Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Saturday, April 16

HATI ORANG YANG RINDUKAN SYURGA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Alhamdulillah, syukur kerna sekali lagi Allah beri kesempatan buat saya untuk menulis.. Baru-baru saya berikan ujian dengan mengalami masalah kesihatan yang serius tapi tak serius sangat... (hehe.. saya pun tau serius atau tidak)..
Syukur kepada Allah kerna memberi kesembuhan kepada saya insan yang lemah ini. Terima kasih Ya Allah... :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pernahkah kita dengar kisah mengenai isteri SHALEH IBNU HUYAYY?? Dia adalah seorang balu yang mempunyai dua orang cahaya mata lelaki. Kedua-dua anaknya di didik untuk melakukan ibadah, taat kepada Allah SWT dan mendirikan solat malam. Sungguh hebatkan wanita ini?? 


Dia pernah berkata kepada anaknya:' Tidak sepatutnya wujud di rumah kita ini satu waktu pun di malam hari yang berlalu, melainkan ada orang yang berdiri bangun melakukan solat tahajud dan berzikir kepada Allah" 


Kedua-dua anaknya bertanya:" Bagaimana yang bonda inginkan??


Ibunya berkata:"  kita membahagikan malam hari menjadi tiga bahagian di antara kita bertiga. Salah seorang di antara kamu mendirikan solat malam pada sepertiga malam yang pertama. Kemudian yang lainnya dibangunkan untuk mengisi sepertiga malam kedua. Manakala ibu sendiri yang bangun pada sepertiga malam terakhir untuk melakukan solat malam, kemudian ibu membangunkan kamu berdua untuk solat subuh"


Kedua-dua anaknya berkata: " Kami dengar dan kami taat wahai ibu." Setelah ibunya meninggal dunia, kedua-dua anak-anaknya tidak pernah meninggalkan soalat malam kerna cinta melakukan ibadah telah memenuhi hatinya. Maka waktu yang terindah  baginya adalah ketika kedua-duanya melakukan solat malam. Mereka membahagi waktu malam menjadi dua bahagian. ketika salah seorang daripada mereka sakit parah, maka yang seorang lagi menghidupkan malam itu seluruhnya dengan amalan ibadah dan zikir.






No comments: