Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, February 29

PetunjukMu Buatku

ASSALAMUALAIKUM WBT



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan (yang tepat) kepada Engkau dengan ilmu (yang ada pada-Mu), dan aku memohon kekuasaan-Mu (untuk menyelesaikan urusanku) dengan kudrat-Mu.

Dan aku memohon kepada-Mu sebahagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Tahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib.

Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih baik pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta (lebih buruk pula) akibatnya (di dunia dan akhirat), maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..



4 comments:

fuad ansari said...

macam doa orang nak kawin je.. (",)

nam said...

tuan fuad ansari:

ameen kan sekali doa nam..
semoga Allah mudahkan semuanya.. (",)

Unknown said...

memang dia nk kawen pun..dok cari calon dah tu???? cewah

nam said...

tuan fuad akmal:

terima tuan sebab jawapkan..

mohon doanya yer.. semoga Allah mudahkan semua urusan.. :D