Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, April 2

Jubah Pengantin Untuk Nam

ASSALAMUALAIKUM WBT

Sejak akhir-akhir ini, rasa kurang bercakap tentang isu ini. Almaklumlah dah makin bosan dengannya. Bila sering memikirkannya rasa bosan datang menerpa. Tapi apa yang pasti, memikirkan hal ini membuatkan diri leka.


Sebelum mendeactivate facebook minggu lepas, sempat mencari kedai jubah dan tudung online di facebook. Banyak kedai online di facebook, sempat juga membeli beberapa tudung dan niqab yang ada. Terpegun dan tertarik melihat satu jubah pengantin putih yang amat menarik di sana.   Tetapi hanya mampu melihat dan membelek album jubah yang ada.. heeee... wink..wink.. ^^


gambar sekadar hiasan..
Orang kata nak berkahwin ini, pelbagai persiapan kena buat. Si isteri kena persiapkan diri untuk menjadi sayap kiri pada si suami, manakala si suami kena persiapkan ilmu yang banyak untuk menjadi nakhoda kepada si isteri untuk belayar bertemu Illahi.


Dalam tempoh sebelum berkahwin si gadis sibuk belajar memasak, menjahit, mengemas dan macam-macam kerja orang wanita ini supaya bila dah kahwin nanti tidaklah susah nak menguruskan kehidupan bakal suami dan anak-anak.


Andai semua perancangan pernikahan berjaya di laksanakan, syukur Alhamdulillah. Allah berkati kehidupan dengan kehadiran seorang peneman di dunia tetapi andai sebaliknya. Kerna Allah lebih mengetahui segala, maut datang sebelum jodoh...


Adakah kita sudah bersedia bertemu Yang Esa? Seperti kita persiapkan diri untuk hari pernikahan kita adakah kita dah melakukan persediaan yang cukup untuk kembali padaNya? Termenung panjang nam apabila memikirkan hal ini. Hari dinanti akan datang, tetapi adakah sempat menikmatinya? Hanya Allah SWT lebih mengetahui. Adakah perancangan dan persiapan yang kita lakukan berbulan-bulan untuk menyambut hari bahagia akan biasa kita hadapi? Jodoh kita belum pasti tetapi KEMATIAN itu pasti. 


gambar sekadar hiasan


Sambil mempersiapkan diri untuk hari bahagia, persiapkan diri juga untuk bertemu Kekasih Yang Satu. Andai jodoh datang dahulu, carilah pahala dalam urusan membina mahligai bahagia, tetapi andai maut datang lebih awal, maka persiapkan diri untuk dipersoalkan perihal iman dan amal kita di dunia ini. Yang bertakwa akan bahagia dan yang tidak akan kecundang di sana. Semoga Allah menerima amal ibadat kita dan menempatkan kita dikalangan para kekasihNya. 


p/s: terkesan dengan berita kematian yang diterima saban hari. Mereka telah pulang dan nasib mereka telah diketahui. Bagaimana dengan nasib nam nanti? Allah! Semoga Allah mudahkan pelayaran diri ini dan semoga Allah terima amal dan ibadat ku serta semoga hidayat sampai ke seluruh alam.. Ameen ya Allah





3 comments:

fuad ansari said...

jubah pengantin utk nam..
kain kapan utk kita semua.. (",)

yg berfikir tentang perkahwinan, boleh dikatakan sebagai seseorang yg memandang ke hadapan..

maka, yg berfikir tentang kematian (dan melakukan persiapan), boleh dikatakan sebagai seseorang yg memandang lebih jauh ke hadapan.. (",)

ahLia shahril said...

uit, nk kwen dah ker?

nam said...

tuan fuad ansari:

benar.. memikirkan dan melakukan menuju kematian adalah lebih penting dari persiapan perkahwinan.. (n_n)


kak zai:

belum la kak sayang.. tunggu akak ni.. bila mau jemput ni?? heheh.. (n_n)