Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, November 14

Aku Datang dan Pergi

ASSALAMUALAIKUM WBT

Seorang yang adik yang cukup saya kenali bertanyakan di "shoutmix chat" saya di bahagian bawah blog ini..  "kenapa ek orang selalu pergi dalam hidup kita?" Mari akak ceritakan.. Walaupun ia mungkin tiada kaitannya.. (",)



Wahai adik...
mereka pergi kerna Allah menggerakkan mereka pergi.. 
Walau terpaksa atau rela mereka tetap akan pergi. 
Walau tangisan yang menghantar pemergian ini,
mereka tetap akan pergi..

Wahai adik...
mereka pergi mungkin kerna bertemu Illahi,
atau mungkin juga kerna sesuatu atas dunia ini,
Tapi adik apa pun alasan nya,
Ia tetap akan berlaku walau lambat atau cepat.

Wahai adik..
yang pergi biarkan pergi,
jangan di keruhkan keadaan hati,
kerna adik akan mulai melupainya nanti,
walaupun ia mengambil masa seumur usia ini..

Wahai adik..
redhakan pemergiaan mereka dalam hidupmu,
binalah kehidupan baru yang menyenangkan hatimu,
walaupun ia susah buatmu,
percayalah yang Allah ada di sisimu..

Wahai adik..
Akan hadir seseorang yang bakal menemani mu nanti,
percayakan takdir Allah ini,
kerna semuanya telah di takdir sebelum kelahiran mu lagi,
sabarlah menanti saat itu hadir nanti..

Manusia akan gilir-gilir memasuki dalam hidup kita dan mereka juga akan bergilir-gilir pergi dalam hidup kita. suka atau tidak ia akan datang atau pergi dalam hidup kita. selagi mana ia ada, hargailah ia kerna mungkin hari ini ia ada di sini dan mungkin esok ia tiada lagi.. (",)




Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu akidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah

Bertemu berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi…

8 comments:

RuMaH TuA said...

Allah pasti & pasti tidak akan meninggalkan kita...

"sebaik2 pergantungan adalah kepada DIA"

LeiyaUmairah said...

tinggal 7 hari lagi stpm tinggal 7 hari juga pergi sekolah yeahh,, bestnya .tapi sedih perpisahan akan terjadi.

"Setiap pertemuan ada perpisahan
Demikianlah lumrahnya alam
Tiada yg dapat lari ketentuan Ilahi
Segala tertulis sejak azali"

penchacaiz said...

penah dgr bayan maulana "kita datang ke dunia ni untuk pergi ke akhirat, di sana tempat tinggal kita"

maka terjadilah "aku datang untuk pergi"

isk3..teruknya aq

igtkn entry psl blog "aku datang untuk pergi" woha!

Norsha said...

datang & pergi...mmg lumrah dlm hidup ini....kena terima dgn rela hati...

nam said...

rumah tua:

benar!! Allah setia di sisi kita selamanya.. (",)


adik leiya:

bt terbaik utk stpm yer.. (",).. akak rindu zaman sekolah dulu.. time keje sekarang masa padat sgt.. tp semua tu kenangan yang indah.. (",)


tuan farid faisal:

mula-mula tajuk entry ni "aku datang utk pergi".. tiba-tiba teringat tu nama blog tuan.. (",)


kak norsha:

semoga insan yang berpisah dapat tabahkan hati dan menerima ketetapan Illahi.. (",)

JannatunZinnirah said...

Sangat terkesan di hati.. terima kasih :)

Hidayatullah said...

wahai adik..
setiap yang datang akan pergi..
awek yg dicintai.. harta yang dikumpul.. sume akan pergi.. yg kekal hanya amalan dan takwa..

sje nk tambah..ha3

nam said...

jannatun zinnirah:

sama2..

terima kasih saudari kerna melawat.. (n_n)


tuan yatt:

yang dicintai atau disayangi semuanya akan di tinggalkan.. kembali menuju Allah yang satu.. (n_n)..


p/s: wah.. tuan yatt ada bakat menulis ni.. (",)