Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, November 17

Jom Buat Kek

ASSALAMUALAIKUM WBT


Semalam kerna kakak saya nak ikram akak ipar yang mengidam nak makan kek lapis asam manis. Jadi kenalah saya membantu.. hehe.. (sendiri yang sebok sebenarnya). Lepas habis sahaja kerja terus pegi shopping bahan-bahan nak buat kek tu.


Punyalah mujahadah nak buat kek ni. Asbab nak pindah rumah, semua barang cam tunggang-langgang dalam rumah tu. Jadi nak cari alat-alat pun susah. Allah!


Dah siap semua bahan dan alat, jadi sedia nak buat adunan kek. Mula-mula kena pukul telur sampai kembang dulu. Lepas tu pukul mentega pula.. Campurkan telur dan mentega tadi sekali. Kek ni guna biskut mayat (cream cracker) atau biskut marie, tambah susu pekat sikit dan esen vanila.  Dah campur semua adunan, sedia untuk di kukus. Kek ni boleh kukus atau bakar. Mana-mana pun boleh, mudah je.. insyaAllah.. Allah kasi mudah.. (",)


Dari selapis ke selapis. Alhamdulillah siap juga. Alhamdulillah Allah kasi sedap.. (",)..


Ni la hasilnya...


Ada dua slice je sebab anak-anak buah dah makan dulu..


Lepas kita susah-susah siapkan kek ni, Allah kasi sedap. Mesti kita rasa gembira dan teruja sangat. Betul x?


"Hai orang-orang yang beriman, maknalah diantara rizki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan besrsyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah". (Al-Baqarah:172)

Begitulah juga kalau kita susah-susah buat kebaikan, berkorban untuk agama Allah. Allah bagi syurga untuk kita. Mesti kita suka kan? Mesti kita rasa macam nak lompat sampai ke langit.


Hidup kat dunia ni mesti susah-susah supaya kita dapat bersenang-senang dalam syurga nanti. Sejahat-jahat manapun kita mesti kita tak nak masuk neraka kan? Sebab tu walaupun sedikit mesti kita buat kebaikan untuk bantu kita kat akhirat kelak.


Macam nak buat adunan kek tadi, banyak bahan kena guna supaya kek tu jadi macam yang kita harapkan. Kek tu kena cukup rasa, sedap. Baru kita puas hati. Macam tu juga kita nak syurga, kena usaha atas iman dan amal kita, baru layak nak masuk syurga nanti. Syurga sebaik-baik tempat kembali. InsyaAllah.. Siapa ada iman (yakin sempurna) walaupun hanya sebesar biji sawi, Allah SWT bagi syurga 10 kali ganda lebih besar dari dunia.

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk" (Al-Insan:12-13)


p/s: insyaAllah hari ini buat kek lagi.. sedap juga makan kek ni.. Allah kasi sedap.. (",)... siapa nak rasa sila datang umah. Tapi sekarang belum boleh datang sebab nak pindah umah dulu.. insyaAllah.. (",)

6 comments:

Raudhatulahbab said...

masyaAllah kek iman berlapis nih....heheeh..resepi kek pun ader..resepi iman pun ader...alhamdulillah...

nam said...

tuan sofian:

Alhamdulillah.. Hebat Allah!!

sambil-sambil buat kek boleh terpikir tentang entry ini.. (",)

mhafiz_ydin said...

Kt syurga, baru terlintas nak makan kek lapis, kek lapis dah siap. makin makan makin sedap. =)

nam said...

tuan hafiz:

Allah hebat! Syurga best! baru terpikir dah dapat apa yg kita nak.. (",)

ukhti,mardhiah said...

:)hebat nam, Allah bg hebat.nti2 boleh kita bertukar resepi.

mtk2 satu hri nnti, kita dpertemukan d jalan Allah ...:)

ahlia...ahlia....hihi

nam said...

mard:

Allah Maha Hebat!! (",)...

insyaAllah.. teringin juga nam jumpa mard.. semoga Allah mudahkan..

mana tau leh kuar sekali nanti.. heheh.. (berangan sekejap)...

ehem3... bab ahlia macam jauh je lagi... (",)