Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, January 17

"JODOH & TUDUNG"

 ASSALAMUALAIKUM WBT

Berhenti dari menulis mengenai perkahwinan kerna ramai yang menyangka saya akan mengakhiri zaman bujang. Sebenarnya isu perkahwinan ini perlu di fikirkan kerna itu saya suka untuk mencetuskan ia. Namun hari ini saya akan keluar dari konteks ini dan mungkin akan menyelitkan sedikit tentang perkahwinan dalam entry kali ini. 

Baru-baru ini saya "terkesan" dengan pertanyaan dan ungkapan seorang gadis tentang "JODOH & TUDUNG". Terpanggil untuk menulis entry ini walaupun sibuk dan tidak punya kesempatan waktu untuk menulis. Waktu malam yang tersisa dihabiskan memikirkan perihal ini, bukannya besar sangat hal ini tetapi ia memberi kesan yang mendalam kepada saya.

JODOH & TUDUNG ini memang selalu di kaitkan bersama kerna memakai tudung bermaksud menutup aurat. Tapi macam mana nak pastikan pemakaian tudung kita itu menutup aurat atau tidak? Bertudung tetapi membuka aurat itu bagaimana? Fahami sedalam-dalamnya apakah istilah menutup aurat dan bertudung itu. Baru kita tahu cara sebetulnya bertudung dan menutup aurat.

Kata seseorang kepada saya:

"yang berserban dan berkopiah akan berjodoh dengan seorang gadis yang bertudung labuh dan berpurdah, yang bertopi dan berseluar jeans pula akan berjodoh dengan seseorang yang sesuai dengan cara pemakaian mereka"

Adakah pemakaian memainkan peranan penting dalam hal jodoh ini? Bukankah jodoh adalah rahsia Allah, mengapa kita bercakap seolah-olah kita lebih tahu? Kenapa perbezaan ini di ungkit sedangkan Allah telah menyatakan "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik"




Kita membezakan diri kita dengan manusia yang lebih bawah dari kita, mengapa kita tidak membezakan diri kita dengan para sahabiah dahulu? Yang aurat mereka terjaga sempurna, akhlak dan iman mereka yang patut kita teladani. Perbezaan yang kita cari itu bukan untuk mencari kelemahan atau keburukan kita sebaliknya untuk memperbaiki diri kita. Teladan yang baik, mengapa tidak ikuti sedangkan fesyen bertudung dan menampakkan aurat di luar sana mudah untuk kita ikuti? Muhasabah diri dan lakukan perubahan.


Ada juga yang berpendapat pengusaha agama atau karkun ini sepatutnya berjodoh dengan seorang masturat yang bertudung labuh dan berpurdah, dan perempuan yang biasa-biasa ini tidak layak untuk mendambakan suami seorang pengusaha agama. Benarkah begitu? Astagfirullah... Pengusaha agama adalah hamba Allah juga, urusan jodoh mereka bukan di tangan mereka. Jika Allah nak berikan kepada pengusaha agama itu seorang isteri yang tidak bertudung adakah dia berkuasa untuk menolak? Sudah semestinya dia tiada kuasa untuk menolak kerna setiap berlaku adalah dalam rancangan dan peraturan Allah. Jika Allah sudah tetapkan begitu maka terima dengan redha. Lagipun tugas si suami nanti untuk mendidik isterinya supaya menjadi solehah. 


Sebelum saya nak menulis lebih lanjut tentang hal ini. Ingin sangat saya tanyakan pendapat karkun-karkun di blog untuk menjawab persoalan mengenai JODOH DAN TUDUNG ini.


Betul ke karkun hanya memilih masturat bertudung labuh dan berpurdah sebagai teman hidup?


p/s: jawap jangan tidak jawap, persoalan ini hanya dapat di rungkai apabila tuan-tuan memberi jawapan kepada saya.. bukan saya yang mencetuskan persoalan ini sebaliknya, situasi dan kejadian tertentu membuka fikiran saya. (",)

8 comments:

Ismi Ijmi said...

Assalam.

Nam,
pergh, 1st commenter. Saya ni bukan karkun official, biasa2 saja. Tapi pengalaman sebelum2 ni, abang2 karkun yang agak maju dalam usaha, pasangan mereka sama ada orang yang baik Islamnya (Usrah-ian), atau yang standard- standard sederhana perempuan Msia zaman sekarang (tudung biasa je). Ada seorang saja yang "dijodoh'kan dengan anak karkun, tupun kene offer. w.a.

kinakona said...

