Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, January 8

kenapa saya memilih dia?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah Allah masih memberikan kesihatan yang baik pada saya walaupun sibuk sepanjang minggu. Kesihatan yang sedikit terganggu tidak menghalang diri dari sibuk. Allah Maha Hebat kerna mengurniakan kesakitan pada saya dan pada yang sama memberikan kesabaran pada saya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. Love Allah...

Kerna terkesan dengan seorang sahabat yang di muliakan Allah. Saya mengulang kembali entry ini untuknya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang banyak kepada sahabat yang mulia ini.. Ameen ya Allah....




Kenapa berniqab? Inilah jawapan-jawapan saya untuk anda:

1- bila berniqab saya merasakan Allah SWT sangat dekat dengan saya.. Bukan bermaksud bila tidak berniqab Allah SWT jauh.. Tapi itulah yang saya rasakan bila berniqab. Perasaan sentiasa di lindungi oleh Allah SWT.

2- kerna saya telah jatuh cinta.. Jatuh cinta dengan usaha iman dan amal.. Seseorang pernah berkata kepada saya, hidayat akan sampai dalam hati kita apabila kita cintai kebaikan dan kesolehan yang terpancar pada diri orang lain. Macam mana tu? Sepanjang mengenal usaha iman dan amal kebanyakkan karkunah (Allah muliakan mereka) berniqab. Hidup sahabiah menjadi ikutan mereka dan mereka mencontohi kehidupan isteri Nabi Muhammad SAW dan isteri para sahabat. insyaAllah..

3- bila berniqab rasa lebih selamat, kerna pakaian kita melambangkan peribadi kita. Orang mengenali kita dengan cara penampilan kita. 

4- berniqab bukan kerna saya perasan cantik atau lawa apatah lagi ingin kelihatan cantik apabila menyembunyikan wajah. sebaliknya satu-satunya niatnya hanya kerna Allah SWT.


5- apabila kita berniqab, secara drastiknya tingkah laku dan percakapan kita berubah. Kita akan lebih berjaga-jaga dan malu untuk melakukan perkara yang tidak manis di pandang orang. Bukan bermakna hipokrit.. cuba lakukan dan alami sendiri.. (",)

6- hendak menarik hidayat dari Allah, kita perlu lakukan perkara yang Allah sukai.. Allah perintahkan lindungi aurat dan hijabkan diri serta jaga pandangan... insyaAllah...

ada lagi jawapan yang menjadi rahsia saya.. (",)..

p/s: maafkan saya jika entry ini menjadi aib buat saya.. semoga Allah ampunkan dosa atas kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar.. ameen ya Allah....


...................................................................................................................................................

Jika kau mahu berniqab


Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..

Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg berjuang bhabis-habisan..


p/s: credit to the niqabis yang tulis sajak ni.. lupa ambil ni kat mana kerna saya selalu copy paste entry yang menarik dalam word dan lupa nak letakkan link blog sekali.. semoga Allah meningkatkan darjat anda.. ameen ya Allah...


5 comments:

fuad ansari said...

ada lagi jawapan yang menjadi rahsia saya.. <-- rasa macam nak tau je.. (",)

sy rasa, cerpen kehidupan manusia itu seolah-oleh dikarang oleh perkara yang dicintainya.. (",)

LeiyaUmairah said...

heheheheheee senyum tak perlu kata apa-apa

Anonymous said...

@analina : sy suka entry anda wahai sahabatku..masyaALLAh..penuh dgn ibrah dan nasihat supaya menjaga niat berniqob krn ALLAh...tabarakAllah..trima kasih ya Allah krn telah mngirim daku sahabat yg slalu mnginagtkan.....jom kembara lagi wahai muslimah!!:-)

ahlia zaidi said...

semoga hidupmu diberkati dan perjuanganmu direstui Yang Maha Esa, wahai adikku.. :))

nam said...

tuan fuad ansari:

kena tunaikan dulu, baru leh bocorkan rahsia.. (",)
doa karo..

mmg sbb jatuh cintalah entry ini di tulis.. (",)


adik lia:

akak senyum ni.. nampak tak?? (",)


lina cyg:

Allah berikan kesedaran dalam kesamaran.. Allah mudahkan perjalanan yang tersesat semalam.. Syukur juga kerna Allah temukan kita wahai sahabat.. semoga menjadi sahabat hingga ke syurga.. ameen ya Allah.. (",)

jom terus bertalaqi.. (",)


kakak @ ahlia zaidi:

perjalanan kehidupan adikmu baru bermula, langkahnya perlahan dan perlukan bimbingan. Harap mohon pimpinlah tangan, supaya tidak terbawa kesesatan.. (",)