ASSALAMUALAIKUM WBT
سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156] ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata, tidaklah bagi
seorang hamba yang ditimpa suatu musibah lalu menyebut (Innalillah wa inna
ilaihi rojiun..sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya jua kami
kembali, Ya Allah ganjarilah aku dengan sedikit ganjaran dari musibah ini, dan
gantikan bagi ku suatu yang lebih baik darinya) melainkan Allah akan
menganjarinya pada musibah tersebut dan menggantikan baginya suatu yang lebih
baik" Lalu Ummu Salamah berkata : Sejurus selepas kematian Abu Salamah
(suami Ummu Salamah) sebagaimana Rasulullah mengajarkanku doa tersebut, memang
Allah menggantikan bagiku seorang yang lagi baik, dan beliau merupakan
Rasulullah S.A.W
Walaupun agak perlahan langkah untuk teruskan kehidupan namun kehidupan masih perlu diteruskan. Dan mungkin tidak sama seperti "NAM" yang lama, namun "NAM" yang baru ini sudah jauh berbeza dengan dahulu dan hatinya sedangnya di tarbiah oleh Allah SWT.
Teringat kata-kata seorang sahabat nam. "Ibu dan ayah tinggalkan nam di dunia untuk menanti nam di syurga. Jadi nam kena berusaha untuk "mengembirakan" Allah SWT supaya nam dapat kembali ke syurga untuk bertemu ayah dan ibu." Nam hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata itu namun sebaliknya fikiran sedang menghadam kata-kata yang ada benarnya. Nam sepatutnya kembali bersemangat dan bersyukur kepada Allah SWT kerna Allah SWT menguji nam di kalangan berjuta-juta hambaNya yang lain.
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Di sisi nam ada "amanah" yang ibu dan ayah tinggalkan. "Amanah" yang bakal meneruskan zuriat keturunan daripada ibu dan ayah. Yang bakal ibu dan ayah banggakan di akhirat kelak. InsyaAllah. Semoga Allah SWT memudahkan nam menjaga "amanah' yang ada di sisi nam sebaiknya. Ameen ya Allah... Nam kena bersemangat kerna ada "amanah" yang ditinggalkan untuk nam. Doakan nam terus tabah dan sabar dalam perjalanan yang penuh dengan ujian ini... :(
p/s: doakan Allah SWT permudahkan urusan "pembinaan mahligai nam di syurga" yang sedang nam usahakan. Semoga Allah SWT mudahkan nam.. Ameen Ya Allah..
1 comment:
doa dari kejauhan buat insan yang diuji Tuhan dalam memudahkan jalan menuju syurga yg berkekalan...
Post a Comment