Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, January 11

Perlu di fikirkan

ASSALAMUALAIKUM WBT


Apa yang bakal dikongsi adalah sebuah artikel yang saya dapat dari Fan Page Hijrah Remaja. Saya tertarik dengan kisah gadis ni yang berfikir di luar konteks minda masyarakat melayu sekarang. Thumbs up for that girl and her husband!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi. Bacalah!


***********************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

nak cam ni... boleh x?? (",)
p/s: saya nak request mahar satu dinar boleh x?? Semoga Allah berikan perasaan cukup kepada kita dan jangan berlebih-lebihan... (",) itu just angan-angan jer... satu dinar=700++...  tgk la mana yang mampu... (",)

9 comments:

LeiyaUmairah said...

rasanya pemilik blog ini tak lama lagi akan kahwin.. insyaAllah (n_n)

fuad ansari said...

saya hanya mampu membaca.. tidak mampu untuk mengaplikasikannya..

untunglah.. nampak miskin ketika kawin.. tetapi senang selepas kawin..

ketika ramai orang lain yg nampak kaya ketika kawin, tapi susah selepas kawin..

p/s: untunglah nampaknya bakal suami nam.. (",)

nam said...

adik lia:

ameen ya Allah.. doa2kan yer wahai adik.. Allah akan sampaikan bila tiba masanya nanti.. (",)


tuan fuad ansari:

tuan telah terselamat, nam yg belum kena pikirkan.. (",)

perkahwinan terjalin atas perjanjian untuk memberi dan menerima, bukan harta yang bnyak dan pangkat yang tinggi. jika itu di minda kita, maka harmoni dan bahagia hingga ke syurga.. insyaAllah... ameen ya Allah..

p/s: untung ke tuan?? (",)

Egg Head said...

semenjak duamenjak nie...akak selalu post pasal kawen...huhuhu....semoga Allah percepatkan jodoh akak???

nam said...

tuan abdul jabbar:

ye ker tuan??

saja je berkongsi entry mcm ni. boleh kita sama2 pikirkan.. (",)

ameen ya Allah.. jika Allah takdirkan, insyaAllah akak terima jer.. (n_n)

School Of Tots said...

Bergantung harap pada Allah, insyaAllah berbahagia selalu.

~PENCHENTA~ said...

:D

Orang sekarang pergi kenduri kahwin, tanya 'berapa hantaran? berapa dulang? berapa khemah?'

Penat dah tengok. Nak kawin kat obersi boleh? Haha

Anonymous said...

Kalau dah sampai jodoh, kahwin lah. Jangan tunggu lama2, jangan fikir lama2. Sebab ada orang yang masih menunggu jodoh yang belum juga kunjung tiba. Makanya, kalau dah sampai seru untuk berumah tangga, ana nasihatkan ukhti berkahwin lah.

Semoga lekas2 lah membuat keputusan.

=)

nam said...

tuan SOT:

benaaarrrrr... Berharap pada makhluk, makhluk langsung tak boleh buat apa-apa.. (",)


Penchenta:

betul la tu.. soalan wajib.. (",).. soalan yang tak bawa apa-apa manfaat dan mudarat..

boleh2... idea bijak.. hehe.. (",)


tuan/ukhti anoy:

fikir mesti fikir, tunggu mesti tunggu kerna belum ada. Apa yang pasti ia akan datang apabila sampai masanya kerna janji Allah itu pasti bahawa semua di takdirkan berpasang-pasangan tidak kira lambat atau cepat.. (",)

jika sampai seru dari Allah SWT untuk nam menikah, insyaAllah.. selagi belum, muhasabah diri dan perbaiki diri supaya menjadi lebih baik dari sebelum ini. perbaiki akhlak dan pelajari agama.. (",)

tiada keputusan yang perlu di buat melainkan semua berlakukan dengan ketetapan dari Illahi.. Jangan TERLALU BERHARAP dan harus REDHA atas apa yang berlaku.. (",)