Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, July 23

Ramadhan Di Nanti

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 4 kita umat islam berpuasa. Dan mungkin belum terlambat untuk nam mengucapkan :

"SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENINGKATKAN IMAN DAN AMAL DI BULAN YANG MULIA" (n_n)


AZAM

Bulan ramadhan selalunya di kaitkan dengan bulan Al-Quran kerna pada bulan ini ramai umat islam yang berlumba nak khatam Al-Quran. Maka nam pun berazam nak khatam Al-Quran lagi dan lagi. Sebenarnya nam sedang fight dengan seseorang untuk berlumba siapa khatam dulu dan siapa yang khatam paling banyak. Tapi nam dah terlambat sikit, nam baru juzuk 6 dan beliau sudah juzuk 10.. huhu.. Jauhnya lagi nam nak kejar.. (T__T). 

Ada lagi azam lain yang nam ingin kotakan, kena habiskan istikhfar 17000 kali dan ulang bacaan yassin 41 kali setiap hari. InsyaAllah.. Semoga Allah mudahkan semuanya.. Ameen ya Allah.. (= =')

KHIDMAT IBU TERCINTA

Ramadhan kali ini berbeza dengan ramadhan tahun lepas, ramadhan kali ini kesihatan ibu sedikit terganggu. Jadi kurang meriahnya memandangkan mak tidak dapat memasak juadah berbuka untuk kami. Sangat berbeza rasanya makanan yang nam masak dan makanan yang di masak oleh ibu tercinta. Namun apakah daya, Allah telah cabut sedikit nikmat sehat yang Allah pernah berikan pada ibu dahulu. (T__T)

Kesehatan merupakan nikmat yang istimewa dan salah satu dari nikmat terbesar setelah nikmat Iman dan Islam. Nikmat itu kelak akan diminta di pertanggungjawabkan di depan mahkamah Allah Azza wa jalla. 

Rasulullah SAW bersabda, "Mohonlah kepada Allah kesehatan (keselamatan). Sesungguhnya karunia yang lebih baik sesudah keimanan adalah kesehatan (keselamatan). (Riwayat Ibnu majah).

Beliau menambahkan: "Jika salah seorang keturunan Adam hanya memiliki keislaman dan kesehatan, maka hal itu sudah cukup bagi dirinya.”


Jadi amatlah perit apabila nikmat sehat itu, Allah tarik sedikit demi sedikit. Tetapi sebenarnya Allah ingin menguji kami sebagai anak-anak kepada ibu nam, adalah kami mampu memberikan khidmat pada ibu nam yang kesehatannya tidak stabil, yang memerlukan ibu berulang ke hospital setiap hari rabu. InsyaAllah, sampai hari ini, tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan izin dari Allah SWT. 

Kepada reader yang baca mohon doakan kesehatan ibu nam ye.. semoga Allah limpahkan kalian semua dengan rahmat dan kasih sayang.. ameen ya Allah.. :D

2 comments:

fuad ansari said...

ingatkan beli kat bazar ramadhan je.. rupanya nam pulak yg masak.. kira ok la tu..

petua masakan:
nak masakan sama rasa, basuh tangan ibu.. air tangan ibu itu campurkan sedikit bersama masakan.. mudah2an.. (",)

alamak, nam dah juzuk 6.. nampaknya, sy lg ketinggalan.. (",)

kakak nam said...

Wahhh.. Dah juzuk enam.. Aku blom smpai. Minta2 dapat khatam ramadhan ni. Ramadhan terbaik insyaAllah dalam hidup aku.. Ngeeee...