Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, October 17

ALLAHLAH YANG BERKUASA MEMBERI PENGGANTI.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Allah tidak pernah mengambil sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik. Tetapi itu pun apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya.

" Sesiapa Kuambil dua kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku mengganti kedua-dua (mata)nya  itu dengan syurga." (Hadis Nabi) 

" Sesiapa yang kuambil orang yang dicintainya didunia tetap mengharap redha (Ku), nescaya Aku akan menggantikan dengan syurga." (Hadis Nabi)

Dengan kata lain, sesiapa kehilangan anaknya namun ia tetap berusaha untuk bersabar maka di akhirat nanti akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamdi ( Rumah Pujian)

Maka anda tidak perlu terlalu bersedih hati dengan musibah yang menimpa anda, sebab yang menentukan semua itu adalah Allah yang mempunyai syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar.

Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapat penghormatan yang mulia di syurga Firdaus. Janji Allah itu termaktub dalam firman-Nya:

" Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu"  ( Surah Ar-Ra'd : 24)

Bagaimanapun, kita perlu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang biasanya berkesudahan dengan kebaikan kita. Dengan begitu, kita termasuk golongan orang-orang yang disebut ayat berikut ini: 
" Mereka itu adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya" (Surah Al-Baqarah : 157)

Wahai orang-orang yang ditimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kamu. Sebaliknya kamu beruntung sebab Allah sentiasa menurunkan sesuatu kepada para hamba-Nya dengan ketetapan yang di celah-celahnya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, balasan, dan juga pilihan. Justeru itu, siapa sahaja yang di timpa musibah yang hebat, ia mesti menghadapinya dengan sabar, pandangan yang jernih dan cara berfikir yang matang. dengan cara begitu, ia akan menyaksikan bahawa ganjaran dari musibah itu adalah:

" Serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafiq itu) satu tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa"  ( Surah Al-Hadid : 13)

sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih kekal, lebih utama dan lebih mulia.

Tetapi sesungguhnya mungkin sukar untuk kita redha dan tabah apabila kehilangan sesuatu yang kita sayang namun sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita... Allah telah aturkan semuanya dengan sempurna tanpa mengabaikan mana-mana hambaNya di dunia ini.. Jadi mengapa kita selalu berkeluh kesah apabila diambil sesuatu yang hanya pinjaman buat kita?? Sememangnya semua yanng di bumi hanyalah pinjam buat kita dan ia akan dikembalikan apabila tiba masanya.. 

p/s: sesungguhnya Allah telah mengambil sesuatu yang saya sayang 11 tahun lalu tetapi saya tahu Allah ambil ia kerna Allah sayangkan ia.Jadi saya tak perlu meratap seumur hidup saya sebaliknya teruskan perjalanan tanpa pandang ke belakang lagi.. Yakinkan hati bahawa Allah akan berikan pengganti yang baik buat kita walaupun ia tidak seistimewa dia.. hmm.. Alahai.. sedih tibe-tibe.. (T__T)... 


p/s 2: khas buat seorang teman yang di kasihi oleh Allah SWT selalu.. semoga Allah merahmati dan menjagamu selalu.. Ameen ya Allah...


p/s 3: entry ini sekadar ulang tayang atas sebab2 tertentu.. (",)

2 comments:

mhafiz_ydin said...

Byk kirim doa dan amal - anak soleh..

nam said...

insyaAllah..

semoga Allah menempatkan ayah di kalangan orang yang soleh.. ameen ya Allah..


p/s: selamat berkonvo sabtu lepas.. (",)