Salam.
Nk komen jgk bole tk? Hehe yela utk karkun je kan.. ^^
Pd pandangan dan pengalaman(maybe) kalau yg dtg dari kluarga buat usaha dan ank2 turut buat usaha biasanya kedua org tuanya mesti nk menantu yg da ready made. Tp kalau karkun single tu rasanya individu la kan(tunggu jawapan karkun2 lain).

fuad ansari said...

yup, mmg pada awalnya, saya bercita2 untuk punya isteri yg berpurdah ataupun paling tidak bergelar karkunah..

tapi benar kata anda.. jodoh itu ditangan Allah dan di dalam perancangan Allah.. secara jujur, saya tidak mampu menolak jodoh yang ditetapkan kepada saya..

akhirnya, saya berkahwin dengan wanita usrah, sebab saya tak pernah jumpa karkunah. selepas mempunyai blog, baru saya perasan kehadiran karkunah.. saya harus mengakui, semua berlaku dengan izin dan kehendak Allah swt..(",)

Karkun Muda said...

Assalamualaikum..erm,menarik..:)..tu soal individu..tak kesah pun dgn sape..klu sy la..tp bg sy..sy akan pastikn yg dh ready made mcm kate anak ayah tu..sbb mudah utk buat urusan agame dn lain2 sbb mrke pn sudah fhm dn boleh trme ushe yg suami akn buat..bg yg tak ready made tu..satu mujahadah bg die..yg mane mujahdah ni amat2 bgs..sbb pe mujadahah..sbb die nk kne ikram ramai org..nk kne ade ilmu akn ssuatu prkre..dn lain2..scre xlgsung dpt mmbuke mate org lain akn ushe agame tu bg mrke yg xfhm ushe agme..kite boleh tnjuk akhlak..dn lain2 lg la..so sy pye priority pd yg dh ready made bak kate anak ayah tu..dn no satu yg tak ready made..harap fhm la..lain org lain care nye..

~PENCHENTA~ said...

Salam. :D

Bila Karkun Muda cakap pasal ready made ni, teringat post bijen pasalcustom made atau ready made. Ideanya sama, cuba baca. ;)

Tapi bagi saya, semua tu depends pada individu. Memang kita kata kita boleh memilih. Tapi ingat, kita tak boleh pilih ujian yang Dia nak bagi kat kita.

Jadi, mungkin sekarang dia bertudung labuh, tapi kemudian hari, dengan hidup dalam dunia globalisasi gini, ujian untuk kukuhkan iman tetap ada. :D

Anonymous said...

rezki, jodoh, ajal sume dlm rahsia Allah. ramai focus kat 2 petama tp perasan sibuk ttg soal ajal maut.

nizamuddin, peraturan Allah tetap. Allah bagitau dlm quran "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik". bila seseorang tu berusaha utk jadi baik maka janji Allah utk beri dia yg terbaik. contoh mcm karkun yg sungguh2 dlm usaha selalunya dapat isteri yg siap utk korban.

Allah juga bole bg pasangan yg lain2 fesyen. contoh ada karkun kahwin dgn masturat bkn karkun. tapi, siapa yg sungguh2 dlm agama maka janji Allah "lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" besama dgn dia. klu Allah bagi yg jenis belum faham agama maka itu untuk meningkatkan lagi darjat laki2 itu di sisi Allah. begitu juga untuk org pmpuan. pakai tudung molek2 labuh, insyallah dpt laki yg pki kopiah dan bela janggut.

cume, kebiasaannya karkun yg betul2 ingin ikut jejak sahabat2 r.a mesti dia nak pasangan yg siap ikut jejak sahabiah r.ha.

wallahualam.

nam said...

alhamdulillah..

akhirnya nam paham. karkun tidak pikir cam tu pun.. semua kan bergantung dengan jodoh.. Allah pilih semua jodoh kita.. Baik kita, baiklah jodoh kita.. betul x?

jazakallah ya semua sbb bagi pendapat.. nanti ada masa nam tulis sambungan entry ni.. ngah buat kajian ttg hal ini.. semoga Allah mudahkan.. insyaAllah...

kalian yang komen mmg sgt2 baik... Allah muliakan kalian.. (",)

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Terbaca blog ni time search pasal karkunah..actually baru nak bjinak2 dlm usaha ni..hehe

Nak jawab soalan tu.. ACtually jodoh tu ketentuan Allah s.w.t.. Tunang saya pun Karkun jgk, tapi dia pilih saya yg tidak btudung labuh apatah lagi berpurdah..just pakai tudung biasa mcm wanita lain.. :)

Tapi Alhamdulillah, wlupun kami jarang contact (dia di luar negara) tapi kesedaran utk berubah jadi lebih baik tu wujud dalam diri. Insya Allah...