Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, June 27

Menulis namaku di Jabal Rahmah?

ASSALAMUALAIKUM WBT


Menulis namaku di Jabal Rahmah? Kerna risaukan usia nam yang makin meningkat? 


Perihal jodoh ini sangat popular sekali nam dengar, sana sini berkata perihal ini. Ia seperti isu yang tidak pernah basi. Namun nam pula sudah penat mendengar isu ini sering di ungkit. Tetapi diri tidak mampu membuat apa-apa lantaran mereka suka bercerita tentang hal ini. Bibir hanya mampu berdiam diri seribu bahasa.


Semakin kerap rasanya diusik perihal jodoh ini oleh boss dan rakan sekerja nam. Penat melayan isu ini hingga membiarkan mereka terus bermain teka-teki. Tiada kenyataan yang di buat dan membiarkan mereka terus membuat spekulasi. Apabila diusik nam hanya mampu tersenyum dan meminta mereka mendoakan berkenaan jodoh nam yang masih menjadi rahsia Illahi.


Terkenang tentang boss nam yang berangkat ke tanah suci baru-baru ini. Sebelum berangkat sibuk beliau bertanyakan siapakah calon pilihan nam supaya mudah baginya ingin menulis nama nam dan "si dia" di Jabal Rahmah. Beliau asyik mengusik dan menyakat nam, mungkin beliau hendak membuat nam mengalah serta menyerah kalah dan memberitahu tentang siapa gerangan si dia yang bertakhta di hati. :D. Boss juga ada meng"offer" beberapa jejaka untuk di jadikan suami. Adeh.. 


"inilah Jabal Rahmah, dimana nama di tulis untuk jodoh"

Hal berkenaan jodoh ini nam serahkan pada Illahi, kerna nam hanya mampu merancang tapi yang menentukan semuanya hanya Illahi. Mungkin jodoh nam sudah tiba tapi gerangan si dia masih menjadi rahsia. Menunggu si dia hadir dan membimbing nam menuju Illahi.. :D


Menjadi persoalan hati " Adakah nam layak untuk memilih sedangkan nam hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa yang dapat dibangga oleh encik suami?"


Dan adakah nam akan menjadi pilihan sedangkan di luar sana masih ramai masturat dan wanita yang layak untuk di jadikan isteri? 


Namun nam yakin pada jodoh ketentuan Illahi, andai tiada jodoh untuk nam di dunia, insyaAllah Allah akan berikan jodoh yang terbaik untuk nam di akhirat sana. Kita menjaga haq Allah, Allah akan memberikan haq kita. Cintailah ALLAH  dan ALLAH akan berikan cinta insan yang mencintaiNya.. Jangan risow.. peaceee.. :D




CINTA SEJATI BUKAN TENTANG INDAHNYA MULUT BERJANJI TETAPI IA ADALAH TENTANG PERTEMUAN DI SYURGA NANTI. ADAKAH BISA AKU MENJADI KETUA BIDADARI MU? CINTA SEJATI BUKAN HANYA DI DUNIA TETAPI IA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA ABADI. :D





9 comments:

fuad ansari said...

kalau nak tulis jugak, tulis "nam&......." biar orang lain tolong isikan... (gurau2 nam, jgn marah)(",)

sy pelik jugak kenapa ramai yg menyakat nam.. apakah umur nam sudah mencapai umur ideal utk berkahwin? (",)

kinakona said...

Subhanallah best tu nama 'diukir' dkt jabal rahmah. Empunya diri belum sampai sana. Hehe mana tahu bkn saja dpt jodoh tp dpt jd tetamu Allah kat sana. InsyaAllah Allah akn beri yg terbaik utk akak dari sisinya. Amin..
Lamanya menyepi. ^___^

p/s: jd tk dtg spore bln dpn?

Karkun Muda said...

alah..kahwin je dgn sape2..hahaha..:p..

penchacaiz said...

Masyallah! Sapalah org betuah tu...

Ihfazillah tajidhu tujahaka!

penchacaiz said...

Masyallah! Sapa agaknya jejaka betuah tu ya...

Ihfazillah tajidhu tujahaka!

nam said...

tuan abi husna:

nam dan dott..dot..dott.. (boleh jugak kan)huhuhu..

nam pun pelik.. baru usia setahun jagung.. belum sampai 25 tahun pun lagi.. heheh.. :D


anak ayah:

ameen ya Allah.. menghilangkan diri buat seketika kerna sebok dengan hal dunia.. isk3.. T_T

insyaAllah.. andai kad jemputan smpai, akan akak usahakan datang ke sana.. :D

nam said...

tuan abu darda aka karkun muda:

baik.. kawen je dengan sapa2 yang datang meminang.. :P


tuan farid faisal:

gerangan si dia belum tahu. mungkin yang di depan mata barangkali..:D

Karkun Muda said...

hehe..ni yg nk dtg ni..hahaha..

nam said...

tuan abu:

:P.. mengada.. selamat berkhuruj.. :D