Jam menunjukkan sudah pukul 4.30 pagi. Aku terbangun setelah hampir 6 jam terbuai mimpi. Mimpi yang menjadikan impian kehidupan indah sekali. Namun ia kadang-kadang hanya mainan kerna hanya sedikit yang menjadi realiti.
Apabila bangun pagi ini, aku merasa kematian semakin hampir dengan diri. Aku rasa sangat takut. Apakah aku telah lakukan yang terbaik ketika ini? Apakah aku telah korban sesuatu untuk agamaku? Apakah aku akan kembali ke kampung abadi yang aku inginkan? Apakah aku telah khidmat kedua orang tua ku dengan baik sebelum ini? Apakah adik-beradikku sedia melepaskan aku pergi? Ya Allah.. Apakah perasaan ini?
Aku melihat di sisi, kakak ku masih lena di buai mimpi. Mungkin bermimpi bertemu ibu dan ayah lagi. Untungnya dia kerna selalu bermimpi ibu ayah tercinta. Aku langkahkan kaki untuk turun ke ruang tamu, aku melihat adik lelaki ku sedang nyenyak tidur. Di atas sofa adik perempuanku sedang baring, sepatutnya dia tidur di sebelahku namun mungkin kerna kepanasan, dia tidur di ruang tamu.
Aku melihat satu persatu wajah mereka, inilah insan yang bakal aku tinggalkan nanti. Insan yang aku sayangi selepas ayah dan ibuku. Semoga adik- beradik aku tabah dalam menghadapi kehidupan yang penuh ujian dan dugaan.
p/s: semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mengasihi insan-insan yang aku kasihi. ameen ya Allah
p/s: semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mengasihi insan-insan yang aku kasihi. ameen ya Allah
1 comment:
Kehadiraannya selalu ku nanti-nanti.. ruang blognya sentiasa kukunjungi...
walau ku pasti mesej ini tidak membawa apa-apa makna kepadanya,, ku berharap dia sentiasa baik-baik sahaja...
alhamdulillah kerana menghadirkan dia dalam mengisi ruang kehidupanku..
Post a Comment