Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Saturday, May 19

Sentuhan Pengikat Kasih Sayang

ASSALAMUALAIKUM WBT




Orang kata hanya insan yang pernah merasa bercinta tahu manisnya cinta. Kerna manisnya cinta itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Insan yang bercinta akan saling kasih-mengasih antara mereka. Indahnya cinta dan sebarkan cinta. Indahnya cinta yang terpahat di dalam jiwa, kerna tiada perdustaan di dalamnya. Si dia di hormati dan di serahkan jiwa. Sedia berkhidmat tidak mengira masa. (wah.. nam bermadah tentang cinta pula)

"Sentuhan itu pengikat kasih sayang yang sedia ada"......



Sentuhan ibubapa itu memberikan semangat kepada jiwa si anak yang kecewa, hebatnya sentuhan mereka bisa meredakan keraguaan dan ketakutan yang menyelubungi jiwa si permata mereka.


Namun bila si anak sudah dewasa semakin kurang sentuhan yang ada. Sentuhan yang mengalirkan kasih sayang sesama mereka. Mereka bukan inginkan harta dan wang kita yang ada. Sekadar sedikit perhatian dan sentuhan mesra.


Si ibubapa yang di mamah usia bukan inginkan wang dan harta yang banyak, mereka hanya inginkan kita berkhidmat di masa usia tua mereka. Pesanan ini seperti bermain-main di telinga nam. Untuk berkhidmat kepada ibu yang sudah meningkat menjangkau 58 tahun.


Ilmu yang nam belajar baru-baru ini, nam dapat dari seorang pakcik dan seorang sahabat yang di muliakan Allah. Pesanan ini memberikan semangat untuk terus berbakti kepada si ibu yang di cinta. 

Pengalaman dan pengetahuan ini menyedarkan diri dan membangunkan nam dari lena yang panjang. Walaupun jiwa dan perasaan menyatakan nam sudah berkhidmat padanya namun sebenarnya nam masih  tidak melaksanakannya dengan sempurna.


Sekadar ingatan dan pesanan buat diri dan semua yang membaca. Hargailah insan yang bernama ibu dan bapa kerna mereka insan yang amat menyayangi anda. Mereka menyayangi anda seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Hargailah mereka selagi mereka berada di depan mata. Berkhidmatlah kepada mereka selagi kita mampu kerna mereka sangat berjasa kepada kita. 


Luangkan sedikit masa untuk bertanyakan kabar dan menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka, kerna layanan begitu sangat bermakna di usia mereka. Meraka ingin bermanja dengan insan yang pernah mereka layan seperti raja. 


p/s: sangat terkesan dengan isu kekeluargaan yang kurang dititikberatkan ketika ini, tiada sentuhan lagi yang mengikat kasih sayang yang ada. Kasih sayang tidak dapat mengalir dan memenuhi jiwa yang merana, akhirnya kesunyiaan menemani jiwa. 







7 comments:

fuad ansari said...

teringat lagi, duku masa belajar di universiti, bila mak ayah datang melawat, semangat untuk belajar kembali meningkat.. betapa nilai kasih sayang memberi kesan yg positif kepada masyarakat..

sy pun terfikir jugak, bila ibubapa kita dah semakin tua, anak2 dah besar2, apalah sgt yg ada pada duit dan harta kita.. diorang pun sebenarnya lebih kaya dan berduit pada kita..

me myself n i said...

Betul cakap en fuad ansari tuh, ikutkan mak ayah lg berduit dr kita.. mampu besarkan anak 10 org, bg sekolah, bg makan, bg kelengkapan.... Tp anak, belum tentu boleh jaga mak ayah seorang nih. Sedey memikirkan hal mcm ni.

LeiyaUmairah said...

(n_n)

RuMaH TuA said...

What u give, u get back. ^^,
so,
Didik anak cara sunnah.

"Moga Allah kasih dirimu"

nam said...

tuan abi husna:

benar tu.. kasih sayang dapat menguatkan semangat.. nam setuju sangat..

mak ayah lebih banyak harta dari anak2 kerna tu dia mampu pelihara kita semua. tapi kita sendiri tidak mampu jaga mak ayah..

nam said...

akakku:

benar.. apakah daya.. si anak ramai yang melupakan jasa.. T__T


adik leiya..

rindu adik..

nam said...

miss rumah tua:

jom didik anak cara sunnah. :D

ameen ya Allah..

semoga Allah kasi pada dirimu juga.. :D