Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, April 7

Masjid Seri Petaling

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna masih mengurniakan nikmat kehidupan pada saya yang hina dan lemah ini. Sesungguhnya masa makin singkat untuk saya hidup dalam dunia ini. Pada bila-bila masa saya akan di panggil menghadap Illahi.. Tetapi sesuatu yang paling membimbangkan saya ialah iman dan amal saya masih lemah... isk3.. 


Entry saya kali ini adalah mengenai masjid yang saya nak sangat pegi kat malaysia. Bukanlah jauh sangat pun dari rumah saya tapi saya tak cukup kuat nak pegi sana. Lagipun belum jumpa member yang sekepala yang boleh di ajak untuk pegi ke sana.. isk3.. 



Banyak pemikir agama dan pendakwah di sana. Seronok rasanya bila bergabung dengan orang-orang begitu. Sentiasa memikirkan ibadat dan dakwah. Di masjid ni tak pernah lekang dengan orang-orang yang sentiasa beribadat dengan bersungguh-sungguh.. Dasat sangat mereka ini.. JOSH!!  masyaAllah... 


Bila dengar ada seorang kenalan yang cerita sal orang-orang yang datang beribadat dan dengar bayan kat masjid ini.. Rasa tegak bulu roma.. isk3.. Dasat-dasat...


p/s: akhir sekali saya doa sangat kat Allah supaya berikan saya seorang kenalan muslimah yang sekepala yang tertarik dengan usaha ini.. Amin.. Semoga Allah sampaikan saya kat sana nanti.. Amin.. InsyaAllah... :)

No comments: