Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, April 6

Wahai Adik-Adikku Sayang....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

           Entry kali ini khas buat adik-adik yang baru meningkat usia (eceh.. macam dah besar sgt pulak.. hehehe). Ini bukan untuk mengata atau memburukan mereka namun ia pengajaran dan nasihat yang wajib saya sampaikan. Nak cakap depan-depan takut mereka cakap saya jaga tepi kain mereka. Tapi saya sayangkan mereka dan ibubapa mereka. Kesian bapa mereka yang terpaksa tanggung dosa mereka kerna sesungguhnya mereka telah kenal dosa pahala.
.....................................................................................................

         Wahai adikku sayang, kakakmu di sini ingin memberi nasihat.. Walaupun akakmu ini tidak layak untuk menasihati adik, tapi akakmu ini ada tanggungjawab yang wajib dilaksanakan iaitu menasihati adik. Mungkin adik rasa adik masih muda dan kecik lagi. Tapi sebenarnya adik akak ini dah besar panjang. Dah pandai pikir pun. Kat sekolah pun adik belajar tentang dosa pahala. Betul tak adik?? 

       Tapi mengapa adik akak ini selalu mengabaikan perihal aurat?? Aurat itu wajib ditutup wahai adik ku. Tidak kiralah sama ada adik nak atau tidak.. Adik sedia atau tidak, adik wajib tutup. Jangan tunggu dah remaja baru nak tutup aurat, nanti akak takut adik tak sempat. Kita tidak tahu sampai bila kita dapat hidup kat dunia ini. Akak sayang adik jadi akak nak nasihat adik. 

        Wahai adikku sayang... mengapa adik suka pakai tudung pendek ke sekolah?? Akak tengok cam tak sesuai je adik pakai tudung macam tu. Adik lagi cantik kalau pakai tudung besar sikit. Boleh tutup bahagian depan badan kita. Malu orang tengok adik.. Adik akak kan seorang yang cantik, bertambah cantik kalau pakai tudung besar sikit.. :)

      Wahai adikku sayang, akak tengok sekarang adik selalu pakai baju yang kecik.. Kenapa adik?? Adik dah lama tak beli baju baru yek?? Tak per2, nanti minta ayah beli baju baru k.. Tapi kali ini beli baju besar sikit, supaya tak nampak bentuk tubuh adik.. Adik akak ini kan sopan orang nya, jadi lagi sopan kalau pakai baju longgar-longgar. :)

     Wahai adikku sayang, akak lihat bila adik balik sekolah, ramai lelaki ikut adik dan hantar adik balik. Kenapa adik tidak balik sendiri? Kan ada bas nak balik rumah.. Adik usahalah sikit tunggu bas, susah sikit je. Adik malas nak tunggu bas yek?? Adik jangan begini, mereka itu bukan muhrim untuk adik. Haram berdua-dua dan berpegang-pegang. Adik mesti pernah dengar tentang batas-batas mengenai hubungan lelaki dan perempuan. Jadi adik kena jaga itu, berdosa kita buat apa yang Allah tak suka. Adik nak suatu hari nanti anak-anak adik orang pegang dan bawa pergi ke hulu ke hilir?? Mestilah adik tak nak kan?? Jadi adik kesianlah kat ibubapa kita. Malu bila orang tanya, kenapa anak-anaknya ikut lelaki pergi sana-sini. Adik perlu ingat adik kan perempuan, jadi adik perlu jaga maruah adik dan maruah keluarga. 

      Wahai adikku sayang, maafkan akak sebab akak tiba-tiba menasihati adik begini. Akak sayang adik sangat-sangat, jadi akak nak adik berubah. Bukan adik brubah sebab akak atau ibubapa kita suruh, tapi berubah kerna Allah. Adik akak ni pandai, cantik dan berpikiran matang jadi adik pikirlah sedalam-dalamnya apa yang akak tulis ni. Ini bukan untuk kebaikan akak tapi untuk adik. Semoga kita sama-sama selamat di dunia dan akhirat dari kemurkaan ALLAH.  Akhir kata, akak sayang adik. Semoga adik paham apa akak sampaikan. InsyaAllah.

p/s: secara tiba-tiba terbit di hati hendak menulis mengenai ini. Rasa sedih sebab tak mampu nak nasihatkan adik-adik yang di luar sana. Kesian sangat dengan mereka kerna masih tidak sedar. Tapi saya tidak mampu berdepan dengan mereka kerna saya lemah. Tapi ini saja yang saya mampu. Saya doakan mereka semua cepat sedar dan di berikan sedikit kesedaran oleh Allah. Amin. insyaAllah. Saya sebenarnya tiada adik perempuan yang di maksudkan,  tapi adik-adik di luar sana semuanya ibarat adik-adik saya. InsyaAllah. (T_T)


sekian terima kasih
wassalam
nam

No comments: