Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, November 9

Ayah dan Ibu

ASSALAMUALAIKUM WBT


AYAH..
Walaupun perkenalan hanya seketika...
Belum sempat bergaul manja..
Seperti sahabat ku lakukan kepada ayah mereka...
Kini dirimu telah bertemu Yang Esa....

AYAH...
Walaupun ayah sudah tiada...
Tetapi semangat ayah masih ada bersama....
Mengalir dalam darah yang ada..
Sambil ku mengenggam sejuta amanat...

AYAH...
Di saat ayah pergi...
Ibu menjadi ayah dan ibu dalam hidup kami...
Banyak pengorbanan yang di lakukan olehnya...
Untuk melihat semua anaknya berjaya seperti amanatmu padanya...
  
AYAH...
Mungkin kadang-kadang kami terlupa dirimu seketika...
Itu terjadi lantaran ayah tiada di depan mata...
Tetapi doa tetapku kirim buat mu disana...
Semoga Allah merahmati kehidupanmu disana...


IBU......
Hanya kata maaf yang mampu ku ucapkan padamu...
Kata maaf ini seolah-olah tiada kesudahannya...
Entah bagaimana untuk membendungkan perasaan di jiwa......
Kerna tidak berjaya membahagiakan dirimu seketika.........
  
IBU.....
Penyesalanku tiada penghujungnya.....
Bila dirimu hanya terbaring hiba......
Atas nasib yang menimpamu........
Ku mohon ibu maafkan aku......

IBU.....
Walaupun ibu hanya tersenyum gembira melihat kami.....
Namun ku tahu ada sesuatu membelenggu hatimu.......
Cuba nyatakan padaku wahai ibu....
Agarku mengerti akan perasaanmu........

IBU.....
Kata maafku tidak mampu mengubat hatimu...
Ku hanya mampu bermohon Allah ubati hatimu...
Kerna dalam gembira itu pasti ada duka dalam hatimu...
Tetapi ku masih tidak mengerti apakah ia......
  
IBU...
Bantulah aku untuk aku mengerti akan hatimu........
Maafkan anakmu dan redhai hidupku......
Kerna redha mu penting dalam hidupku.......
Untuk menyelamatkan aku di mahsyar kelak.....

7 comments:

penchacaiz said...

alahai

LeiyaUmairah said...

kata-kata yang sungguh indah..
kisah kak nam ye?

nam said...

tuan farid:

alahai... (",)..


adik leiya:

rasa2 adik ini kisah akak ker?? hehe.. (",)

p/s: nak ym adik boleh??

kinakona said...

Akak sekeluarga kuat sbb tu Allah bg ujian hebat mcm ni. Ujian hebat utk org yg hebat,insyaallah!! ^^
Sungguh akak da rasa dan lalui sesuatu yg paling sy atau mungkin semua takut utk hadapi. Sy takut sgt kak bila ingat psl perkara ni,cuma satu yg sy tahu mati itu pasti. :-)

Moga Allah bg sy kekuatan..

nam said...

adik ank_ayah:

Bak kata pepatah yang akak selalu dengar.. "Kita kuat sebab itu Allah uji"

Andai di uji kena tabah dan letakkan semua pengharapan hanya pada Allah.. Allah sentiasa ada..(",)

Mati itu pasti.. mungkin esok atau lusa kita pula bakal di jemput pulang oleh Allah. Tapi dah bersediakah kita?? (T__T)..



p/s: adik leiya n ank_ayh.. add ym akak boleh tak??

qasehnaurah@yahoo.com

mujahidahassyahid said...

suka2......sy amat memahami tiap bait yg nam karang..ye bnr mcm kata ukh di atas.....nam dan kluarga kuat lalu ALLAH uhi dgn dugaan yang hebat,,,sesuai dgn tahap kemampuan.....dan dgn ujian bgini, mngratkan hubungan kekeluargaan especially nam n mak.kan2..:-)

nam said...

bintu mustapha:

ameen ya Allah..

saat diri ini lemah tolong nasihatkan kerna anda mengenali diri ini.

p/s: rindu sangat ingin ketemu..
rindu ingin pergi taklim bersama... rindu ingin jalan2 cari buku..
rindu200x...