ASSALAMUALAIKUM WBT
Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me
Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you
You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you
25/01/2013, sudah 2 bulan seminggu ibu pergi menghadap Illahi. Semakin kuat rasanya rindu ini.
Rindu untuk menatap wajahmu,
Rindu untuk bergurau denganmu,
Rindu untuk tidur di sisi mu,
Rindu untuk di suap oleh mu,
Rindu untuk makan masakanmu,
Rindu untuk mendengar leteranmu,
dan Rindu untuk terus khidmat padamu wahai ibu
Selalu rasanya menziarah pusara ibu dan ayah. Bila melihat pusara ibu dan ayah rasa seperti mimpi kerna ditinggal pergi oleh mereka berdua. Rasa terlalu "kecil" untuk merasai perasaan ini. Namun ini adalah takdir Illahi. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Hebat sungguh perpisahan ini, kerna ia meragut hampir keseluruhan kegembiraan yang ada. Meragut wajah ceria yang pernah menghiasi wajah anak-anakmu. Namun perpisahan ini akan berlaku juga walaupun sekuat mana kami menghalang. Kerna Allah SWT lebih mengkehendakkan diri mu ibu berada di samping Nya di syurga sana.
Terkesan di benak hati apabila terlihat si anak dan ibu mereka berjalan dan bermesra di depan mata. Aduhai. Bergenang airmata kerna cemburu dengan mereka. Masih punya ibubapa untuk terus menagih kasih dan manja.
Sekarang hilanglah satu keberkatan dalam hidup kami di sisi Allah SWT iaitu DOA SEORANG IBU. Sekarang tiada lagi yang akan doakan kami seperti ibu doakan kami. Ohh ibu.. :'(.. Tiada lagi yang mendoakan kejayaan dan kegembiraan kami seperti mu wahai ibu. Ibu.. dirimu tiada pengganti...
perasaan sedih ini akan berkurang tapi ia tidak hilang.
Doakan kami tabah dalam meneruskan pelayaran, rasa
perlukan sedikit semangat dari Allah SWT untuk teruskan
melangkah. Langkah sumbang tapi masih boleh terus berjalan.
Semoga Allah SWT tunjukkan jalan kepada kami. Ameen ya Allah.
Semoga Allah SWT tempatkan kedua ibubapaku di kalangan insan
yang beriman di sisiNya. Al-Fatihah.
p/s: menulis disaat hati sangat bergolak dengan kesedihan. menulis tanpa isi.. maafkan saya pada yang membaca. :'(
5 comments:
sgt terkesan!! ana lina merindui keletahmu jua syg................
sgt terkesan!! ana lina merindui keletahmu jua syg................ya Allah..kembalikan semangat shbt baik ku ini ya Allah..moga dirinya dan keluarga kuat melangkah hadapi hari2 muka...walau tanpa belaian sorg ibu, apatah lagi belasan thn tidak merasai kasih sorg ayah...namun cinta, kasih dan syg kedua ALLAhyarham/ah masih lagi sisa dn berbekas....insyaALLAH..makhluk akan pergi..yang kekal abadi...hanyalah Ilahi....
mgkin kdgrn sprt aku tidak memahami kesedihanmu...ttp percayalah...Allah penguatmu sahabat...kamu pasti mampu kuat dgn izinNya....ana lina merindui kembara muslimah sangt2..:)
oh ibu kau disiram bayu pagi...isk
p/s:aq plak hampir 11 bln hidup tanpa ayh..isk3
sesungguhnya yg hidup itu pasti akan mati
bersabarlah, ini ujian dariNYA kepada yg disayangiNYA.
bergembiralah, ALLAH memerhatimu
La Tahzan, InnaAllaha Ma'na..
Post a Comment