ASSALAMUALAIKUM WBT
"AKU TELAH REDHA DENGAN ALLAH SEBAGAI TUHANKU DAN DENGAN ISLAM SEBAGAI AGAMAKU DAN DENGAN MUHAMMAD SEBAGAI NABI DAN RASULKU"
Biar gambar memulakan bicara.. eceh.. :D
"gadisku serikandi terbilang" adalah hadiah dari
sahabat nam yang pergi bersama-sama ke pesta buku.
Sedikit pencerahan mengenai buku "GADISKU SERIKANDI TERBILANG"...
(belum baca habis lagi tapi kesimpulan yang dapat di buat buku ini sesuai untuk bacaan kaum lelaki dan wanita)
"Aku ingin ceritakan kepada kami tentang sebaik-baik barang yang berharga yang patut disimpan, iaitu wanita yang baik apabila dilihat oleh suaminya menyenangkan hati. Apabila diperintahkan oleh suaminya ditaati. Apabila suaminya tidak ada di rumah, dia memelihara maruahnya...."
( Riwayat Abu Daud)
Kejadian wanita dari tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar, oleh itu dalam memimpin dan mendidik wanita, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik wanita dengan cara lemah-lembut dan dengan penuh kasih sayang serta belaian iman.
Firman Allah SWT, maksudnya : "... bergaullah dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik. Sekiranya kamu mendapat ada sifat dan perangai yang kamu tidak suka, mungkin disebaliknya mempunyai kebaikan (hikmah) yang banyak" (Suran An-Nisa: 19)
Tersentuh apabila membaca sepotong hadis..
Nabi Saw bersabda maksudnya: " Isteri adalah belahan hati suami"
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud)
Buku "Bibir Tersenyum Hati Menangis"
Mengapa manusia lebih suka menipu diri sendiri dan bersikap munafiq??
Tepuk dada tanya iman
"Dunia ini tempat persinggahan bukan tempat tinggal abadi. Manusia di dunia ini terbahagi kepada dua pertama; orang yang menjual dirinya (kepada hawa nafsu) dan musnah kerananya. kedua; manusia yang membeli dirinya dan mampu membebaskannya" (Ali bin Abi Talib)
Sedikit gambar-gambar yang sempat nam ambil semasa di pesta buku. Banyak sangat orang, sesak sangat. Berpimpin tangan dengan adik lelaki sebab ramai sangat pemerhati yang melihat kami dengan pandangan pelik
kat booth ini ramai sangat pengunjung.. rasa nak pitam bersesak-sesak
di sini ramai sekali pelajar yang singgah, komik memang menjadi kegilaan ramai.
p/s I : Sekian sedikit sahaja kupasan yang menarik tentang buku ini. Terima kasih "my dear friend" sebab hadiahkan buku ini kat nam. Serius tidak sangka dapat buku "free". Nam sekadar belek-belek buku ini. Rupanya ada sahabat yang memerhati dan belikan untuk nam.. Love u my friend!
p/s II: Semoga Allah mengabulkan doa nam... I Want To Be A Great Wife And Mom To My Husband And Children.
4 comments:
datang komen... tapi tak tahu nak komen apa. ngeeee
Nsyaallah, rahmatNya meliputi dirimu...
Moga Allah kasih.
Assalamualaikum :)
Sangat cemburu sebab x berpeluang untuk sampai ke sana..huhuu
Geramnya tengok bukuuuu.
salam
boleh berkongsi info di blog:
http://urusanulama-hl.blogspot.com/
Post a Comment