Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, November 10

Perlukan pendapat

ASSALAMUALAIKUM WBT



Baru saja merehatkan diri kerna menempoh perjalanan 9 jam dalam kereta yang sungguh mencabar dari kL ke kedah. Selalunya perjalanan mengambil masa 5-6 jam tapi atas sebab keesokkan harinya nak raya haji jadi jalan agak sesak dan hujan pula turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan. Sesampai kat umah makcik terus jumpa mak sebab dah dua minggu tak jumpa mak. Rindu sangat2.. (",)


teet.. teet.. Bunyi vibrate hp saya. Agak pelik menerima mesej malam-malam begini. Selalunya waktu begitu saya sudah di buai mimpi. (",)


Mesej dari seorang kakak yang juga merangkap teman baik saya.


"assalamualaikum. akak sayang nam kerna Allah. Jaga diri dan jaga kesihatan ya"


Sangat pelik bunyi mesej ini. Mengapa tiba-tiba sahabat saya ini menghantar mesej begitu pada malam-malam begini? Mungkin sahabat sedang binggung tentang sesuatu kerna itu dia menghantar mesej yang pelik kepada saya. 


Segera saya balas mesejnya untuk memberikan tanda bahawa saya sedia mendengar luahan hatinya. Rupa-rupanya sahabat saya ini sedang mengalami dilema. "Jodoh pilihan keluarga atau jodoh pilihan sendiri"


Terdiam saya saat itu kerna tidak tahu nak cakap apa tentang hal ini. Almaklumlah belum alami jadi cam mana nak beri pendapat..


Jadi kepada yang membaca entry kali ini.. Mohon memberikan pendapat di ruang komen di bawah.. 





16 comments:

LeiyaUmairah said...

Assalamualaikum...
emm macam mana yea..
Kalau leiya.. pilihan keluarga.. sebabnya...lebih direstui dan cinta itu kan boleh dipupuk, jadi tak ada masalah kut terima jodoh pilihan keluarga...^^
Itu pendapat Leiya la..:)

fuad ansari said...

kalau sy...

jodoh pilihan keluarga...

pilihan kita sendiri sering dikaburi dengan pandangan kecantikan dan kepura-puraan...

walhal, pandangan keluarga ialah pandangan kebaikan dari insan yang berpengalaman..

*nasihat utk yg belum memilih.. yg sudah memilih, teruskanlah kehidupan dengan sebaik mungkin..

mhafiz_ydin said...

kalu dah ada pilihan sendiri, terus terang ja ngan famili. insyaAllah mereka akan faham.

Yang terbaik serah pada Allah. Istikharah.. Istikharah.. :)

kinakona said...

Istikharah. :-) kena buat sungguh2. Terbaik,ibu bapa pun buat istikharah juga utk pilihan diorg tu. Tk semestinya pilihan keluarga tu tepat. Allah lebih tahu yg terbaik tuk kita.. Kalau dgn pilihan sendiri tu kita da btl2 yakin dgn petunjuk yg Allah bg,beritahu dan musyauwarah. Minta pandangan ibu ayah. insyaallah Allah bg petunjuk dgn bermcm2 cara.

Unknown said...

wah,tinggi cerite nie...jodoh di tangan dan kudrat Allah...
amal yg baik,mnentukan perkara yg baik...dan begitu lah sebaliknya

RuMaH TuA said...

Pilih yang lebih mengamalkan agama.

Andai pilihan keluarga lebih baik pada agamanya, lebih baik yang ini.

Andai pilihan sendiri lebih baik pada agamanya, lebih baik yang ini. Tp... macammana boleh ada pilihan sendiri? (kurang jelas maksud pilihan sendiri ni)

(^-^)y

"Istikharah"

Hidayatullah said...

huh.. dasyat juga kalau kena pilih macam nih.. saya prefer untuk cari sendiri.. tapi kalau keluarganya sudah memilih yang sama fikrah.. apa salahnya kan?

Ahlia Hafriz said...

ya ALLAh..kes berat..jika dah punya pilihan, istikharah dan rasa tenang dgn mana2 yang ter arah, maka yakin la utk ambil keptusan..pilihan kita atau ibu ayah blum tentu tepat...tp jgn lupa..kita ada ALLAH....doa, tawakkal pada Dia..yakin la utk mngambil kputusan selepas rasa cnderung kpd mana2...krn ALLAH tidak memebri apa yng kita nak...tpi ALLAh beri apa yg kita perlu:-)

Ismi Ijmi said...

terangkan kat keluarga dulu.bincang.kalau buntu, terima saja pilihan keluarga.
lebih berkat InsyaAllah.

nam said...

waalaikumussalam wbt adik leiya..

jazakallah khairan buat semua yang menjawab... ehem3.. yg penting sebenarnya kena istikharah.. (",)..

antara yang menjawap hanya tuan fuad ansari yang telah berkawen.. (^_^).. heheh..

Alhamdulillah yg bertanya telah mendapat jwpn utk soalannya. pilihan keluarga lebih baik buatnya berbanding jejaka yang diminati (bukan pakwe)... InsyaAllah majlis akak ni akan berlangsung dalam awal tahun depan.. MasyaAllah.. Mabruk... sama-sama doakan yer.. (n_n)

Hidayatullah said...

waaa.jgn lpe jemput... nk makan nasi minyak.. ha3

nam said...

Tuan yatt:

Jauh di terengganu sana.. Mau pegi ker?? Hehe..

Hidayatullah said...

waaa.. tak buat kat gombak ke.. haha

nam said...

Sahabatnya orang terengganu..

Klu kat gombak lambat lagi... hehe.. Klu sampai masa insyaAllah di jemput.. Doak karo..;)

Egg Head said...

saya syor tengok dulu...kedua-duanya.....lepas tu baru solat ishtiharah......hehehe...tgk la pada agamanya....okai...

nam said...

tuan jabbar:

alhamdulillah akak ni pilih pilihan keluarga. Lebih baik agama dan akhlaknya.. walaupun sebenarnya kedua-dua mereka baik agamanya.. (",)