Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, September 9

Mahar Kahwin Mahal???

ASSALAMUALAIKUM WBT


Pada musim perayaan ini biasalah kita akan melihat adat ziarah-menziarah ini di jalankan. Apabila datang menziarah atau pergi menziarah di situ maka banyaklah perkara yang akan di borakkan. Saling bertukar-tukar pandangan dan ada juga saling nasihat-menasihati. Itu juga berlaku kepada hamba yang menziarah ke rumah ayah-ayah saudara di rumah mereka. Hamba mendengar pelbagai cerita daripada ayah-ayah saudara kerna mungkin mereka ingin berkongsi pendapat dan mendengar pandangan dari sanak-saudara mereka.




Perbualan yang menjadi kesan kepada hamba ialah mengenai mahar kahwin mahal. Aduh.. Kesian sungguh pihak lelaki. Pakcik ingin mengahwinkan anaknya tetapi diminta untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM12,000 sebagai hadiah kepada keluarga pengantin perempuan. MasyaAllah. Mahalnya.. Hamba terpaku apabila mendengar jumlah wang hantaran yang di sebutkan oleh pakcik. Tetapi apa yang boleh buat kerna pihak perempuan yang meminta wang hantaran sebanyak itu, ia harus dipenuhi jika mahu perkahwinan di teruskan. Isk3.. Rasa terkejut sangat.. 


“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
(Riwayat Ahmad)


Tadi hamba sedang mencari-cari info berkaitan mahar kahwin ini di internet, hamba terjumpa satu kajian yang agak mengejutkan hamba. Kajian nya ialah purata nilai mahar perkahwinan mengikut status pendidikan seorang gadis..


UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000



Isk3. Sungguh pelik kajian ini. Sungguh kesian pada kaum lelaki terpaksa menyediakan wang hantaran yang banyak untuk mengahwini seorang gadis yang pada fikiran mereka akan bersama-sama di dunia dan bakal menanti mereka di syurga sana.


"Daripada 'Aisyah, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah (rendah) maharnya". 


Berikut adalah Video rakaman kuliah Ustaz Azhar Idrus Al-Hafiz ia membincangkan mengenai mahar kahwin mahal yang semakin meningkat saban hari seperti naiknya harga barangan di pasaran. hehe..




Kepada wanita-wanita di luar sana dan kepada hamba juga. Jom kita fahami apakah yang ingin di sampaikan oleh Ustaz Azhar mengenai mahar kahwin mahal ini. Jika yakin kita adalah wanita berstatus dan layak untuk meminta mahar yang mahal maka lakukan nya, namun jika fikir bahawa kita hanya wanita biasa maka mahar yang sedikit adalah layak buat kita. Namun seeloknya mahar yang murah adalah mahar yang terbaik. 


Perlulah di ingat bahawa selepas perkahwinan lagi banyak perlukan perbelanjaan iaitu perbelanjaan untuk menanggung anak-anak yang bakal di lahirkan nanti. Jika awal perkahwinan sudah meletakkan mahar yang mahal hingga ada pihak lelaki yang sanggup berhutang sana-sini, maka akan susah di kemudian hari untuk membayar hutang itu kembali dan pada masa yang sama kita memerlukan duit yang banyak untuk perbelanjaan anak-anak nanti.


pengsan kaum adam kalau nak sedia puluhan ribu dan sekadar hendak di habiskan dalam sehari.. isk3.. dunia.. dunia...
Akhir kata, letakkanlah mahar yang layak buat kita dan jangan pula ia memberi beban kepada pihak lelaki untuk menyediakannya. Selamat beramal dan renung-renungkan.. (n_n)


p/s: sekadar berkongsi pandangan tentang hal ini kerna pada hamba isu mahar yang mahal menyebabkan sesuatu perkahwinan yang bakal di bina kerna Allah sudah hilang serinya lantaran mahar yang mahal dan menyusahkan pihak lelaki. Supaya ia menjadi panduan dan ingatan untuk hamba dan wanita-wanita di luar sana. Ameen.. Semoga Allah berkahi perkahwinan yang bakal di bina. ameen.. (n_n)


p/s: semoga hamba tergolong dalam golongan yang tidak menzalimi bakal zauj dengan mahar yang mahal dan menyusahkan ini. ameen ya rabb...





