Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, November 13

Bersyukurkah kita?

ASSALAMUALAIKUM WBT

"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri." (Surah Ibrahim: 11)

"Orang yang banyak menerima budi akan melupakan orang yang memberi budi" 

Begitulah juga kita.. Astagfirullah.. Sukar bersyukur dengan apa yang kita miliki. Terutama insan yang menulis ini. Semakin banyak Allah memberi, semakin banyak pertolongan Allah yang kita lupai. Sifat yakin pertolongan dari makhluk masih kuat dalam diri. Kita berterima kasih kepada makhluk yang membantu kita tetapi kita tidak berterima kasih kepada Allah yang sebenarnya mengizinkan makhluk itu membantu kita. 

Kita dapat beli kereta, dapat beli rumah, dapat anak, dapat isteri yang cantik, dapat suami yang budiman, dapat pekerjaan yang baik. Namun pada siapa kita berterima kasih? Pada penjual kereta? Pada penjual rumah? Kepada isteri kita kerna melahirkan zuriat kita? Tidak.. Bukan kepada mereka sebaliknya kepada ALLAH YANG MAHA KUASA!. Ia adalah rezeki/ anugerah/ nikmat yang melimpah ruah yang di berikan kepada kita. MasyaAllah..

Walau sebanyak mana kita berdosa, sebanyak mana kita kufur, sebanyak mana kita berdusta, sebanyak mana kita berbuat kesilapan. Namun nikmat Allah SWT itu masih ada buat kita. Walau sebnayak mana dosa dan kekufuran yang kita buat, Allah tetap sampaikan rezekiNya dan rahmatNya pada kita. Namun kita masih sukar bersyukur. 

Saat kaki kita sejengkal menuju neraka, saat itu ada satu kebaikan yang kita pernah buat di dunia, Allah ampunkann kita dan memberikan syurga yang kekal abadi sebagai kediaman kita. Allah!! Bersyukurkah kita?

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menarik nikmat yang ada pada kita andai kita sentiasa mensyukuri nikmat yang ada. Andai di tarik balik, ia hanya sekadar ujian buat kita untuk menguji kesabaran dan tahap keimanan pada Nya.


7 comments:

Hidayatullah said...

Dari Mughirah bin Syu'bah r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w melaksanakan solat mlm sehingga kedua kaki baginda bengkak. Baginda di tanya," Mengapa engkau memaksa diri padahal Allah s.w.t telah mengampuni semua dosamu yang telah lalu dan yang akan datag? Baginda menjawab, "Tidakkah aku menjadi hamba yang bersyukur"


HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Nasai' Ibnu Majah, Ahmad ,Ibnu Sa'id, dan Ibnu Khuzaimah.

jom bersyukur

Hidayatullah said...

lpe nk sebut..dipetik dari Syamail Muhammad.. Imam Tarmizi

nam said...

Allah!!

Kita kadang2 sujud syukur pun lupa buat bila dapat nikmat..
Allah.. Lemah iman.. ;(

mhafiz_ydin said...

Dapat isteri cantik - Lihatlah kepada Siapa yang mencipta Isteri kita..

Dapat anak comey - Lihatlah kepada Siapa yang mencipta anak kita..

Allah swt sayangkan hambanya 70kali lebih daripda seorang ibu sayangkan anaknya..

Thank You Allah.. Syukur2.. Love U Allah..

Abu Zarim Mohamad said...

syukur dgn ape yg ade,jujur dgn ape yg di rase,,:)

LeiyaUmairah said...

betul akk nam... kita sering lupa bersukur....Astagfirullah.

nam said...

tuan hafiz:

hebat Allah!

kasi isteri cantik, kasi anak comey walaupun kadang2 kita lupa nak cakap Alhamdulillah pun.. (",)

love Allah!!!


tuan abu zarim:

jujur dgn apa yg di rasa tu susah.. Allah... lemahnya...



adik leiya:

indahnya syukur itu andai kita rasainya... (",)