Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, August 2

Ramadhan Tanpa Ayah Di Sisi

ASSALAMUALAIKUM WBT

indahnya puasa...


Bulan ramadhan telah masuk hari ke tiga hari ini. Syukur Alhamdulillah saya masih mampu untuk berpuasa dengan izin Allah Yang Maha Esa. Semoga ramadhan kali ini saya dan seluruh umat islam dapat memanfaatkan dengan baik. insyaAllah.


Seperti setiap tahunnya sejak sebelas tahun lalu, saya berpuasa tanpa ayah di sisi. Mungkin saya sudah biasa dengan keadaan itu memandangkan ayah telah lama pergi meninggalkan saya. Namun seperti biasa, kenangan berpuasa bersama-sama ayah akan muncul di ingatan saya dan kesedihan akan segera menyapa. Sedih rasa hati ini namun diri telah terima pemergiaan ayah bertahun dahulu. Allah lebih sayangkan ayah kerna itu Allah menjemput ayah kembali kepadaNya. 


Puasa kami sekeluarga berbeza sekali dengan puasa bersama ayah dahulu. Mungkin kerna dulu kami masih kanak-kanak dan ayah akan meminta ibu menyediakan masakan yang "best-best" untuk kami berbuka memandangkan puasa di zaman kanak-kanak agak mujahadah sedikit. Ayah juga akan membeli pelbagai makanan dan juadah tambahan di bazaar ramadhan. MasyaAllah.. Rindunya zaman itu...


Tahun pertama puasa tanpa ayah di sisi agak menyayatkan hati. Tangisan menyambut hari pertama berpuasa. Sungguh sayu berbuka hanya di temani ibu, abang, kakak dan adik tanpa ayah di sisi. Mungkin ramai tetapi berbeza kerna tiada lagi ayah untuk memarahi kami lantaran kami adik-beradik memang suka berebut makanan. 


Semasa ayah masih ada dahulu, sahur kami agak meriah kerna ayah meminta ibu menyediakan pelbagai juadah kerna ingin memujuk kami supaya bangun untuk bersahur. Kami adik-beradik agak liat ingin bangun untuk bersahur tetapi apabila telah dileter dan kemudian di pujuk oleh ayah dan ibu akhirnya semua mengalah dan bersahur bersama-sama. 


Seronok apabila mengenang kembali semasa dapat menyambut ramadhan bersama ayah. Tetapi sekarang pun seronok juga kerna ibu adalah kebahagiaan kami. Melihat ibu bersusah payah menyediakan macam-macam juadah untuk kami menyebabkan kami lebih menghargai saat ketika ibu bersama. Ia lebih dihargai dan tidak di bazir sia-sia. Penat lelah ibu menyediakan makanan terubat kerna anak-anaknya memang suka makan. heheh...


Bertahun berlalu sejak ayah pergi, ramadhan bersilih pergi. Ramadhan tahun berikut di meriahkan dengan kehadiran anak-anak buah yang memecahkan kesunyian kami tatkala ingin berbuka. Sungguh riuh rumah saya apabila anak-anak buah datang berbuka bersama. Dan anak-anak buah juga berperangai seperti kami (suka berebut makanan).. heheh. 


Seperti setiap tahunnya ramadhan akan di habiskan dengan melayan kerenah anak-anak buah semasa berbuka puasa. Ibu orang yang paling sibuk kerna semua cucu-cucunya minta di layan olehnya. Seronok melihat gelagat mereka berbuka dengan gembira. Ibu lah insan yang paling gembira kerna  mungkin ibu sunyi apabila tiada lagi riuh tawa kami semasa berbuka lantaran anak-anaknya sudah semakin dewasa. Tetapi tidak mengapa wahai ibuku, gelak tawa kami telah digantikan dengan gelak tawa dari cucu-cucumu. 


