Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, July 23

Ramadhan Di Nanti

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 4 kita umat islam berpuasa. Dan mungkin belum terlambat untuk nam mengucapkan :

"SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENINGKATKAN IMAN DAN AMAL DI BULAN YANG MULIA" (n_n)


AZAM

Bulan ramadhan selalunya di kaitkan dengan bulan Al-Quran kerna pada bulan ini ramai umat islam yang berlumba nak khatam Al-Quran. Maka nam pun berazam nak khatam Al-Quran lagi dan lagi. Sebenarnya nam sedang fight dengan seseorang untuk berlumba siapa khatam dulu dan siapa yang khatam paling banyak. Tapi nam dah terlambat sikit, nam baru juzuk 6 dan beliau sudah juzuk 10.. huhu.. Jauhnya lagi nam nak kejar.. (T__T). 

Ada lagi azam lain yang nam ingin kotakan, kena habiskan istikhfar 17000 kali dan ulang bacaan yassin 41 kali setiap hari. InsyaAllah.. Semoga Allah mudahkan semuanya.. Ameen ya Allah.. (= =')

KHIDMAT IBU TERCINTA

Ramadhan kali ini berbeza dengan ramadhan tahun lepas, ramadhan kali ini kesihatan ibu sedikit terganggu. Jadi kurang meriahnya memandangkan mak tidak dapat memasak juadah berbuka untuk kami. Sangat berbeza rasanya makanan yang nam masak dan makanan yang di masak oleh ibu tercinta. Namun apakah daya, Allah telah cabut sedikit nikmat sehat yang Allah pernah berikan pada ibu dahulu. (T__T)

Kesehatan merupakan nikmat yang istimewa dan salah satu dari nikmat terbesar setelah nikmat Iman dan Islam. Nikmat itu kelak akan diminta di pertanggungjawabkan di depan mahkamah Allah Azza wa jalla. 

Rasulullah SAW bersabda, "Mohonlah kepada Allah kesehatan (keselamatan). Sesungguhnya karunia yang lebih baik sesudah keimanan adalah kesehatan (keselamatan). (Riwayat Ibnu majah).

Beliau menambahkan: "Jika salah seorang keturunan Adam hanya memiliki keislaman dan kesehatan, maka hal itu sudah cukup bagi dirinya.”


Jadi amatlah perit apabila nikmat sehat itu, Allah tarik sedikit demi sedikit. Tetapi sebenarnya Allah ingin menguji kami sebagai anak-anak kepada ibu nam, adalah kami mampu memberikan khidmat pada ibu nam yang kesehatannya tidak stabil, yang memerlukan ibu berulang ke hospital setiap hari rabu. InsyaAllah, sampai hari ini, tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan izin dari Allah SWT. 

Kepada reader yang baca mohon doakan kesehatan ibu nam ye.. semoga Allah limpahkan kalian semua dengan rahmat dan kasih sayang.. ameen ya Allah.. :D

Tuesday, July 10

Hati Menangis

ASSALAMUALAIKUM WBT

SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW SERTA KAUM KERABATNYA, SAHABAT DAN KAUM MUSLIMIN YANG DI MULIAKAN ALLAH.. SEMOGA IMAN KITA HARI INI LEBIH BAIK DARI IMAN KITA YANG SEMALAM. INSYAALLAH..


Mencari cahaya dari kegelapan yang menyelubungi jiwa. Entah mengapa hari ini berbeza dengan hari sebelumnya. Rasa bimbang dan risaukan sesuatu yang tidak berada di depan mata. Apakah ini petanda jiwa yang kosong tanpa mengingati Nya?



Berkata Uthman bin Affan RA:
" Risau akan dunia merupakan kegelapan dalam hati, SEMENTARA.. Risau akan akhirat merupakan cahaya dalam hati"

Dipandang jauh melintas ke hujung sana, pandangan kosong tanpa perasaan di jiwa. Hati seolah-olah kosong sejak pagi tadi. Hanya Allah yang mengerti apa yang bermain dalam kotak fikiran dan hati.


Panas, gelisah dan keluh kesah..
Ke hulur, ke hilir terus melangkah untuk mencari..
Tiada tujuan atau hala tuju..


Mengapa dengan aku ini???
Apakah yang tidak kena dengan perasaan dan hati ini?


Semua yang berada di sisi ku amati satu-persatu.
Namun tiada jawapan yang di temui..
Aku umpama ibu yang kehilangan anak kecik..
Mencari dan terus mencari..


Oh Hati... Apakah yang terjadi??
Gelora dosa semakin menghimpit hati dan sanubari...


Tuhan, aku perlukan rahmat dan kasih sayangMu..
Bagaimana untuk mengubat hatiku yang tidak tenang ini?
Bagaimana aku ingin menjadi tenang kembali seperti selalu??


Airmata terus mengalir hingga membasahi pipi dan penutup mukaku..
Aku masih keliru..
Lalu kuhamparkan sejadah di hadapanku..
Dan bermunajat pada Kekasih Hatiku..


kerna aku teringat satu potong ayat dari Al-Quran.


" Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram"  (Al-ra'd: 28)


Akhirnya ku temui ketenangan itu.
Ketenangan apabila aku mengingati Nya.
Semua gelora ditiup dan telah dibawa pergi di bawa angin.