Wednesday, September 7

Pekerja Agama

ASSALAMUALAIKUM WBT


Pekerja Agama,
Dimana-mana engkau ada,
di simpang sini, di simpang sana,
di surau sini, di surau sana,
Tujuan untuk menziarah saudara.


Pekerja Agama,
Sanggup bercuti kerja sementara,
untuk menziarah umat yang menderita,
terlupa agama lantaran terleka,
akibat terpengaruh dunia sementara.


Pekerja Agama,
Sanggup meninggalkan si isteri dan anak-anak di rumah sana,
kerna menjalankan tanggungjawab agama,
Bila pulang dirumah saja,
anak-anak segera menyambut dengan gembira.


Pekerja Agama,
Walaupun ada yang masih belajar di sekolah, universiti dan kolej yang ada,
namun bila cuti datang menjelma,
segera mereka berazam semua,
untuk menyahut seruan Rabb nya.


Pekerja Agama,
apabila keluar ke jalan Tuhannya,
masing-masing bagaikan selalu bersua,
sedangkan pada hakikatnya,
ia bertemu buat pertama kalinya.


Pekerja agama,
Walaupun ada dikalangan engkau cendekiawan dan golongan profesional negara,
namun apabila keluar ke jalan jihad-Nya,
Engkau hanya insan biasa,
Tiada pangkat di mata manusia.


Pekerja Agama,
Walaupun ada yang menghina dan mencerca,
kerna berpakaian selekeh belaka,
namun itu semua dahulu kala,
sekarang semua segak bergaya dengan berpakaian sunnah Nabi nya.


Pekerja Agama,
amalan sunnah jarang di lupa,
memakai serban, serta berseluar di atas buku lalinya,
kayu sugi juga tidak dilupa,
berjanggut kemas kacak rupanya.


Pekerja Agama,
Penuh di masjid dan di surau yang ada,
bertaklim dan berbayan tidak kira masa,
iman dan amal sentiasa di jaga,
semasa keluar di mana-mana.


Pekerja Agama,
Bukan dunia yang engkau tunggukan,
tetapi akhirat yang engkau nantikan,
hidup dan mati hanya untuk perjuangan,
Dalam menyebarkan risalah Tuhan.


Pekerja Agama,
Mungkin engkau tidak popular di mata manusia,
namun engkau mulia di hadapan Yang Maha Esa,
Kerna korban harta dan masa,
untuk menyambung tugas yang Nabi tinggalkan buat umatnya.


Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Manakah amal yang lebih utama? " Baginda menjawab, "Solat pada awal waktu, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjuang di jalan Allah." (HR Bukhari)

p/s: kerna terkesan dengan laporan seorang pekerja agama yang keluar di sabah dan IPB baru-baru ini. Hamba yang tidak paham tentang usaha ini hanya mampu mendoakan mereka semua teruskan istiqamah dan mujahadah dalam kerja ini kerna masih ramai yang menunggu mereka di muka-muka pintu untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT. Semoga Allah hantar semua pekerja-pekerja agama ini ke seluruh pelusuk dunia. semoga dengannya hidayah tersebar seluruh dunia. ameen..

Tuesday, September 6

melawan arus

ASSALAMUALAIKUM WBT




Wahai saudaraku,
entah bagaimana inginku nyatakan padamu,
tentang segala isi hati yang semakin bersarang di jiwa ku,
ingin sahaja ku meluahkan padamu,
namun ia mungkin akan menghampakan dirimu.


wahai saudaraku,
mungkin aku berbeza dari dahulu,
tapi perbezaan diriku bukan pengakhiran hubungan kau dan aku,
kita masih ada hubungan saudara,
yang mengukuhkan ikatan kita,


wahai saudaraku,
aku tahu kau mungkin kecewa dengan keputusanku,
bukan niatku menyakitkan hati mu,
tapi apakah daya hatiku telah terpaut pada sesuatu,
bukan kerna ajakan manusia sebaliknya hidayah yang datang menimpaku,


wahai saudaraku,
aku tidak mampu untuk kembali berubah hanya kerna untuk dirimu
kerna telah ku genggam erat semua amanat,
tekad di dada semakin kuat,
akan ku gagahkan juga untuk mendapatkan ia.


