Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, April 19

ANDA TERISTIMEWA DI HATI SAYA~ (n_n)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


maaf mungkin selama ini aku bkn shbt yg baik,
maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu,
maaf lagi, mungkin aku mbuatmu berasa sedih trsisih,
maaf juga mungkin ada bicaraku yg pedih,                  
maaf juga mungkin selama ini aku tidak memahami,
maaf juga aku hamba yg biasa,
kerna kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku buatmu,
moga Allah selalu menyayangimu kerna siapa pun kamu, kamu ialah sahabatku~~

“pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali orang-orang yang persahabatan nya berdasarkan taqwa (jiwa dan amal soleh)”

Pada saya jika persahabatan itu berniat kerna Allah SWT maka persahabatan itu akan kekal dan di rahmati oleh Allah selalu. Tapi ujian dan dugaan dalam persahabatan itu sentiasa ada kerna ia menguji ketabahan dan kejujuran kita dalam menjalinkan persahabatan. Jadi kita perlulah menangani masalah dalam persahabatan ini dengan lembut dan janganlah kita perbesarkan perkara yang kecil. Ambillah tindakan buang yang keruh dan buang yang keruh~ (n_n)

p/s: saya amat mengasihi sahabat-sahabat saya yang banyak membantu dalam mengenal diri saya. Saya syukur kerna di berikan sahabat yang baik oleh Allah. Terima kasih Ya Allah. (n_n). Saya amat sayang kalian sahabat-sahabat saya~ 

No comments: