Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, April 12

Hari ini Saya Ada, Esok Belum Pasti lagi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah sekali Allah berikan nikmat kehidupan buat saya insan yang hina dan lemah ini. Syukur rasanya kerna diberi kesempatan untuk terus berjalan menyusuri lembah kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan yang akan menentukan di mana kedudukan saya sama ada yang beriman atau tidak olehNya. Selawat dan Salam saya tujukan kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat... 

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berselawat keatasku sekali Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan. (HR Tirmizi)
...........................................................................................
Hari ini saya ada disini namun saya belum tahu adakah esok saya masih di sini?? hmm.. kesedihan bertapa dalam hati saya ketika ini dan ia menjadikan saya menangis tanpa airmata yang mengalir... Saya bimbang adakah saya telah buat yang terbaik buat Kekasih Hati saya yang Teragung itu?? Adakah saya telah membuat semua suruhanNya?? Adakah saya telah menghargai Dia sebenar-benarnya dalam hati saya?? Adakah saya telah melakukan semua yang dikehendakiNya?? Adakah Dia terima semua yang saya telah lakukan??? Addooiii... Pedih rasanya bila terpikir semua itu, dalam setiap apa yang telah saya lakukan akan menyebabkan timbul hiba di hati saya.. Rasa ini sering bertandang bila memikirkan bila-bila saja saya bakal dipanggil menghadapNya.. Tapi apakah daya saya?? Kehidupan hanya pinjaman buat saya.. Akhirat adalah yang abadi... Semua yang saya telah saya lakukan didunia akan dipertanggungjawabkan.. Adooii.. Macam mana saya nak jawab soalan-soalan yang bakal di tanya kepada saya?? Adakah saya boleh?? hmmm.. (kesedihan semakin menguasai hati saya)...


"Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (QS Ali 'Imran [3]: 183)
 "Kami tidak menganugerahkan hidup abadi untuk
     seorang manusiapun sebelum kamu. Apakah jika kamu
     meninggal dunia mereka akan kekal abadi? (Qs: Al-Anbiya' [21]: 34)

Kematian itu pasti walaupun siapa pun kita, kerna kita akan di panggil kelak selepas kiamat untuk di pertanggungjawabkan atas semua amalan dan perbuatan di dunia. Dan selepas itu kita akan di tempatkan ditempat yang selayaknya diri kita sama ada syurga atau neraka. Wallahualam. Jadi persiapan kita haruslah cemerlang dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa. Jika kita manusia yang engkar maka nerakalah tempat kita, nauzubillah.. Tapi sekiranya kita beriman maka syurgalah sebaik-baik tempat untuk kita kembali. InsyaAllah.. Bak kata pepatah" Siapa yang menanam maka dialah yang akan menuai" maksudnye siapa yang beramal maka dia akan mendapat hasil yang terbaik di akhirat sana. InsyaAllah.. 
"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu daripada dunia" (QS Al-Dhuha [93]: 4).
Jadi masa semakin suntuk sekarang, mulakan langkah pertama dan akhiri langkah terakhir dengan memenangi cinta dari Illahi.. Cinta ini bukan hanya di dunia malah ia berkekalan hingga ke akhirat. InsyaAllah...
p/s: kesedihan ini bukan untuk meratapi kematian sebaliknya kesedihan ini untuk menginsafi diri yang belum bisa berubah walaupun bermacam-macam hidayah yang dihadiahkan buat kita... isk3.. memohon sesiapa yang membaca blog saya untuk mendoakan keselamatan buat saya. amin..

sekian terima kasih
nam
wassalam



No comments: