ASSALAMUALAIKUM WBT
Terbaca status dibawah dari status facebook seorang sahabat. Agak ramai yang meng"copy paste" kan status ini dan berkongsi di facebook mereka. Berulang kali saya baca dan saya pula terasa nak berkongsi di sini. Benar kata-katanya. Kadang-kadang kita membelakangkan sunnah dan meninggikan adat.
.................................................................................................................................
Aku backup tentang nikah sebab itulah satu-satunya cara yang terbaik untuk hapuskn zina. Zina dah jadi sangat biasa di kalangan umat islam sekarang. Budak-budak sekolah pun dah ramai sangat yang tidak ada dara, apatah lagi budak-budak universiti. Bila keluar dakwah, tengok keadaan umat, dekat bandar penuh dengan orang-orang islam berpegangan tangan tetapi belum bernikah. Ada pulak yg halalkan hubungan itu atas nama 'tunang'. =="
hmmm... Nikahlah penyelesaiannya, tapi bila aku dakwahkn hal ni kepada ahli-ahli maksiat mereka berikan alasan adat-adat melayu menghalang mereka untuk menikah muda/awal. Seperti yang aku jelaskan dalam status-status sebelum ini berkenaan duit hantaran dan lain-lain.
Jadi perjuangan kita sekarang ialah kita kena bangun julang sunnah Rasulullah dan jom kita nikah ramai-ramai dengan cara Nabi tanpa adat melayu. Bila ramai yang amal sunnah Nabi dalam perkahwinan maka masyarakat tidak rasa malu untuk amalkan perkara yang sama dan akhirnya sunnah Nabi akan kembali hidup dan nikah menjadi mudah.
Alhamdulillah, aku telah terangkan kepada keluargaku dengan bersungguh-sungguh sampaikan aku bersumpah untuk tidak bernikah kalau tidak buat ikut sunnah, aku tidak mahu adat-adat hindu dalam perkahwinan aku nanti. Bila keluarga tengok kesungguhan aku, mereka pun bersetuju dengan aku. Ayuh kawan-kawan, kuatkan hati, terangkan kepada keluarga yang kami generasi baru, generasi mahdi, kami cintakan Nabi dengan lidah, hati dan amal. Bukan hanya dengan lidah....
Kebanyakan orang yang bercouple dan berzina ini bila aku interview kenapa tidak kawen sahaja mereka akan jawab.
'alaa... nak kawen mahal la... zaman sekarang kurang-kurang kena ada rm10ribu baru boleh kawen...kalau zina free jeee...'
Orang-orang jahil zaman ini mengganggap adat-adat seperti hantaran, pelamin dan lain-lain itu satu kewajipan dan mereka takut untuk menikah cara Rasulullah dan sahabat baginda sebab 'tidak ada orang buat'. Jadi kalau di qiaskan.
Orang-orang berzina sebab tidak ada 'duit hntaran'. Duit hantran, baju kelip-kelip, pelamin, bersanding pulak adalah adat hindu paria yang tiada dalilnya dari quran dan hadis. Maka orang berzina kerana adat-adat hindu ini DIHIDUPKAN. Maka orang yang menghidupkan adat-adat ni sebenarnya penyebab orang untuk berzina.
Cukuplah dengan dosa kita yang ada. Untuk apa kita tambah lagi dosa dan jadi penyebab orang buat dosa. Dah sampai masanya kita bangkit dan hapuskan adat-adat hindu laknat dan julang sunnah Rasulullah.
dimana para pecinta nabi???
dimana para pecinta nabi???
dimana para pecinta nabi???
org melayu fikir... cinta nabi = selawat
Sedangkan cinta Nabi itu ialah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Dalam sebuah hadis Nabi mengkhabarkan akan datang satu zaman di mana sunnah-sunnah baginda dianggap lapuk dan tidak releven untuk diamalkan maka Nabi bersabda barangsiapa yang bertemu dengan zaman itu dan menghidupkan sunnah-sunnah baginda maka Allah akan kurniakan pahala 100x mati syahid!!!!
Aku sahut seruan baginda. Bagaimana dengan kalian wahai 'pecinta Nabi'????
Para pemuda islam dah bangkit mahukan islam dan mahu buang adat-adat melayu yang menyusahkan. Semua pun dah tidak kisah tentang duit hantaran, kenduri besar-besar, baju kawen kelip-kelip, pelamin, makan beradab dan adat-adat lain yang menyusahkan syariat. Cuma golongan-golongan tua sahaja yakni ibu-ibu dan bapa-bapa kita yang masih belum faham dan masih 'takut org kata apa' kalau tidak buat adat-adat pelik tu.
InsyaAllah generasi akan datang, semua adat-adat melayu yang pelik-pelik ini akan hancur hilang dan cuma sunnah Nabi yang bakal dijulang dan kemudian urusan nikah akan jadi mudah.
bila nikah jadi mudah,
zina jadi susah,
bila zina jadi susah,
taraf hidup manusia akan kembali suci dan layak digelar khalifah,
sebab skrg manusia tidak layak digelar khalifah,
sebab manusia dan haiwan tu sama,
haiwan bercampur laki perempuan dalam kandang,
macam itu juga manusia bercampur di sekolah,universiti dan tempat kerja macam binatang,
binatang keturunan mereka tidak jelas dan berzina dengan siapa saja,
begitu juga manusia yang keturunan mereka tidak lagi jelas sampai keluarga sendiri pun dirogol.
InsyaAllah..kita smua akan bangkit julang sunnah Nabi dan pegang semula title khalifah di muka bumi. Aku orang pertama yang akan hapuskan adat-adat melayu yang menyusahkan ini. Siapa mahu berdiri bersama aku???
say no to 'hantaran'
say no to 'pelamin'
say no to 'baju pngntin mahal2 kelip2'
say no to 'adat melayu'
kita bukan orang melayu, kita semua UMAT NABI...
SEMUA YANG MENGAKU ALLAH TUHAN DAN MUHAMMAD RASULNYA ADALAH SAUDARA KITA..
.............................................................................................
Semoga di akhir zaman ini kita dipilih oleh Allah SWT untuk amalkan sunnah Nabi SAW dan meninggalkan perkara yang bertentangan dengan agama kita. Semoga Allah pelihara kita semua dari fitnah akhir zaman ini.. Ameen ya Allah.. (>_<)
p/s: status di atas telah tidak di olah melainkan perkataan singkatannya sahaja.. sekian terima kasih.. (",)
3 comments:
untunglah sape dapat kawin dengan nam.. jimat belanja.. (",)
raja sehari, merana byk hari.. (",)
ketidakbaikan sesuatu perkara, bukan sahaja menimbulkan masalah kepada perkara tersebut, bahkan kepada perkara2 yg lain..
tuan fuad ansari:
belum pasti keuntungannye.. (",)
benar kata tuan.. masalah akan berjangkit2 pada benda yang tidak pasti.. (",)
Assalamualaikum...Alhamdulillah saya telah melakukannya di majlis pernikahan saya pada 28.4.2012 yang lalu...bernikah di Masjid, tiada hantaran, tiada makan beradab, tiada pembaziran...saya dan suami melayan sendiri tetamu kerana pada kami, tetamulah yang wajar diraikan berbanding kami berdua...
Post a Comment