Ketenangan itu telah hilang lantaran hatiku telah dipenuhi dengan perkara dunia yang merosakan semua anggota dan saraf dalam hatiku. Dunia bukan hala tuju ku sebaliknya akhirat abadi adalah impianku. Akan aku buang satu persatu yang mengganggu fikiranku dan menyucikan kembali hatiku. insyaAllah..


Allah SWT berfirman: "Dialah yang telah menurukan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)"


p/s: mengelamun seketika dan menumpukan pada skrin komputer yang berada di depan mata. Ingin fokus dalam kerjaya namun fikiran terbang menjauh di sana.. Aduhai.. mengapakah engkau wahai hati? T___T

Monday, July 2

Dia Sudah Pergi

ASSALAMUALAIKUM WBT

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia lah Penggenggam hati-hati kita semoga kita berada dalam limpah dan rahmatNya. Ameen ya Allah..


Hari dinanti telah tiba,
kini semua kelengkapan dan persiapan sudah sedia,
untuk menemani si dia pergi mengembara,
Merantau jauh di atas dunia.

40hari , 4bulan takaza dibawa,
untuk menyebarkan agama di luar sana,
kerna ramai umat menderita,
usaha atas iman dan amal di bawa

Berbekalkan secebis doa ibubapa,
sahabat handai dan teman setia,
meninggalkan mereka untuk seketika,
andai syahid itu hadiah untuknya.

Hati berbunga kerna menjadi penanti setia,
semoga dia pulang membawa kabar gembira,
takaza di bawa telah berjaya,
Nabi tersenyum gembira atas korbannya.

Bukan dunia yang perlu di usaha,
sebaliknya akhirat yang abadi di sana,
menjadikan syurga impian utama,
Semoga dapat bertemu Nabi tercinta.

Semoga dapat apa yang dicinta,
menyebarkan agama ke seluruh dunia.
bukan sebutan nama yang perlu dibangga,
sebaliknya demi menyukakan Maha Pencipta.

Semoga dia pulang dengan gembira,
kerna membawa harapan kami bersama,
dan harapan Nabi tercinta,
agar agama tidak dilupa.

Dia ku nanti dengan setia,
untuk pulang membawa bahagia,
impian dan angan untuk bersama,
berpimpin tangan hingga ke syurga..

p/s: tiba ingin menjiwang di malam hari..lepas dengar cerita dari adik ada jemaah 2bulan jalan kaki di mahala nam..terus terniat nak tulis entry ni.. Y(n_n)Y


Wednesday, June 27

Menulis namaku di Jabal Rahmah?

ASSALAMUALAIKUM WBT


Menulis namaku di Jabal Rahmah? Kerna risaukan usia nam yang makin meningkat? 


Perihal jodoh ini sangat popular sekali nam dengar, sana sini berkata perihal ini. Ia seperti isu yang tidak pernah basi. Namun nam pula sudah penat mendengar isu ini sering di ungkit. Tetapi diri tidak mampu membuat apa-apa lantaran mereka suka bercerita tentang hal ini. Bibir hanya mampu berdiam diri seribu bahasa.


Semakin kerap rasanya diusik perihal jodoh ini oleh boss dan rakan sekerja nam. Penat melayan isu ini hingga membiarkan mereka terus bermain teka-teki. Tiada kenyataan yang di buat dan membiarkan mereka terus membuat spekulasi. Apabila diusik nam hanya mampu tersenyum dan meminta mereka mendoakan berkenaan jodoh nam yang masih menjadi rahsia Illahi.


Terkenang tentang boss nam yang berangkat ke tanah suci baru-baru ini. Sebelum berangkat sibuk beliau bertanyakan siapakah calon pilihan nam supaya mudah baginya ingin menulis nama nam dan "si dia" di Jabal Rahmah. Beliau asyik mengusik dan menyakat nam, mungkin beliau hendak membuat nam mengalah serta menyerah kalah dan memberitahu tentang siapa gerangan si dia yang bertakhta di hati. :D. Boss juga ada meng"offer" beberapa jejaka untuk di jadikan suami. Adeh.. 


"inilah Jabal Rahmah, dimana nama di tulis untuk jodoh"

Hal berkenaan jodoh ini nam serahkan pada Illahi, kerna nam hanya mampu merancang tapi yang menentukan semuanya hanya Illahi. Mungkin jodoh nam sudah tiba tapi gerangan si dia masih menjadi rahsia. Menunggu si dia hadir dan membimbing nam menuju Illahi.. :D


Menjadi persoalan hati " Adakah nam layak untuk memilih sedangkan nam hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa yang dapat dibangga oleh encik suami?"


Dan adakah nam akan menjadi pilihan sedangkan di luar sana masih ramai masturat dan wanita yang layak untuk di jadikan isteri? 


Namun nam yakin pada jodoh ketentuan Illahi, andai tiada jodoh untuk nam di dunia, insyaAllah Allah akan berikan jodoh yang terbaik untuk nam di akhirat sana. Kita menjaga haq Allah, Allah akan memberikan haq kita. Cintailah ALLAH  dan ALLAH akan berikan cinta insan yang mencintaiNya.. Jangan risow.. peaceee.. :D




CINTA SEJATI BUKAN TENTANG INDAHNYA MULUT BERJANJI TETAPI IA ADALAH TENTANG PERTEMUAN DI SYURGA NANTI. ADAKAH BISA AKU MENJADI KETUA BIDADARI MU? CINTA SEJATI BUKAN HANYA DI DUNIA TETAPI IA BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA ABADI. :D