Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, January 22

Buat Dia yang jauh di Sabah

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah, akhirnya dapat bercuti panjang. Dapat luangkan masa bersama keluarga dan blog tercinta. Sepanjang bulan january ini, banyak sangat tugasan yang datang. Bekerja seperti tiada habisnya, selepas selesaikan satu, satu lagi akan datang. 

Namun hari ini ingin menulis entry buat "si dia" yang jauh di Sabah. Semoga dalam lindungan Allah selalu. Maafkan akak kerna tidak mampu terbang ke sana untuk menemani adik dalam tragedi yang menimpa adik dan keluarga. Rasa bersalah sangat, namun apakan daya, sabah jauh sangat. InsyaAllah walaupun jauh di mata, dekat di hati.

Wahai adikku..
usia muda atau tua bukan ukuran untuk kematian,
bila sampai masanya kita semua bakal berangkat pegi kesana,
untuk menemui Yang Maha Esa,
Tiada apa yang boleh di bawa selain amal dan takwa


Wahai adikku..
Redha kan pemergiaan ayahmu ke sana,
jangan bebankan ia dengan tangisan,
kerna tangisan mu menyakitkan dia,
kirimkan doa buat ayah di sana.


Wahai adikku..
ku tahu bukan mudah untuk terima semuanya,
namun adik harus terima juga,
kerna yang pergi tidak bisa pulang kembali,
untuk berada di dunia yang tidak abadi..

Wahai adikku..
walaupun dirimu masih muda remaja,
masih ingin bermanja dengan ayah tercinta,
namun apakah daya,
Allah sudah memanggil ayah pulang ke sana.


Wahai adikku..
dengarkan pesanan kakakmu ini,
banyakkan berdoa pada Illahi,
semoga ayah selamat di sana nanti,
ke syurga abadi tempat kembali.


p/s: terkejut menerima berita dari seorang adik bahawa ayahnya telah berangkat bertemu Illahi pada 21 january 2012. Saya hanya mampu menelefon dan mendengar tangisannya. Tiada langsung kata-kata yang mampu memujuk dirinya asbab kelemahan saya yang tidak pandai memujuk. Hanya esakkan tangisan yang menghiasi bualan. Maafkan akak kerna tidak dapat pinjamkan bahu akak untuk adik. Namun akak sedia mendengar segala luahan adik melalui mesej atau telefon. Akak sentiasa ada untuk adik.. Apa yang paling penting, Allah sentiasa ada untuk adik.. (",)

Tuesday, January 17

"JODOH & TUDUNG"

 ASSALAMUALAIKUM WBT

Berhenti dari menulis mengenai perkahwinan kerna ramai yang menyangka saya akan mengakhiri zaman bujang. Sebenarnya isu perkahwinan ini perlu di fikirkan kerna itu saya suka untuk mencetuskan ia. Namun hari ini saya akan keluar dari konteks ini dan mungkin akan menyelitkan sedikit tentang perkahwinan dalam entry kali ini. 

Baru-baru ini saya "terkesan" dengan pertanyaan dan ungkapan seorang gadis tentang "JODOH & TUDUNG". Terpanggil untuk menulis entry ini walaupun sibuk dan tidak punya kesempatan waktu untuk menulis. Waktu malam yang tersisa dihabiskan memikirkan perihal ini, bukannya besar sangat hal ini tetapi ia memberi kesan yang mendalam kepada saya.

JODOH & TUDUNG ini memang selalu di kaitkan bersama kerna memakai tudung bermaksud menutup aurat. Tapi macam mana nak pastikan pemakaian tudung kita itu menutup aurat atau tidak? Bertudung tetapi membuka aurat itu bagaimana? Fahami sedalam-dalamnya apakah istilah menutup aurat dan bertudung itu. Baru kita tahu cara sebetulnya bertudung dan menutup aurat.

Kata seseorang kepada saya:

"yang berserban dan berkopiah akan berjodoh dengan seorang gadis yang bertudung labuh dan berpurdah, yang bertopi dan berseluar jeans pula akan berjodoh dengan seseorang yang sesuai dengan cara pemakaian mereka"

Adakah pemakaian memainkan peranan penting dalam hal jodoh ini? Bukankah jodoh adalah rahsia Allah, mengapa kita bercakap seolah-olah kita lebih tahu? Kenapa perbezaan ini di ungkit sedangkan Allah telah menyatakan "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik"




Kita membezakan diri kita dengan manusia yang lebih bawah dari kita, mengapa kita tidak membezakan diri kita dengan para sahabiah dahulu? Yang aurat mereka terjaga sempurna, akhlak dan iman mereka yang patut kita teladani. Perbezaan yang kita cari itu bukan untuk mencari kelemahan atau keburukan kita sebaliknya untuk memperbaiki diri kita. Teladan yang baik, mengapa tidak ikuti sedangkan fesyen bertudung dan menampakkan aurat di luar sana mudah untuk kita ikuti? Muhasabah diri dan lakukan perubahan.


