Ibubapa itulah hadiah yang terbesar Allah SWT berikan kepada kita. Ibubapa adalah pinjaman sementara yang Allah SWT berikan kepada kita. Ia akan pulang bertemu Yang Esa suatu masa nanti. Dan mungkin kita dahulu yang akan di jemput pulang bertemu kekasih kita yang satu itu. Mungkin sudah seringkali kita baca mengenai pengorbanan ibubapa kepada anak-anaknya dan pengorbanan anak-anaknya untuk membalas jasa ibubapanya apabila sudah dewasa. Namun segelintir dari kita kurang sedar dan tidak menghargai kehadiran ibubapa dalam hidup mereka. Mereka menganggap remeh tentang jasa dan pengorbanan yang telah ibubapa curahkan kepada mereka. Tidakkah mereka bersyukur dan tidak mengenang budi?
...............................................................................................................
Sabtu bersamaan 13 ramadhan 1432h, hamba berkesempatan untuk menemani seorang teman yang ingin membeli tudung dan pakaian muslimah di kedai yang selalu hamba kunjungi. insyaAllah. Semasa menunggu sahabat hamba di perhentian bas, Allah telah mentakdirkan hamba untuk bertemu dan berbual dengan seorang pakcik berbangsa india. Hamba memanggilnya "uncle" memandangkan dia pada awal-awal lagi membahasakan dirinya "uncle". Berlakulah perbualan yang berbekas di hati hamba ini.Uncle penghidap sakit jantung berlubang dan penah membuat pembedahan pada tahun 1987 di usia 33 tahun. Uncle mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. 2 dari anaknya telah pergi terlebih dahulu akibat sakit jantung berlubang pada usia setahun dan 8 bulan. Kehidupan yang susah menyebabkan uncle melakukan pelbagai perkerjaan untuk menampung perbelanjaan besar untuk merawat penyakit jantungnya. Wang pencen yang diterima setiap bulan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan perubatan yang tinggi dan hutang yang banyak. Anak-anak uncle yang masih hidup semuanya sudah berumah tangga dan pergi meninggalkan uncle. Tiada sumbangan dan tiada langsung bantuan yang diterima dari anak-anak untuk meringankan beban yang ditanggung oleh uncle dan isteri. Anak-anak langsung tidak mempedulikan kesusahan dan tidak membantu dalam menampung kos rawatan jantung yang mahal setiap bulan.Teringat hamba uncle ada berkata "Uncle rasa seperti tidak punya anak". Hampir menitik airmata hamba mendengar ucapan uncle itu. Namun cuba menahan kerna tidak mahu menambah kesedihan di hati uncle. Mungkin dalam hatinya dia kecewa dengan sikap anak-anaknya.
Hamba hanya melihat wajah uncle dan mendengar cerita yang uncle ingin kongsi dengan hamba. Tersentuh hati hamba mendengar kisah yang uncle kongsi dengan hamba. Terasa berat bebanan yang di tanggung oleh uncle namun uncle masih bisa senyum dan ketawa.
Sempat uncle bertanya kepada hamba. " U dah kawen?". Hamba tersenyum dan menjawap: "Belum uncle". Seusai hamba menjawap uncle terus berpesan kepada hamba: " U kalau nak cari suami, cari suami yang hormat sama u punya ma and pa. Kawen dengan orang yang boleh bantu jaga ibubapa u. Cari suami yang boleh bantu hantar ibubapa u pergi hospital klu parents u sakit. U pun harus hormat sama suami punya ma n pa supaya hidup u bahagia. Uncle tgk u ni budak baik, hormat orang tua, u mesti dapat suami yang baik. U kena rajin doa sama u punya Tuhan, Tuhan u pasti bantu u. Uncle pun doa sama Tuhan uncle setiap pagi. U pun kena doa banyak-banyak supaya dapat jodoh orang baik-baik" uncle terus berkata-kata sambil tersenyum mesra kepada hamba. Tergetus di hati saat itu, " saya budak baik ker uncle?" "Calon suami pun belum ada uncle". Hamba tersenyum-senyum apabila uncle memberi nasihat. Syukur kepada Allah SWT kerna menghantar seorang insan untuk menasihati hamba yang sering alpa dan lupa ini.
