Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, February 7

Saya Bukan Anak Karkun

ASSALAMUALAIKUM WBT


Sekian kali pertanyaan demi pertanyaan datang kepada saya mengenai bagaimana saya kenal usaha atas iman dan amal. Bagaimana nak cerita ya? Agak pening untuk saya ceritakan kerna perkara ini agak keliru dan pelik. Namun sebenarnya Allah telah mengizinkan saya mengenali usaha atas iman dan amal atas asbab pengenalan dengan seorang teman yang di muliakan Allah SWT. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayat kepada dia selama-lamanya.. Ameen ya Allah..

Pertanyaan yang selalu terima "apakah saya anak karkun?" "Family buat usaha ker?" Jawapannya tidak.. saya bukan anak seorang karkun apatah lagi tiada dalam linkungan saya yang mengenal usaha atas iman dan amal ini. Tiada seorang pengusaha agama dalam kerabat saya, dan mungkin juga ada tetapi saya tidak mengenali mereka.


Tetapi yang pasti saya telah jatuh cinta.. Ya saya jatuh cinta.. Jatuh cinta pada dia.. Siapakah dia? Dia sangat istimewa kerna menjadi asbab terdidiknya jiwa dan iman di dalam dada. Allah berikan hidayat di saat umat sedang menderita kerna menjadi hamba pada dunia yang fana. Allah hadirkan sedikit kesedaran supaya teruskan dakwah untuk kekalkan iman islam di akhir zaman ini.


Setelah jatuh cinta dengannya, tiada lagi keluhan dan rasa kesal yang sering bertandang dalam jiwa. Semua di terima dengan berlapang dada, sebelum mengenal dia, semua ujian ibarat batu besar menghempas di kepala, hingga tidak mampu berdiri dengan sempurna.


Tetapi sekarang, alhamdulillah, kerna tarbiah yang hebat Allah berikan kepada saya. Hidup di hadapi dengan semangat yang waja. Tiada lagi duka cita dan penyesalan terhadap takdir yang menimpa.


Setelah mengenal usaha atas iman dan amal, Allah berikan ujian yang banyak kepada saya untuk mengetahui tahap kesungguhan saya untuk kekal dalam usaha ini. Berbagai rintang terpaksa ditempuhi untuk menjadi pilihan Allah. Banyak kata-kata yang tidak enak menjadi baja keimanan di dalam jiwa. Tidak mengapa, saya tidak pernah menyalahkan sesiapa yang berkata kerna sekarang adalah masa ujian Allah buat saya..




p/s: doakan semoga Allah kekalkan saya dan saudara-saudara semua di dalam usaha atas iman dan amal ini. Semoga hidayat tersebar seluruh alam.. ameen ya Allah..

3 comments:

Egg Head said...

masyallah...
saya pun bukan datang dr family yang buat usaha agama...but alhmadulillah...dengan kasih sayang n rahmat Allah,telah beri saya kekuatan untuk buat kerja nie....bersyukur sangat,wlpun byk dugaan yg dihadapi....tapi buat kita rasa lebih bersyukur buat usaha nie.....

atas perkara tu,kita semua kena buat usaha nie sungguh-sungguh,dan jadikan kerja nie sebagai maksud hidup....sbb kita baru dipilih belum lagi diterima...woha...horhorhor..

mhafiz_ydin said...

Allah bagi ujian untuk tingkatkan darjat.. Kuat2..

Norsha said...

bersyukurlah dik kerna dipilih Allah utk diberi hidayah di saat ramai org menderita kerana dipanah kebesaran dunia....apa jua rintangan adalah ujian kesabaran utk tingkatkn iman....berdoalah agar terus kekal dlm rahmatNya......