Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, October 7

Ketulusan Taubat


" Para malaikat yang membawa Arasy dan malaikat lain di sekelilingnya sentiasa bertasbih dengan memuji Tuhan Mereka, mereka beriman kepada Nya dan memintakan ampunan bagi orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, rahmat dan ilmuMu, Maha Luas meliputi segala sesuatu, ampunilah orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalanMu serta peliharalah mereka dari seksa neraka" (Surah Al-Mu'min : 7)

 "...sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka membersihkan diri" (Al-Baqarah : 222)
".... dan bertaubatlah kepada Allah wahai semua orang yang beriman, supaya kalian memperoleh kejayaan" (An-Nuur : 31)

"Dialah Allah yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya dan Maha mengampuni pelbagai kesalahan.. " (Asy-Syuura : 25)

" Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya" (Al- Furqan : 71)

"Maka sesudah mereka (Nabi-Nabi) datanglah suatu generasi yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka itu akan sesat, kecuali orang-orang yang bertaubat antara mereka, dan beriman serta beramal soleh maka mereka itulah orang-orang yang akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidaklah dianiaya barang sedikit pun" 
( Surah Maryam : 59-60)

" Dan orang-orang yang mengerjakan dosa-dosa kemudian bertaubat sesudahnya dan beriman maka sesunggunya Tuhanmu benar-benar Maha Pengampun dan Penyayang" 
( (Al- Araf :153)

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
" Sesunguhnya Allah lebih bergembira dengan sebab taubat seorang hamba Nya ketika dia mahu bertaubat kepadaNya daripada kegembiraan seseorang antara kalian yang menaiki binatang tunggangannya di padang luas, lalu binatang itu terlepas dan membawa pergi bekalan makanan dan minumannya sehingga dia pun berputus asa lalu pergi ke sebatang pokok dan bersandar di bawah naungannya dalam keadaan berputus asa akibat kehilangan binatang tersebut. Dalam keadaan seperti itu tiba-tiba binatang itu sudah kembali berada di sisinya maka di ambil tali kekangnya kemudian mengucapkan kerna terlalu gembiranya, "Wahai Allah, Engkaulah hambaku dan akulah TuhanMu", dia tersalah ucap kerna terlalu gembira." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad SAW bersabda:
" Sesungguhnya seorang hamba apabila melakukan dosa, maka di dalam hatinya terdapat satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa tersebut dan beristighfar serta bertaubat, maka kembali bersih hatinya. Dan jika dia mengulangi maka titik hitam itu akan di tambahkan padanya sampai menjadi pekat. itulah ran (berkarat) yang di sebutkan Allah SWT"

...................................................................................

Jadi pesanan buat diri dan saudara saudari sekalian...
Sudah seharusnya setiap orang yang berakal bersegera mencapai kelebihan dan memetik hasil ketulusan taubat itu....
Saudara saudari serta diri ku yang kerdil ini...
Tunaikan taubat yang di harapkan Illahi..
Demi kepentinganmu sendiri...
Sebelum datangnya kematian dan lisan terkunci..
Segera lakukan taubat dan tundukkan jiwa..
Inilah harta simpanan bagi hamba yang kembali taat dan baik amalnya...



No comments: