Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, January 22

Buat Dia yang jauh di Sabah

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah, akhirnya dapat bercuti panjang. Dapat luangkan masa bersama keluarga dan blog tercinta. Sepanjang bulan january ini, banyak sangat tugasan yang datang. Bekerja seperti tiada habisnya, selepas selesaikan satu, satu lagi akan datang. 

Namun hari ini ingin menulis entry buat "si dia" yang jauh di Sabah. Semoga dalam lindungan Allah selalu. Maafkan akak kerna tidak mampu terbang ke sana untuk menemani adik dalam tragedi yang menimpa adik dan keluarga. Rasa bersalah sangat, namun apakan daya, sabah jauh sangat. InsyaAllah walaupun jauh di mata, dekat di hati.

Wahai adikku..
usia muda atau tua bukan ukuran untuk kematian,
bila sampai masanya kita semua bakal berangkat pegi kesana,
untuk menemui Yang Maha Esa,
Tiada apa yang boleh di bawa selain amal dan takwa


Wahai adikku..
Redha kan pemergiaan ayahmu ke sana,
jangan bebankan ia dengan tangisan,
kerna tangisan mu menyakitkan dia,
kirimkan doa buat ayah di sana.


Wahai adikku..
ku tahu bukan mudah untuk terima semuanya,
namun adik harus terima juga,
kerna yang pergi tidak bisa pulang kembali,
untuk berada di dunia yang tidak abadi..

Wahai adikku..
walaupun dirimu masih muda remaja,
masih ingin bermanja dengan ayah tercinta,
namun apakah daya,
Allah sudah memanggil ayah pulang ke sana.


Wahai adikku..
dengarkan pesanan kakakmu ini,
banyakkan berdoa pada Illahi,
semoga ayah selamat di sana nanti,
ke syurga abadi tempat kembali.


p/s: terkejut menerima berita dari seorang adik bahawa ayahnya telah berangkat bertemu Illahi pada 21 january 2012. Saya hanya mampu menelefon dan mendengar tangisannya. Tiada langsung kata-kata yang mampu memujuk dirinya asbab kelemahan saya yang tidak pandai memujuk. Hanya esakkan tangisan yang menghiasi bualan. Maafkan akak kerna tidak dapat pinjamkan bahu akak untuk adik. Namun akak sedia mendengar segala luahan adik melalui mesej atau telefon. Akak sentiasa ada untuk adik.. Apa yang paling penting, Allah sentiasa ada untuk adik.. (",)

8 comments:

fuad ansari said...

takpe... kelak, kita jua akan ke sana...

untung adik tu punya kakak seperti nam.. (",)

mhafiz_ydin said...

'Doa Anak Soleh' banyak2.. :)

Teringat kisah Khalifah Umar Abd Aziz apabila orang bertanya tentang anaknya..

"Aku tinggalkan kpd anakku jalan orang2 soleh. Yang dengan mengikuti jalan itu, maka dia tidak perlu apa pun selain Allah. Sekiranya aku meninggalkan kesenangan kepadanya, dia akan hidup senang di dunia, sebaliknya aku akan hidup susah di kubur".

Ismi Ijmi said...

:-)

nam said...

tuan fuad ansari:

benar.. kita punya turn entah bila.. Allah!!

adik tu rugi ada kakak cam nam sbb nam tinggal jauh sgt.. nam x dapat lapkan airmata dia bila dia sedih.. (T_T)


tuan hafiz:

insyaAllah...

pengajaran citer yang baik.. semoga adik nam baca.. :D


tuan izmer:

senyum tak perlu kata apa2.. :D..
tuan bersedekah kat blog nam.. (",)

LeiyaUmairah said...

ya akak. terima kasih

nam said...

leiya:

sama2 sayang.. jaga diri yer.. (",)

misbah sobah said...

kakak,sabah kat mane?

nam said...

kota marudu kalau tak silap akak..

nape yer??