Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, October 27

Jom Berbaik! (",)

ASSALAMUALAIKUM WBT


~Belajar MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan
~Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati
~Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami
~Belajarlah MENYAYANGI kalau igin disayangi
~Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai


Memaafkan tidaklah SERUMIT yang kita bayangkan, tidaklah SESULIT yang kita fikirkan, serta tidaklah pula SEPAHIT yang kita rasakan.. memaafkan itu di mana kamu memberikan sedikit RUANG KEBAIKAN di hatimu untuknya... 




Jadi jom kita bermaaf-maafan.. Tak payah tunggu raya baru nak minta maaf sebab raya setahun sekali, tetapi kesilapan kita buat setiap hari. Jadi kena minta maaf setiap hari. (",). Moga kita sama-sama dapat amalkan.. InsyaAllah..



Kita kena hormati orang jika mahu orang lain hormati kita. Jadi jangan malas-malas nak hormati orang yer.. Hormati yang tua, kasihi yang muda... (",)


Kadang-kadang susah nak paham orang lain, tapi kalau cuba lama-lama kita pasti paham. Sebab Allah bagi paham.. (",)


Sayangi setiap apa yang ada di sisi kita sekarang kerna sesungguhnya kita tak pasti sampai bila ia akan kekal di sisi kita. Kerna setiap apa yang kita punya hanyalah pinjaman dari Allah buat kita... Jadi jom sayang mak, ayah, adik-beradik, suami/isteri, sahabat dan semua yang ada kat sisi kita.. (",)




Hargai apa sahaja yang ada bersama kita kerna penghargaan kita kepada mereka sangat bermakna buat mereka. Bila kita menghargai mereka, mereka akan lebih menghargai kita.. insyaAllah...(",)




p/s: terima kasih kepada Allah atas semua yang diberikan kepada saya di dunia ini. sungguh sangat bertuah kerna diberikan pelbagai anugerah yang istimewa oleh Allah... nikmat islam adalah nikmat yang paling bernilai buat saya.. alhamdulillah.. syukur juga diberikan keluarga yang memahami serta sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam proses transformasi diri saya.. (",)... saya tidak mampu membalas jasa kalian tetapi sesungguhnya Allah akan membalas jasa kalian untuk saya.. insyaAllah.. semoga Allah muliakan kalian semua.. ameen ya Allah...


















9 comments:

mhafiz_ydin said...

Hari-hari raya. minta maaf hari-hari.

LeiyaUmairah said...

bila kita da memahami seseorang dia pulak tak memahami kita.
susah nak cari org yang betul-betul boleh faham kita ^^

kinakona said...

Betul tu. :D
Mintk maaf kat cik nam kot2 ada salah atau dosa ke. ^^ hehe. Doakan sy ya. :)

Hidayatullah said...

maafkan org sebelum tido.. halalkan semua hutang sebelum tido.. tp bab halalkan tu yg payah tu..ha3

penchacaiz said...

sheikh muhamad pesan supaya kita minta maaf dulu kat orang yg kita jumpa sebelum kita bagitau dia bahwa kerja dakwah tabligh ni kerja dia juga. kemudian baru kita cakap:

"pakcik mintak maap ye pakcik, sebenarnya pakcik ni pun orang tabligh jugak.."

haha..

Norsha said...

mari maafkn semua org sebelum tido...supaya jiwa tenang dan lapang...

nam said...

tuan hafiz:

hari-hari raya, hari-hari kena kuarkan "duit raya".. (",)..

p/s: tuan ada tau mana-mana tempat taklim area alor star, pendang & jitra tak??

cik leiya:

Allah belum izin dia paham kita tu.. Doa bnyak-banyak..(",)

ank_ayah:

uish.. ni minta maaf in advance ni.. belum buat salah dah minta maaf.. hehe.. (",)

tuan hidayatullah:

betul-betul.. bab halalkan hutang tu memang susah..hehe.. tp tak per sbb tak ada sapa-sapa yang berhutang dengan saya.. insyaAllah.. (",)

tuan farid:

boleh tasykil pakcik kuar ipb 4bulan ni. (",)..

p/s: nak minta tolong sikit...(",)

kak norsha:

betul kak.. jiwa tenang, hati tenang, tidur nyenyak.. (",)

mhafiz_ydin said...

Aduuii dui dui.. Soklan killer.. huhu..

Jap2.. nanti tanya orang tempatan..

# org bujang yg slek.. :(

nam said...

jazakallah khairan ya..

klu ada harap tuan dapat inform saya yer.. (",)