Ada juga yang berpendapat pengusaha agama atau karkun ini sepatutnya berjodoh dengan seorang masturat yang bertudung labuh dan berpurdah, dan perempuan yang biasa-biasa ini tidak layak untuk mendambakan suami seorang pengusaha agama. Benarkah begitu? Astagfirullah... Pengusaha agama adalah hamba Allah juga, urusan jodoh mereka bukan di tangan mereka. Jika Allah nak berikan kepada pengusaha agama itu seorang isteri yang tidak bertudung adakah dia berkuasa untuk menolak? Sudah semestinya dia tiada kuasa untuk menolak kerna setiap berlaku adalah dalam rancangan dan peraturan Allah. Jika Allah sudah tetapkan begitu maka terima dengan redha. Lagipun tugas si suami nanti untuk mendidik isterinya supaya menjadi solehah. 


Sebelum saya nak menulis lebih lanjut tentang hal ini. Ingin sangat saya tanyakan pendapat karkun-karkun di blog untuk menjawab persoalan mengenai JODOH DAN TUDUNG ini.


Betul ke karkun hanya memilih masturat bertudung labuh dan berpurdah sebagai teman hidup?


p/s: jawap jangan tidak jawap, persoalan ini hanya dapat di rungkai apabila tuan-tuan memberi jawapan kepada saya.. bukan saya yang mencetuskan persoalan ini sebaliknya, situasi dan kejadian tertentu membuka fikiran saya. (",)

Wednesday, January 11

Perlu di fikirkan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Apa yang bakal dikongsi adalah sebuah artikel yang saya dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Saya tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

nak cam ni... boleh x?? (",)
p/s: saya nak request mahar satu dinar boleh x?? Semoga Allah berikan perasaan cukup kepada kita dan jangan berlebih-lebihan... (",) itu just angan-angan jer... satu dinar=700++...  tgk la mana yang mampu... (",)

Sunday, January 8

kenapa saya memilih dia?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah Allah masih memberikan kesihatan yang baik pada saya walaupun sibuk sepanjang minggu. Kesihatan yang sedikit terganggu tidak menghalang diri dari sibuk. Allah Maha Hebat kerna mengurniakan kesakitan pada saya dan pada yang sama memberikan kesabaran pada saya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. Love Allah...

Kerna terkesan dengan seorang sahabat yang di muliakan Allah. Saya mengulang kembali entry ini untuknya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang banyak kepada sahabat yang mulia ini.. Ameen ya Allah....




Kenapa berniqab? Inilah jawapan-jawapan saya untuk anda:

1- bila berniqab saya merasakan Allah SWT sangat dekat dengan saya.. Bukan bermaksud bila tidak berniqab Allah SWT jauh.. Tapi itulah yang saya rasakan bila berniqab. Perasaan sentiasa di lindungi oleh Allah SWT.

2- kerna saya telah jatuh cinta.. Jatuh cinta dengan usaha iman dan amal.. Seseorang pernah berkata kepada saya, hidayat akan sampai dalam hati kita apabila kita cintai kebaikan dan kesolehan yang terpancar pada diri orang lain. Macam mana tu? Sepanjang mengenal usaha iman dan amal kebanyakkan karkunah (Allah muliakan mereka) berniqab. Hidup sahabiah menjadi ikutan mereka dan mereka mencontohi kehidupan isteri Nabi Muhammad SAW dan isteri para sahabat. insyaAllah..

3- bila berniqab rasa lebih selamat, kerna pakaian kita melambangkan peribadi kita. Orang mengenali kita dengan cara penampilan kita. 

4- berniqab bukan kerna saya perasan cantik atau lawa apatah lagi ingin kelihatan cantik apabila menyembunyikan wajah. sebaliknya satu-satunya niatnya hanya kerna Allah SWT.


5- apabila kita berniqab, secara drastiknya tingkah laku dan percakapan kita berubah. Kita akan lebih berjaga-jaga dan malu untuk melakukan perkara yang tidak manis di pandang orang. Bukan bermakna hipokrit.. cuba lakukan dan alami sendiri.. (",)

6- hendak menarik hidayat dari Allah, kita perlu lakukan perkara yang Allah sukai.. Allah perintahkan lindungi aurat dan hijabkan diri serta jaga pandangan... insyaAllah...

ada lagi jawapan yang menjadi rahsia saya.. (",)..

p/s: maafkan saya jika entry ini menjadi aib buat saya.. semoga Allah ampunkan dosa atas kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar.. ameen ya Allah....


...................................................................................................................................................

Jika kau mahu berniqab


Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..

Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg berjuang bhabis-habisan..


p/s: credit to the niqabis yang tulis sajak ni.. lupa ambil ni kat mana kerna saya selalu copy paste entry yang menarik dalam word dan lupa nak letakkan link blog sekali.. semoga Allah meningkatkan darjat anda.. ameen ya Allah...