Tahun berganti tahun dan kami akan menjalani puasa tanpa ayah. Tetapi itu adalah ketentuan Illahi dan kami redha atasnya. Dan Allah telah gantikan kasih sayang ayah dengan "permata-permata" yang menyinari hidup kami iaitu anak-anak buah saya. 


Saya doakan ayah sejahtera dan aman di sana. Terima kasih ayah atas semua curahan kasih sayang yang tidak ternilai kepada saya dan adik-beradik. Ayah.... saya sayang ayah! Ibu... saya sayang ibu. Terima kasih untuk semua jasa yang dicurahkan kepada anakmu ini. 


p/s 1: berpuasa dengan anak-anak buah saya yang mempunyai pelbagai ragam amat menyeronokkan. Melihat gelagat mereka menyebabkan diri ini berfikir bahawa saya dan adik-beradik semasa kecil juga begitu.  


p/s 2: selamat berbuka puasa kepada muslimin dan muslimat di mana jua anda berada. selamat menjalani ibadah puasa dengan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. InsyaAllah...


p/s 3: Terima kasih kepada Allah SWT kerna menghadiahkan kepada keluarga saya kasih sayang yang banyak. Terima kasih kerna menemukan saya dan keluarga di dunia Wahai Tuhanku. LOVE ALLAH! THANK YOU ALLAH! :)







9 comments:

penchacaiz said...

very touching entry. semoga Allah pilih keluarga tuan utk hidupkan amal agama sempurna dlm kehidupan. menjadi asbab keselamatan ayah anda. ameen.

maulana ilyas rah. kata "bila lahir seorang cucu, maka atuknya akan segera pergi"

wallahualam

penchacaiz said...

erkk..bkn tuan. cik nam. huhu..

nam said...

ameen ya robb...

semoga Allah pilih kita semua lagi n lagi.. ameen...

masyaAllah.. masa ayah meninggal ayah baru ada dua cucu... sekarang dah ramai.. heheh....

p/s: cik nam? heheh... rasa pelik dgn panggilan tue...

ahlia zaidi said...

Terasa rindu juga pada ayah.. Semoga kelak berkumpul kembali. Amin

nam said...

ameen ya robb.

semoga sejahtera ayah di sana...

kinakona said...

Subhanallah.. Nk nangis kejap bole tk? X(
Sedihnya,terbayg kejap kalau tkde ayah tbe2. Allah..
Tp awk tetap beruntung,kalian kuat sbb tu Allah beri ujian besar mcm tu. Ank yatim ank yg mulia,insyaallah :) jgn sedih2 k,nnt kte pun sedih. Waaaa
Doa byk2 insyaallah kubur ayah terang je, Subhanallah,mesti kat sana tkde apa yg ayah kesalkan sbb ayah tinggalkan ank2 yg soleh solehah. :D
Insyaallah..
Nk tanya,masa ayah pergi awk umur berapa?

Salam ukhwah :)

nam said...

ank_ayah:

ameen ya robb.. insyaAllah...

salam ukhwah ya ukhti.. :)..

masa ayah pergi saya baru 11 tahun. Ayah pergi meninggalkan kami sembilan beradik dan ibu. Adik paling bongsu masa tu umur 3 tahun. Adik tak sempat pun kenal ayah. Tapi tak mengapa, gaya adik sangat sama dengan ayah.. :D...

ibu kekuatan kami, melihat ibu susah menyebabkan kami menjadi kuat macam ibu. Terima kasih pada Allah sebab hadiahkan ibu pada kami. Love U ALLAH!..

p/s: akhirnya ukhti lawat blog saya juga.. heheh

kinakona said...

Oh 11 thn.. Subhanallah. Skrg umur berapa? :D study lg? Eh sy pena lawat sinila,cuma tk tinggal jejak je kot. Heh

nam said...

sekarang alhamdulillah dah umur 22 tahun. dah kerja tapi insyaAllah akan sambung lagi nanti.. :D

hehe.. penah melawat ker? terima kasih sudi singgah.. (terharu jap)..heheh