ASSALAMUALAIKUM WBT
Wahai diri.. Biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti. Lebih baik terlentur daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu oleh 'nikmatnya' yang menyebabkan seksa selamanya diakhirat..
Ingatlah!... sekali kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati... Tidak mengapa engkau selalu menangis kerana dosa.. Tetapi jangan sampai kau tersenyum kerananya!!... Ingatlah selalu.. Kejahatan yang menyebabkan kau menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabur. Sepanjang sejarah... sentiasa ada teladan. Teladan kebaikan yang segar malar sepanjang zaman...
2 comments:
hati..
berhati2 bukan sekadar di jalan raya...
malah lebih penting di jalan kehidupan.. (",)
Post a Comment