ASSALAMUALAIKUM WBT
Pelbagai perkara muncul dalam benak hati, antara kecewa dan harapan yang membara. Saya tidak suka berada di dalam dilema begini. Menanti sesuatu yang sudah Allah putuskan buat saya. Terasa masih belum mengalah sedangkan sepatutnya saya hanya berserah menanti kabar gembira dari Allah.
Saya sedang berhajat sesuatu perkara yang besar daripada Allah. Perkara yang berkaitan kehidupan saya selepas ini. Sesuatu hajat yang saya tidak pasti apakah dapat saya miliki atau sebaliknya. Semoga Allah perkenankan hajat saya. Saya masih menunggu hingga ia benar-benar pasti buat saya.
Di dalam dilema ini, peringatan yang hebat saya terima dari Allah buat saya. Allah menghantarkan seorang insan untuk menasihati saya. Kata-katanya jelas mendalam maksudnya. Terpaku saya membaca mesej-mesej yang di hantar olehnya. Rasa kembali bersemangat dan kecewa yang ada terluput dari minda.
Pesanannya buat saya:
" Allah sedang menghantar kabar gembira buat nam, tetapi ia masih menunggu masa yang sesuai untuk tiba kepada nam, harap nam menunggu dengan SABAR, dan sentiasa meminta dalam SOLAT dan DOA"
Untungnya orang yang bersabar kerna Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
- Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
- Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
- Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
- Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.
Allah berjanji bahawa hanya hamba-Nya yang istiqamah dan berjiwa teguh serta yakin dengan Qadar serta Qadha' Allah SWT sahaja yang mampu bersabar, dalam mengharungi suka duka kehidupan.
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)
Kini saya semakin faham apa perlu saya lakukan, banyak yang saya belajar apabila di uji begini. Allah menghantarkan insan-insan yang di muliakan untuk mentarbiah saya yang lemah dan tidak bermaya ini supaya saya tidak jauh dari Nya.
Saya tidak perlu bimbang dengan perancangan Allah kerna Allah akan memberikan yang terbaik buat saya. InsyaAllah.. (Tawajjuh) (",). Semoga apa yang saya inginkan itu adalah yang terbaik buat saya. Ameen ya Allah..
p/s: buat insan yang saya kasihi itu, sama-sama kita berdoa memohon petunjuk dari Allah untuk memberikan yang terbaik buat kita. Kerna Allah adalah sebaik-baik perancang dan sebaik tempat untuk mengadu kesusahan dan kegelisahan hati kita. Allah sayang kita kerna itu Allah uji kita sekarang. Semoga kita akan bahagia selamanya apabila berjaya melepasi ujian ini.. ameen ya Allah.. (",).. **qnf**
4 comments:
ya... benar,
InsyaAllah, pinta padaNya..
lia: doakan akak ye.. semoga Allah berikan petunjuk.. (",)
kak bertudung tak match: insyaAllah.. semoga Allah berikan yang terbaek buat adikmu ini.. ameen ya Allah.. (",)
Minta share ya..kisah yg sama mcm yg saya sdg lalui :)
Post a Comment