wahai saudaraku,
bukan aku tidak kasih pada dirimu,
namun kasihku padamu,
tidak sekuat kasih ku pada Tuhanku,
dan kasih ku pada kedua orang tuaku.


wahai saudaraku,
ku korbankan semua untuk meraih rahmat dari Tuhanku,
sebagai penghargaan buat ibubapa ku,
kerna ku tidak punya kerjaya yang boleh dibangga,
atau harta benda yang mengaburi mata.


wahai saudaraku,
sesungguhnya aku menyayangi dirimu,
lantaran aku dan kamu,
bersama berkongsi cerita suka dan duka,
sejak awal kelahiran diriku.


Wahai saudaraku,
ku mohon kamu redai aku,
ku harap kamu sokonglah aku,
ku perlu hanya itu darimu,
sebagai penguat semangat untuk memulakan perjalanan kehidupanku.


p/s: semoga kamu mengerti isi hatiku wahai saudaraku... semoga Allah melimpahkan rahmat dan memberikan taufiq dan hidayah buat dirikku, kamu, keluarga dan seluruh umat islam. ameen.. 

Perkenalan Di Facebook

ASSALAMUALAIKUM WBT


Facebook itu adalah laman sosial yang paling popular tika ini yang setanding dengan Twitter. Tanya saja di mana-mana, pasti mereka mempunyai facebook. Mungkin juga facebook ini telah menjadi fenomena dalam masyarakat keseluruhannya. Tidak mengira bangsa, usia dan taraf, setiap mereka akan mempunyai facebook. Mungkin juga ada yang tidak mempunyai facebook namun nilainya masih sedikit.




Hamba bukan ingin mengutuk atau mencerca facebook namun hamba mempunyai kenangan yang baik sejak "mempunyai" facebook sendiri. Pelbagai golongan yang hamba jumpa sepanjang hamba memasuki arena berfacebooking ini. Tetapi kenangan yang paling terkesan pada hamba adalah Allah izinkan hamba untuk berukhwah dengan beberapa insan yang hamba sayangi. 


Hamba berukhwah dengan beberapa saudara, kakak dan adik yang menyayangi hamba. InsyaAllah. Setiapa apa yang diungkapkan mereka umpama nasihat yang bermakna buat hamba. Hamba insan yang banyak melakukan khilaf. Jadi Allah SWT telah menghadiahkan saudara, kakak dan adik untuk membantu membetulkan diri hamba yang serba kekurangan ini.


Sekarang hamba telah beransur keluar dari dunia facebook atas sebab tertentu. Semua sahabat, saudara dan teman yang hamba berkenalan di facebook terpaksa hamba tinggalkan. Tetapi ukhwah yang terbina telah di jaga oleh Allah SWT. Allah SWT masih mengizinkan kami berukhwah walaupun bukan di facebook. Terima kasih Allah!. :)


Ukhwah yang terjalin bukan datangnya dari facebook sebaliknya berlaku dengan izin Allah SWT. Allah SWT mengkhendaki hamba untuk berkenalan dengan insan-insan terpilih supaya hamba dapat membetulkan diri hamba. Sekarang persahabatan yang bermula di facebook telah menjadi persahabatan yang sebenar di dunia nyata. Ini semua kerna kuasa Allah. 


p/s: istimewa buat syazlina, kak huda, kak wawa, akhi khairul nizam, adik siti, kak liza ros, bro sufian, adik syafiq tersayang, amin yang baik, teman-teman sekampus di uitm yang tidak pernah bertegur sapa atau berborak-borak dahulu namun sekarang kami berukhwah dengan izinNya dan semua pegusaha-pengusaha agama yang baru dikenali di facebook. Special thank to kak nurul, kak2 yang banyak nasihat saya sepanjang saya berfacebook dan banyak berkongsi ilmu tentang usaha-usaha agama yang Nabi tinggalkan untuk kita. Sayang kalian semua kerna Allah.. (n_n)