Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, April 4

PERMULAAN UNTUK BERTATIH

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM...

                Syukur kerna Allah SWT masih berikan nikmat kehidupan pada saya yang hina ini. Saya masih di berikan kesempatan untuk membetulkan silap dan salah yang selama ini saya lakukan. Mungkin masih belum terlambat buat saya. InshaAllah. Terima Kasih Ya ALLAH. (n_n)
.......................................................................................................
           Permulaan untuk bertatih ini mengenai apa?? EXCITED, SERIOUS, NERVOUS semasa ingin menulis entry ini. Tetapi alhamdulillah Allah permudahkan penulisan saya. Ia adalah permulaan untuk perubahan...Perubahan itu apa?? Haaa.. Ramai yang belum sedar dan masih lena dibuai mimpi indah.. Mereka masih leka dengan kesenangan yang mereka ada sekarang.. Sesungguhnya jangan lupa masa semakin suntuk, hari kiamat bakal menghampiri kita..Saat kematian semakin hampir, amal dan ibadat tidak meningkat.. Astagfirullah.. Apa kita dapat bawa untuk kembali ke akhirat nnt????.........
...............................................................................................
          Inilah permulaannya, cari kembali jawapan dan kesedaran dalam diri anda... Sesiapa anda dan apa tujuan kelahiran anda di dunia... Tepuk dada tanyalah iman.. Sesungguhnya anda akan mengetahui jawapannya. InshaAllah... Kembalilah semula kepada ISLAM yang sebenar-benarnya.. Haa.. susah nak buat macam tue??? Apa kata kita mulakan dengan bertaubat??? Susah jugak??? Memang susah nak bertaubat.. Tambah-tambah bila hati tak mahu.. Jadi mulakan perlahan-perlahan, lama-lama boleh la. Bila hati dah kuat, nanti inshaAllah istiqamah dan mujahadahlah dalam hidup beragama ini..
.....................................................................................................
        Bertaubat sudah... kemudian apa??? Kemudian adalah mempelajari ilmu dan amalkannya. Contohnya anda tidak tahu mengaji Al-Quran, maka pergilah menuntut ilmu. Apabila dah tahu dan pandai, maka selalu beramal dengannya.. Dan mengajarkannya kepada orang lain pula.. 

Riwayat Abu Umamah yang maksudnya :
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-Qur’an dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.” 
(Hadis riwayat Muslim) 

Jadi pelajarilah Al-Quran dan dengan kita memperolehi syafaat.. InshaAllah...
.....................................................................................................
      Setelah beberapa lama bertatih maka sampai masanya anda akan belajar berjalan.. Berjalan lagi susah dari bertatih namun tiada yang mustahil dengan izin dari Allah... Berusaha perlahan-lahan dan anda akan merasai nikmatnya kelak. InshaAllah. (n_n)
...................................................................................................
p/s: entry first ini mungkin sedikit kelam-kabut, namun saya akan berusaha memperbaikinya lain kali. InshaAllah.  Semoga apa yang hendak saya sampaikan dapat di terima.. Amin. InshaAllah. 


sekian terima kasih...
wassalam..
nam
          

1 comment:

LeiyaUmairah said...

mula menjejaki siapa sebenarnya hamba Allah, yang diutusakan kepadaku untuk menjalinkan ukhuwwah ini ...(n_n)...