Selang beberapa ketika bas yang di nanti oleh uncle pun tiba. Uncle beransur dari situ sambil melambaikan tangan dan menghadiahkan senyuman padaku. Hamba terus berpesan kepada uncle, supaya uncle jaga diri dan hati-hati.
Setelah uncle pergi kepala hamba ligat berfikir tentang uncle tadi. Sungguh tertekan dan susah hidupnya namun dia masih tabah berdiri dan percaya bahawa Tuhan penentu segala-galanya.Tiada kedukaan dan kesedihan yang dipamerkan di wajahnya sedangkan didalam hatinya sedang mengalami kedukaan yang kuat amat. Terdetik di hati hamba, seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anaknya namun seorang anak sukar untuk menjaga seorang ibubapa mereka. Astagfirullah.
..........................................................................................
Tidak kah mereka berfikir tanpa ibubapa sebagai perantara untuk mereka hidup di dunia maka mereka tidak pernah kenal dan sempat menjejak kaki di dunia ini? Tidak kah mereka berhutang budi dan ingin membalas jasa?Jika kita sebagai anak tidak berbakti pada siapa lagi ibubapa dapat sandarkan dan menumpang hidup? Bukannya ibubapa minta duit untuk mengaburi mata mereka sebaliknya berbaktilah seketika selagi mana mereka masih hidup di dunia. Seorang anak itu walaupun setelah berkahwin masih mempunyai tanggungjawb terhadap ibubapa mereka. Jangan kerna alasan berkahwin anak-anak terus membuang ibubapa mereka dari hidup mereka dan hanya menumpukan perhatian kepada keluarga mertua sahaja. Ibubapa di usia yang semakin senja memerlukan perhatian anak-anak mereka untuk meneruskan sisa hidup yang ada. Seperti uncle tadi rawatan perubatan bulanan dan perbelanjaan harian langsung tidak diambil kisah oleh anak-anaknya. Sampai bila dia mampu bekerja? Hamba menjadi terfikir mengenai hal ini. Dan perkara yang mampu lakukan hanyalah mendoakan uncle. Semoga Allah melimpahkan kesabaran dan ketabahan kepada uncle itu untuk meneruskan hidup. ameen.
p/s: jalan cerita agak kelam-kabut lantaran hamba memang kurang mahir bercerita. Harap memahami maksud cerita yang hamba sampaikan di atas. semoga sama-sama kita mengasihi ibubapa kita dan juga bakal ibubapa mertua kita. ameen..
4 comments:
salam.
moga Allah kurniakan anda suami yang baik dan dahulukan agama. ameen.
dan Allah beri hidayah kat uncle tu juga. ameen.
farid: waalaikumussalam wbt.
ameen ya rabb.
semoga Allah kurniakan tuan zaujah yang baek dan memahami usaha agama yg tuan lakukan.. (n_n)..
@penchacaiz...amin atas doanya wat ukhtie blogger ni..:-)
Nam!!..doakan yuk smoga ALLAH mmebri hidayah dan taufiq buat uncle tuh...lina kagum dgn nam..walaupun dia bukan islam.....tapi nam layan dia dgn baik..alhamdulillah.nam mmbawa imej islam pada dia tuh..:-).....
biar la dia cm ne...kita sndiri tatau kesudahan hidup kita...mudh2an..kita, dan uncle tu mati dlm iman dan islam..amin...
p/s : nam mmeg budak baik....solehah lagi..kalau lina ni lelaki..lama dah tackel..:-).. hik2..
lina: insyaAllah. semoga Allah berikan sinar iman dan islam dalam diri uncle tu. ameen.
lina. nam x buat apa2 pun cyg. nam just senyum jer. hehe. nam teringat mak selalu pesan. "walau apa pun agama seseorg tue. kalau mereka tua dari kita maka kita kene hormat, kalau muda kita kene syg". tol x cyg? hehe.
adeh. lina. jgn la puji. nam bukan cam apa yg lina ckp. malu nam. huhu.
Post a Comment