sini tentang kes buang dan kezaliman ke atas bayi ini. Nak je saya minta kat sapa-sapa yang tidak mahu bayi mereka, suruh mereka bagi bayi mereka kat saya.. Biar saya tolong jaga..
Mak selalu cakap, anak tu anugerah dari Allah.. Setiap anak bawa rezeki dan rahmat kepada ibubapa mereka. Jadi tidak rugi pun kalau kita kasihi mereka. Sayangi mereka dan jangan zalimi mereka kerna mereka berhak untuk hidup.
Jangan jadi pembunuh kerna kita bukan pembunuh. Biarkan yang berhak hidup teruskan kehidupan mereka. Bukan tugas kita nak ambil nyawa mereka. Jangan terpedaya dengan nafsu yang ingin jadi raja dalam diri.. Jangan tutup dosa kita dengan menambahkan dosa lagi.. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerna sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat..
Ingat Allah... Ingat dosa.. Ingat pahala.. Ingat Syurga... Ingat neraka...
p/s: pemberitahuan... saya memang suka anak kecil ni.. jadi kalau tak nak bayi tu bagi saya.. biar saya yang jaga.. insyaAllah.. (",)
p/s 2: mula-mula rasa nak letak gambar bayi tapi bila tengok balik gambar-gambar tu rasa sedih sangat. Tak sampai hati nak letak.. (T__T)
No comments:
Post a Comment