Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, October 19

-Anda di mata orang lain-

ASSALAMUALAIKUM WBT




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.


Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,


"Siapa yang nak duit ini?"


Kelihatan ramai penonton mengangkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


"Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ini dulu"


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu di ramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.


Lalu bertanya lagi,


"Siapa yang masih mahu duit ini?"


Jumlah tangan yang mengangkat tidak berkurang.


"Baiklah," jawapnya,


"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai dan melenyek-lenyekkan dengan kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor, lusuh dan amat renyuk.


"Ok, sekarang masih ada yang berminat?"


Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


Hadirin sekalian. Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerna apa yang saya lakukan tidak mengurangi nilainya.


Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tidak berharga, tidak bererti.


Padahal apapun yang telah dan akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka  yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.


Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai tersendiri. Sayangi diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerna diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.




p/s: hargai diri sendiri dan insyaAllah orang akan menghargai anda kembali.. (",)


p/s 2: selamat memahami dan semoga memahami.. (",)





3 comments:

kinakona said...

Alhamdulillah
Terkesan sungguh ^^

Tuhan,apa pun yg telah aku lakukan,I just wanna be a better Muslim day by day. InsyaAllah.

Hidayatullah said...

dunia.. susah dapat.. tapi senang paham..

amalan agama.. senang dapat.. tapi susah paham

nam said...

ank_ayah:

insyaAllah.. doa nangis banyak2..

(",)


tuan hidayatullah:

benar..

dunia mmg mudah paham..
agama yg susah nak paham..

isk3..