Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, December 19

Saya di uji

ASSALAMUALAIKUM WBT


Bila kita sukakan dunia, kita akan kejar dunia..
Bila kita sukakan wanita, kita akan mengejar wanita..
Bila kita sukakan dan sayangkan Allah, kita akan mencari redha Allah dalam setiap perkara... Betul x?
Ya Tuhan kami yang menguasai hati
Kami telah lupa senantiasa bersalah
Hanya padaMu hati ingin kembali
Kami telah sesat kami telah aniaya


Ya Tuhan kami yang Maha Mengampuni
Tiadalah tempat untuk kami kembali
Kami yg lemah tiada daya upaya
Hanya padaMu diri ini berharap


Allah uji kita dengan perkara yang kita sukai...


Begitu juga apabila kita sayang dan cinta Allah..


Allah akan uji kesetiaan kita untuk mengetahui sejauh mana cinta kita.


Sebanyak mana kita hendak berkorbankan masa, harta benda dan perasaan kita untukNya...


Jika takaza agama datang, seramai mana ingin menyahut?


Yang lemah akan tertinggal, yang kesempitan akan menjauh, yang bersungguh-sungguh akan teruskan perjuangan hingga maut datang menjemput.




Sekarang Allah sedang menguji saya dengan sesuatu yang saya usahakan. Semoga Allah kuatkan semangat dan iktizam saya.. Terasa down kadang-kadang namun kuat kembali apabila mengingati perjuangan para sahabiah dahulu...


Allah menguji dengan sesuatu yang menjadi fitnah besar buat saya. Salah langkah saya tewas, kena betulkan niat setiap masa supaya diri tidak tergelincir dari sesuatu yang menjadikan saya jauh dari diri saya yang sebenarnya... 


Semoga Allah pilih seluruh keluarga dan seluruh umat di dunia ini untuk mengamalkan islam dengan sebaiknya dan semoga dapat usahakan iman dan amal dalam diri.. Ameen ya Allah...




mode: kecewa tapi bersemangat

6 comments:

Norsha said...

kuatkan semangat, terus berusaha, banyakkan berdoa dan bertawakkal, moga apa jua yang Allah datangkan
membawa rahmat yang berkekalan....

ujian tanda Allah kasihkan kita

LeiyaUmairah said...

kak jangan berputus asa.. senyum selalu.. doa.. (n_n)

ukhti,mardhiah said...

assalamualaikum Nam sayang,
musibah apa pula y melanda ni??
Minta pertolongan dengan sabar didalam solat yea.
Be strong.

ehem2,"buat bakal imamku" side tepi ni....

"dia" akan menjadi imam dalam hidup kita, tp bukan dalam solat kita. Pasai, dia kena solat berjemaah kat masjid.

hihi

mhafiz_ydin said...

Apa2 ujian pun, kembali pada Allah.. Doa, amal, tawakkal.. InsyaAllah kuat. :)

fuad ansari said...

hari ni kita tidak boleh jadi seperti penyokong bola sepak..

bila pasukan bola sepak menang, penyokong tak dapat apa2.. yg untung hanyalah pemain2 bola sepak..

hari ini kita juga tidak boleh hanya jadi pemerhati usaha agama..

usaha agama akan terus bergerak maju, pemerhati tak dapat apa2.. dan yang untung adalah penggerak2 usaha agama..

jom sambut takaza... moga sama2 diberi kekuatan.. (",)

nam said...

cikgu norsha:

insyaAllah.. Benar!
doakan saya yang lemah dan yg mudah putus asa ini.. :'(


adik lia:

(",).. akak dah senyum pun.. adik mmg baik.. sayang kamu! (",)


ukhti mard:

waalaikumusalam wbt mard ku sayang..

musibah yang menguji keyakinan diri.. doakan nam tau.. lemah sikit sekarang ni.. :'(

p/s: benar! wajib solat jemaah di masjid wahai suami ku! (",)


tuan hafiz:

insyaAllah.. doa2kan yer tuan..
hidayat seluruh alam... (",)


tuan fuad:

benar!.. nam hanya pemerhati buat masa sekarang ni.. (",)

cepat2.. sambut takaza.. hidayat seluruh alam.. insyaAllah.. (",)